Indahnya Islam kerana ia merupakan agama yang bersifat universal atau ‘alamiyyah iaitu tidak membeza-bezakan antara lelaki dan wanita mahupun warna kulit. Islam juga tidak pernah mengajar kita menolak asal-usul keturunan, dimana seorang mualaf
perlu mengubah status bangsa sebaik memeluk Islam.
Menyedari pentingnya mempromosikan Islam sebagai agama sejagat, Pertubuhan Akademi
Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd mendahului trend apabila
mengadakan rumah terbuka bertemakan “Raya Dalam Budaya” yang memperlihatkan tetamu hadir memperagakan persalinan tradisi dan etnik masing-masing.
Menurut Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan, selaku Pengerusi Pertubuhan Akademi Al Bayan,
Raya Dalam Budaya bererti perayaan Aidilfitri disambut dengan tujuan meraikan hari
kebesaran Islam dengan kepelbagaian budaya dan bangsa.
“Hari Raya Aidilfitri ini bukan eksklusif hanya untuk satu kaum sahaja tetapi maknanya lebih daripada itu. Oleh yang demikian Islam dapat diterima dari semua peringkat masyarakat tidak kira warna kulit, bahasa dan budaya.
Ads
“Al Bayan mengangkat konsep Raya Dalam Budaya pada penganjuran rumah terbuka kali ini kerana kita mahu menyatakan kepada masyarakat diluar sana mengenai kesepaduan antara semua kaum itu dapat disatukan dengan kita saling hormat menghormati antara satu sama lain.
“Walaupun kita berbilang bangsa dan budaya tetapi dengan kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar maka kita tidak menjadi masalah dengan itu. Adapun sahabat-sahabat kita yang berlainan agama maka Islam mengajarkan kepada kita untuk memberikan kepada semua mereka hak yang telah ditetapkan dalam Islam seperti keamanan, kebebasan dalam beragama dan macam-macam lagi,” katanya.
Ads
Seramai 200 orang saudara baru Islam meliputi bangsa India, Cina, Kadazan, Dayak dan
warga Antarabangsa, hadir pada majlis yang berlangsung di Dewan Masjid Bandar Baru
Enstek baru-baru ini.
Pertubuhan Akademi Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd turut
memperuntukkan sejumlah RM14,000 duit raya untuk diberikan saudara mualaf dan asnaf.
“Ini semua hasil orang ramai yang menyalurkan zakat kepada Al Bayan dan kami hanya
bertindak sebagai perantara yang menjalankan amanah agar sumbangan ini sampai kepada golongan sasar.
“Terdahulu Al Bayan merencana pelbagai program, dengan melakukan kerja-kerja dakwah
dilapangan khususnya membantu mualaf yang susah berkat sumbangan orang ramai.
“Mewujudkan saudagar mualaf Al Bayan bagi meningkatkan ekonomi mereka sekali gus
dapat keluar dari kepompong kemiskinan, seterusnya dapat membantu mualaf yang lain.
Menyempurnakan keislaman mereka dengan melakukan khatan secara jemaah membabitkan peserta kanak-kanak dan dewasa.
“Selain itu mengangkat martabat mualaf di peringkat nasional dengan mengetengahkan
pelbagai rancangan televisyen seperti tangisan mualaf dan yang terbaru selera rasa mualaf,” katanya lagi.
Tidak hanya penglibatan di lapangan, demi memastikan kebajikan mualaf terjaga, Pertubuhan Akademi Al Bayan yang sudah beroperasi lebih 2 tahun juga dalam fasa membina Kompleks Pendidikan Islam Akademi Al Bayan yang berpengkalan di Pegoh, Melaka.
Pembangunan diwujudkan atas kesedaran bahawa kurangnya institusi pengajian yang
menempatkan golongan anak-anak mualaf.
Enggan bersandar kepada infaq orang ramai semata-mata, Al Bayan mengambil inisiatif
mengeluarkan produk makanan sendiri iaitu Sambal Bilis TERIaak yang berpontensi sebagai janaan ekosistem Al Bayan.
Ads
Serentak berjalan pada majlis rumah terbuka penuh kemeriahan itu, adalah majlis pelancaran program bersiri Selera Rasa Mualaf yang bakal bersiaran di saluran TV Alhijrah bermula 14 Mei 2023, setiap ahad jam 8.00 pagi.
Keunikan program ini kerana hidangan yang disajikan variasi sebagaimana majmuknya rakyat negara ini. Ia bertepatan dengan kecenderungan masyarakat kita yang gemar mencuba resipi baru.
“Kepelbagaian dan keunikan bumi Malaysia, mencetuskan ilham untuk kami mengetengahkan setiap masakan dari kepelbagaian bangsa dan budaya.
“Yang menariknya ia bukan hanya sekadar masakan tetapi didalamnya ada perkongsian
mualaf bagaimana mereka menerima hidayah Allah dan iltizam mereka dengan Islam,”
katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada angin tiada ribut, rupanya pelakon jelita Intan Najuwa hari melangsungkan perkahwinan dan selamat bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman.
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon tersebut selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, kira-kira jam 6.45 petang sebentar tadi.
Menerusi kenyataan media yang disiarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.
Pada majlis yang berlangsung di lokasi tertutup di Johor Bahru itu, Ahmad Asraf telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000 kepada Intan.
Intan Najuwa dilihat anggun menyarung persalinan Fizi Woo dan solekannya menerima sentuhan Alha Alfa.
Sempena hari ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-73 pada 1 April lepas, bekas pembaca berita RTM yang kini Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan menyampaikan titah ucapan tahniah kepada stesen penyiaran terulung itu. Tanpa disangka, rakaman video berdurasi hampir satu minit 30 saat tersebut menarik perhatian peminat setia Tengku Permaisuri Norashikin yang meluahkan rasa rindu melihat baginda kembali membaca berita seperti sebelum ini.
Walau hanya mampu mendengar lantunan suara baginda dalam masa yang singkat… namun itu sudah memadai untuk mengubati kerinduan. Bahkan ramai yang terpaku mendengar gaya penyampaian Tengku Permaisuri Norashikin yang jelas, tenang dan penuh elegan.
“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulang Tahun RTM yang ke-73. Saya mendoakan semoga RTM terus menjadi stesen penyiaran yang dihormati dan disegani oleh sekalian rakyat.
Sebagai antara bekas kakitangan RTM yang pernah berkhidmat selama 20 tahun, RTM dan seluruh warga kerjanya di Angkasapuri telah saya anggap sebagai keluarga kerana sepanjang tempoh saya berkhidmat, ianya penuh dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tidak akan saya lupakan.
Selepas ini, saya ingin melihat RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama kepada para penonton dan pendengar.”
Tengku Permaisuri Norashikin yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-48 pada 4 Jun depan, sebelum ini pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2015.
Kredit foto: Instagram Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan berkahwin pasti menginginkan zuriat sebagai pelengkap dan penyeri rumah tangga. Tidak terkecuali buat pasangan selebriti, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid dan Ahmed Faris Amir. Berkat doa dan impian untuk bergelar ibu bapa, Allah makbulkan hasrat mereka untuk timang cahaya mata sulung pada 26 Jun lepas.
Ternyata kehadiran bayi lelaki ini memberi seribu makna dan kebahagiaan buat pelakon filem Sepet tersebut.
Reaksi syukur dan teruja jelas tergambar dalam setiap hantaran yang dimuat naik Sharifah Amani di media sosial miliknya.
Salah satu posting yang cukup mengharukan apabila dia berkongsi kapsyen, “Angan-angan yang diizinkan. Syukur alhamdulillah.”
Sambil memuat naik gambar suami di samping cahaya mata dan perkongsian berkenaan meraih reaksi sebak dalam kalangan followers setia Sharifah Amani.
26 Julai lalu, cahaya mata sulung yang diberi nama Ahmed Mohsein Ahmed Faris ini menginjak usia sebulan.
Anak kepada pelakon Fatimah Abu Bakar tersebut turut berkongsi gambar anak kesayangan namun belum bersedia mendedahkan wajah si comel kepada umum.
“Selamat sebulan Ahmed Mohsein bin Ahmed Faris. Syukur Alhamdulillah.”
Sharifah Amani merupakan adik kepada pelakon dan pengacara Sharifah Aleya. Selain Aleya, dia juga mempunyai adik perempuan yang bergiat aktif sebagai pelakon iaitu Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha.
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.