Macam pakai contact lens la! Warna anak mata hijau jernih yang dimiliki Jasmine Johnson ini sudah cukup buat peminat bapanya, Dwayne Johnson tak jemu tatap wajah comelnya. Bertambah-tambah geram bila tengok telatah bijak si kecil ini tiap kali video bersama The Rock dimuat naik di media sosial. Confirm cecah jutaan views!
Berusia 4 tahun dan sudah pun bergelar kakak, Jasmine atau lebih mesra disapa Jazzy ini sebenarnya ialah anak kedua kepada aktor filem Jumanji tersebut. Hasil hubungan cinta Dwayne atau The Rock dengan kekasih hati iaitu Lauren Hashian, pasangan ini dikurniakan bayi perempuan yang diberi Jasmine Johnson pada 15 Disember 2015.
Ads
Difahamkan ketika Jazzy baru meniti usia dua tahun, ibunya Lauren sedang hamil anak perempuan kedua. Adik Jazzy dikatakan lahir pada 17 April 2018 dan menamakan sebagai
Tiana Gia Johnson. Selepas Tiana mencecah umur setahun, The Rock akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan Lauren pada 18 Ogos 2019 di Hawaii sambil disaksikan kedua-dua cahaya mata mereka.
Pada majlis perkahwinan mereka kira-kira setahun yang lalu, Jazzy dilihat cukup gembira menjadi flower girl sambil ditemani adik tersayang. Meskipun sudah menjadi kakak namun
The Rock masih melayan Jazzy seperti sebelum kehadiran Tia.
Ads
https://www.instagram.com/p/CECw0edlQd7/
Terharu tengok layanan pelakon lelaki yang mendapat bayaran paling tinggi di Hollywood ini ketika bermain bersama dua anaknya. Cukup mesra dan sarat dengan sifat kebapaan. Walau The Rock sinonim dengan watak ganas dan garang tetapi apabila bersama anak-anak mahupun isteri, dia berubah menjadi insan yang sangat penyayang.
Ads
Mengintai laman Instagram The Rock, kebanyakan postingnya adalah berkaitan keluarga dan anak-anak. Seperti kanak-kanak lain, Jazzy yang memiliki sepasang mata cantik dan rambut keriting turut menghabiskan masanya dengan bermain.
Tapi kalau tengok perkembangan anak manja The Rock ini, Jazzy lebih cenderung terhadap aktiviti seni seperti bermain dram, menyanyi dan melukis. Hah, mungkin nak ikut jejak langkah bapanya sebagai pelakon?
The Rock yang mempunyai 194 juta pengikut di Instagram juga merupakan bapa kepada gadis cantik bernama Simon Garcia berumur 19 tahun. Simon Garcia ialah anak perempuan The Rock hasil perkahwinan terdahulunya bersama ahli bina badan profesional dan penerbit Amerika Syarikat, Dany Garcia.
(Dari kiri) Anak sulung The Rock, Simon
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meskipun sudah 14 tahun menanti cahaya mata, pelakon hebat Beto Kusyairy yang terkenal menerusi filem Mat Kilau baru-baru ini tidak menyalahkan takdir sebaliknya akur dengan ketetapan Allah SWT. Menurut sumber Xtra, pelakon berusia 42 tahun itu berkata, dia dan isterinya Tisha Shahar sudah melakukan pelbagai usaha termasuk rawatan Islam, tradisional dan moden untuk dikurniakan zuriat.
“Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami. Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki.
“Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani. Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepadaNya,” kata Beto.
Rata-rata warganet memuji kesetiaan kedua-dua pasangan ideal ini dan ramai mendoakan mereka berdua dikurniakan cahaya mata satu hari nanti selain menitipkan doa agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sumber: Keluarga, Xtra | Kredit foto: Instagram @betokusyairy
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
TERJAWAB sudah persoalan siapa Perdana Menteri Malaysia ke-10 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjawat jawatan berkenaan secara rasmi di Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan hari ini.
Jom kenali lebih dekat figura bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim
– Datuk Seri Anwar Ibrahim berusia 75 tahun dikenali di seluruh dunia sebagai seorang muslim demokrat dan reformis.
– Lahir di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
– Merupakan anak kepada Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang merupakan merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO. Allahyarham menang bertanding dalam PRU 1959 bagi kawasan Seberang Tengah, Pulau Pinang (1958-1964).
– Ibunya, Che Yan Abdul Hamid Hussein ialah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO.
– Memulakan alam persekolahan pada tahun 1954 di Bukit Mertajam Boys School, Pulau Pinang dalam aliran Bahasa Melayu. Kemudian beliau meneruskan persekolahan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada 1960. Beliau juga merupakan Ketua Pengawas MCKK.
– Sewaktu di sekolah menengah, beliau aktif sebagai pemidato dan aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu serta menjadi wakil pembahas.
– Pada tahun 1968, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu (Sastera).
– Berkahwin dengan doktor mata, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga mengikut jejak langkah beliau dalam arena politik. Dr Wan Azizah merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika pentadbiran PH pada 2018 hingga 2020.
– Anak sulung pasangan ini, Nurul Izzah merupakan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai pada tahun 2008 hingga 2018, dan Permatang Pauh pada 2018 hingga 2022.
– Memulakan karier politik sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 1982-1987, Naib Presiden UMNO (1987- 1990), Timbalan Presiden UMNO (1990-1998), Ketua Umum KEADILAN (2005-2018), Presiden KEADILAN/PKR (2018-kini) dan Pengerusi PH (2020-kini).
– Pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 1982-1983, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983-1984), Menteri Pertanian (1984-1986), Menteri Pendidikan (1987- 1990), Menteri Kewangan (1990-1998).
– Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dari tahun 1993 sehingga 1998.
– Pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Dunia oleh EuroMoney 1993, Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh AsiaMoney 1996 dan Tokoh Muslim Berpengaruh Dunia oleh The Royal Islamic Strategic Centre, Jordan 2017-2022.
– Penglibatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi antarabangsa antaranya Pengasas dan Pendidik Yayasan Anda Akademik 1971, Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1971-1982.
– Beliau dikenali sebagai salah seorang daripada pengasas NGO Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, ABIM dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama tiga tahun (1974-1976) kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan di Baling, Kedah.
– Merupakan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) pada 1973-1976, Penasihat Majlis Belia Kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1973), Canselor dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1983-1998), Pensyarah Jemputan Georgetown University, Washington DC (2006-2008) dan Pengasas dan Pengerusi Emeritus Institut Pemikiran Islam Antrabangsa (IIIT).
– Beliau juga merupakan pemimpin popular di seluruh dunia dan rapat dengan beberapa pemimpin luar negara termasuk Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani.
– Menghasilkan koleksi buku antaranya ‘Membangun Negara Madani’. Buku setebal 187 muka surat itu menggariskan aspek merangkumi kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan.
(Sumber: ASTRO AWANI)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyeru wanita yang mengalami diskriminasi gender di tempat kerja untuk bersuara dan berkongsi kisah-kisah mereka. Melancarkan kempen ‘Wanita Tersisih’ (Invisible Women) baru-baru ini sebagai landasanuntuk memperluaskan suara wanita yang mengalami diskriminasi gender, kaum hawa boleh berkongsi kisah mereka secara anonim jika mahu melalui laman web kempen, invisiblewomen.com.my.
Tinjauan WAO menunjukkan 40% wanita hamil mengalami diskriminasi di tempat kerja. Justeru, gambaran di sebalik statistik tersebut didedahkan bagi menunjukkan impak ketara diskriminasi gender terhadap kehidupan wanita.
“Kempen ‘Wanita Tersisih’ ini menunjukkan betapa kerapnya masalah yang dialami oleh golongan wanita disisihkan di tempat kerja,” kata Iska Hashim, Pengarah Kreatif Kumpulan Leo Burnett, rakan kreatif kempen tersebut.
Bersama-sama dengan Ketua Reka Bentuk, James Seet, Hashim menerajui pasukan kreatif yang teruja untuk menyumbang terhadap isu ini.
“Wanita sering disoal ketika temu duga kerja, sama ada mereka merancang untuk mempunyai anak, malah bagi golongan wanita yang hamil pula berpotensi disisihkan di tempat kerja. Jika wanita tersebut berhenti kerja sementara untuk membesarkan anak-anak, mereka akan mengalami kesukaran untuk memasuki semula pasaran kerja,” jelas pengarah seni Leo Burnett, Lee Shyyi.
Pada masa ini, tidak ada undang-undang spesifik yang melarang diskriminasi gender dalam sektor swasta. Matlamat utamanya adalah untuk menyokong Akta Kesamarataan Gender yang akan melindungi daripada diskriminasi gender. Untuk merealisasikan hasrat ini, input dan sokongan orang ramai perlu untuk menyokong tindakan ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!