Bapa Keturunan Samoa & Ibu Kacukan Jerman, Comelnya Anak ‘The Rock’ Ini!

Macam pakai contact lens la! Warna anak mata hijau jernih yang dimiliki Jasmine Johnson ini sudah cukup buat peminat bapanya, Dwayne Johnson tak jemu tatap wajah comelnya. Bertambah-tambah geram bila tengok telatah bijak si kecil ini tiap kali video bersama The Rock dimuat naik di media sosial. Confirm cecah jutaan views!

Berusia 4 tahun dan sudah pun bergelar kakak, Jasmine atau lebih mesra disapa Jazzy ini sebenarnya ialah anak kedua kepada aktor filem Jumanji tersebut. Hasil hubungan cinta Dwayne atau The Rock dengan kekasih hati iaitu Lauren Hashian, pasangan ini dikurniakan bayi perempuan yang diberi Jasmine Johnson pada 15 Disember 2015.

Difahamkan ketika Jazzy baru meniti usia dua tahun, ibunya Lauren sedang hamil anak perempuan kedua. Adik Jazzy dikatakan lahir pada 17 April 2018 dan menamakan sebagai
Tiana Gia Johnson. Selepas Tiana mencecah umur setahun, The Rock akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan Lauren pada 18 Ogos 2019 di Hawaii sambil disaksikan kedua-dua cahaya mata mereka.

Pada majlis perkahwinan mereka kira-kira setahun yang lalu, Jazzy dilihat cukup gembira menjadi flower girl sambil ditemani adik tersayang. Meskipun sudah menjadi kakak namun
The Rock masih melayan Jazzy seperti sebelum kehadiran Tia.

Terharu tengok layanan pelakon lelaki yang mendapat bayaran paling tinggi di Hollywood ini ketika bermain bersama dua anaknya. Cukup mesra dan sarat dengan sifat kebapaan. Walau The Rock sinonim dengan watak ganas dan garang tetapi apabila bersama anak-anak mahupun isteri, dia berubah menjadi insan yang sangat penyayang.

Mengintai laman Instagram The Rock, kebanyakan postingnya adalah berkaitan keluarga dan anak-anak. Seperti kanak-kanak lain, Jazzy yang memiliki sepasang mata cantik dan rambut keriting turut menghabiskan masanya dengan bermain.

Tapi kalau tengok perkembangan anak manja The Rock ini, Jazzy lebih cenderung terhadap aktiviti seni seperti bermain dram, menyanyi dan melukis. Hah, mungkin nak ikut jejak langkah bapanya sebagai pelakon?

The Rock yang mempunyai 194 juta pengikut di Instagram juga merupakan bapa kepada gadis cantik bernama Simon Garcia berumur 19 tahun. Simon Garcia ialah anak perempuan The Rock hasil perkahwinan terdahulunya bersama ahli bina badan profesional dan penerbit Amerika Syarikat, Dany Garcia.

(Dari kiri) Anak sulung The Rock, Simon
IKLAN
Share