
Pada usia 42 tahun, Enica Foong berjaya mengembangkan Masha Group sehingga memiliki lebih 30 kilang OEM di Malaysia. Bermula sebagai seorang nutritionist, Enica kini dikenali sebagai antara pengasas OEM cosmetic manufacturer Malaysia paling dipercayai dalam pengeluaran produk kosmetik, skincare, suplemen dan produk halal berkualiti tinggi.
Siapa sangka, wanita kecil molek yang memulakan perjalanan sebagai seorang nutritionist kini menjadi antara nama besar dalam dunia OEM cosmetic, OEM skincare, OEM supplement dan OEM halal manufacturer di Malaysia.
Lebih membanggakan, kejayaan itu dibina bukan kerana latar belakang keluarga berada, tetapi hasil keberanian seorang anak Negeri Sembilan yang nekad mengubah nasib hidup.
Di sebalik ketegasan dan sifat perfectionist yang dimilikinya, Enica sebenarnya seorang wanita yang sangat memahami keperluan pelanggan. Sikap responsif dan pantas bertindak menjadikan beliau cukup disenangi pelanggan serta dihormati dalam industri.
Bagi Enica, prinsip ‘customer-first’ bukan sekadar slogan perniagaan, tetapi budaya yang diterapkan dalam seluruh organisasi Masha Group.
Selain dikenali sebagai usahawan berjaya, sisi kemanusiaan Enica turut menyentuh hati ramai. Beliau aktif melakukan kerja kebajikan dan sering turun padang membantu golongan memerlukan.
Antara inisiatif yang mendapat perhatian ialah kempen ‘Sempurnakan Raya bersama Mingguan Wanita’ yang meraikan lebih 500 anak yatim sekitar Selangor menerusi sumbangan duit raya dan keperluan Aidilfitri.


Enica Foong Pengasas Masha Group
Keperibadian Enica juga cukup unik apabila beliau sangat mencintai dunia wangian. Minat mendalam terhadap aroma mendorongnya menghasilkan jenama perfume sendiri menerusi Syurga Wanita.
Menariknya, beliau menjalankan kajian berkaitan haruman dan kaitannya dengan motivasi diri, membuktikan dirinya bukan sekadar usahawan, tetapi seorang wanita yang sentiasa meneroka ilmu baharu.

Namun, pencapaian terbesar Enica pastinya terletak pada kejayaan membangunkan Masha Group menjadi antara syarikat OEM yang dipercayai ramai usahawan dan selebriti tempatan.
Ditubuhkan pada tahun 2008 di Puchong, syarikat itu berkembang pesat sehingga berjaya membantu melahirkan ribuan pengasas jenama dan usahawan produk bergelar jutawan.
OEM Cosmetic Manufacturer Malaysia Jadi Pilihan Ramai
Masha Group bukan sekadar menghasilkan produk semata-mata. Sebaliknya, syarikat itu memberi fokus terhadap formulasi berkualiti, penyelidikan dan pembangunan (R&D), custom formulation serta pengalaman pengguna akhir. Pendekatan ini menjadikan Masha Group antara nama yang disegani dalam industri OEM Malaysia.
Masha Group juga percaya setiap brand mempunyai identiti tersendiri dan tidak mengamalkan pendekatan formulasi ‘timbang kilo’ atau copy-paste seperti kebanyakan pengeluar OEM biasa. Setiap produk dibangunkan berdasarkan sasaran pengguna, pengalaman penggunaan dan manfaat sebenar kepada pengguna akhir.


Di bawah kepimpinan Enica, setiap produk yang dihasilkan perlu memenuhi standard tinggi dan pensijilan sah. Baginya, kepercayaan pelanggan hanya boleh dibina melalui kualiti yang konsisten dan integriti perniagaan yang kukuh.
“Saya berniaga sejak usia 25 tahun. Bermula sebagai nutritionist, saya belajar tentang ilmu pemakanan. Saya sangat suka buat formula suplemen dan functional food yang berkaitan wanita.
Dari situ saya dirikan kilang suplemen. Diikuti kilang kosmetik dan sebagainya. Bahkan kini kami pun dah upgrade ada nombor pendaftaran MAL, pensijilan Halal JAKIM dan lesen-lesen yang sah untuk membantu usahawan mengeluarkan produk yang berkualiti.”
Masha Group Bantu Ramai Usahawan
Kata-kata itu menjadi gambaran jelas bagaimana perjalanan Enica sebenarnya dibina daripada ilmu dan minat mendalam terhadap dunia kesihatan wanita. Dari sebuah impian kecil, beliau berjaya mengembangkan perniagaan sehingga memiliki rangkaian kilang yang lengkap dan bertaraf profesional.
Dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif, kejayaan Enica Foong dan Masha Group membuktikan bahawa wanita juga mampu menjadi pemain utama industri berskala besar. Lebih daripada sekadar mengejar keuntungan, beliau membina ekosistem yang membantu ramai usahawan lain berkembang bersama.
Hari ini, nama Masha Group bukan sahaja sinonim dengan pengeluaran produk berkualiti, tetapi juga simbol kepercayaan, inovasi dan pembangunan usahawan tempatan. Di tangan Enica Foong, sebuah syarikat OEM berjaya diangkat menjadi empayar yang membuka peluang kepada ribuan individu mengejar impian mereka sendiri.
Kisah Enica adalah bukti bahawa kejayaan tidak hadir dalam sehari. Ia lahir daripada keberanian untuk bermula, kesanggupan belajar dan kesungguhan untuk terus memperbaiki diri. Dari seorang nutritionist kepada pemilik empayar OEM, perjalanan beliau menjadi inspirasi bahawa wanita yang berani bermimpi besar juga mampu mencipta legasi luar biasa.
Humble dan fasih cakap Bahasa Melayu, saksikan video Inspirasi Nona bersama Enica Foong…
Artikel berkaitan: Gaya Dilraba Dilmurat Di Acara Dior Fall 2026 Undang Perhatian, Persis Puteri Fairytale!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





