Ads

Mila Jirin Kongsi Kisah Inspirasi Dari Gagal AF4 Hingga Bina Empayar Bizmilla

Mila Jirin
Mila Jirin

Mila Jirin sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas berkongsi kisah penuh inspirasi tentang perjalanan hidupnya dari momen gagal AF4 sehingga berjaya muncul sebagai juara wanita pertama Akademi Fantasia 5 dan membina empayar Bizmilla Wedding Centre. 

Nama Mila Jirin pernah menjadi fenomena besar apabila diumumkan sebagai juara wanita pertama Akademi Fantasia musim kelima pada tahun 2007.

Hari ini, Mila atau nama lengkapnya Norsyarmila Jirin dikenali bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga usahawan wanita berjaya menerusi empayar Bizmilla Wedding Centre. Namun perjalanan menuju kejayaan itu tidak pernah mudah.

Mila Jirin Pernah Gagal Sebelum Menjadi Juara AF5

Menerusi perkongsian penuh emosi di Instagram, anak jati Pulau Pinang ini mengimbau kembali detik sebelum dia melangkah ke Akademi Fantasia 5. Ramai menyangka kemenangan tersebut hadir dengan mudah, sedangkan hakikatnya dia pernah melalui episod kegagalan yang cukup memeritkan.

“Ramai ingat malam saya menang tapi sebenarnya malam itu saya sedang cuba perjuangkan hidup keluarga saya.

Sebelum AF5, saya gagal AF4. Bintang RTM pun tak dapat, bila nampak iklan AF5 saya hampir tak pergi.

Tapi keluarga pujuk saya cuba lagi jadi saya pergi juga ke Alor Setar. Sesat, sampai lambat, nervous.

Dalam hati cuma ada satu soalan, boleh ke aku?” katanya.

Kata-kata itu cukup menggambarkan betapa rapuh keyakinan seorang gadis muda ketika itu. Namun siapa sangka, percubaan yang hampir dibatalkan itulah akhirnya menjadi titik perubahan terbesar dalam hidupnya.

Perjalanan Hidup Mila Jirin Ubah Nasib Keluarga

Beberapa bulan selepas uji bakat tersebut, kru Akademi Fantasia hadir ke rumah keluarga Mila untuk menyampaikan berita bahawa dia berjaya terpilih sebagai peserta AF5. Detik itu masih segar dalam ingatannya sehingga hari ini.

“Saya menangis. Saya tak percaya. Saya melompat gembira.

Ads

Saya bukan pergi bawa impian glamor. Saya pergi bawa harapan satu keluarga.”

Di sebalik senyuman dan persembahan di pentas mingguan, Mila sebenarnya memikul tekanan yang cukup berat. Dia sedar keluarganya berada dalam kesusahan dan peluang itu perlu digunakan sebaik mungkin demi masa depan mereka.

Mila Jirin Kongsi Kisah Inspirasi Dari Gagal AF4 Hingga Bina Empayar Bizmilla
Instagram @mila_jirin

Sepanjang berada di akademi, Mila mengakui antara perkara paling menyedihkan ialah apabila ibu bapanya tidak mampu hadir setiap minggu kerana kekangan kewangan. Lebih memilukan, selepas pertandingan tamat barulah dia mengetahui ibu bapanya pernah meminjam wang semata-mata mahu melihat anak mereka membuat persembahan secara langsung.

“Bila duit habis, mereka sokong saya dari jauh,’ katanya lagi.

Kemenangan AF5 Jadi Titik Perubahan Mila Jirin

Pada malam final AF5, Mila tidak melihat kemenangan sebagai tiket glamor. Dia melihatnya sebagai peluang untuk menyelamatkan kehidupan keluarga.

“Kalau saya menang, mungkin hidup keluarga saya berubah.

19 Mei 2007, saya jadi wanita pertama Juara AF. Ramai nampak trofi, saya nampak tanggungjawab. Mak, ayah, lepas ni biar saya pula jaga semuanya.”

Ads
Mila Jirin Kongsi Kisah Inspirasi Dari Gagal AF4 Hingga Bina Empayar Bizmilla
Instagram @mila_jirin
Mila Jirin Kongsi Kisah Inspirasi Dari Gagal AF4 Hingga Bina Empayar Bizmilla
Instagram @mila_jirin

Kemenangan itu benar-benar mengubah perjalanan hidupnya. Ketika ramai menjangka karier seni Mila akan terus mendominasi industri hiburan, rezeki wanita ini rupanya lebih besar dalam dunia perniagaan.

Bersama suami tercinta yang juga bekas pengurusnya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha atau Isz Mustapha, Mila membina Bizmilla Wedding Centre sedikit demi sedikit sehingga berkembang menjadi antara perniagaan dewan perkahwinan terbesar di Malaysia.

Mila Jirin Kongsi Kisah Inspirasi Dari Gagal AF4 Hingga Bina Empayar Bizmilla
Instagram @mila_jirin
Mila Jirin Kongsi Kisah Inspirasi Dari Gagal AF4 Hingga Bina Empayar Bizmilla
Instagram @mila_jirin

Difahamkan, sepanjang hampir 12 tahun membangunkan Bizmilla, mereka kini memiliki 20 dewan banquet dengan lebih 250 pekerja dan jumlah bayaran gaji mencecah hampir RM1 juta sebulan.

Mila Jirin Pernah Simpan Impian Jadi Arkitek

Di sebalik kejayaan luar biasa itu, Mila sebenarnya pernah menyimpan cita-cita berbeza ketika muda. Dia mahu menjadi arkitek dan pernah belajar AutoCAD serta lukisan kejuruteraan ketika di sekolah teknik.

“Dulu aku bercita-cita nak jadi engineer. Nak jadi arkitek. Masa sekolah teknik, aku belajar AutoCAD dan lukisan kejuruteraan.

Pernah lukis floor plan ala budak sekolah. ‘Rumah Idaman buat Mak & Ayah’ atas kertas LK. Tapi lukisan tu hilang dan sampai hari ni aku masih ingat dan rindu.”

Ads

Namun impiannya untuk melanjutkan pengajian ke universiti tidak kesampaian. Walaupun kecewa, Mila percaya setiap aturan Allah mempunyai hikmah tersendiri.

“Lepas habis sekolah, aku tak sambung universiti. Masa tu kecewa. Tapi Allah Maha Baik. Allah bawa aku ke ‘universiti kehidupan’. Belajar dari kerja, pengalaman, jatuh bangun.”

Artikel berkaitan: Pernah Bercita-Cita Jadi Arkitek & Kecewa Tak Sambung Belajar, Allah ‘Ganti’ Duka Mila Jirin Jadi ‘Arkitek Impian’ Di Bizmilla!

Bizmilla Wedding Centre Jadi Bukti Kejayaan Mila Jirin

Menariknya, ilmu dan minat yang pernah dipendam itu akhirnya digunakan dalam dunia perniagaan apabila dia terlibat sendiri dalam proses mereka bentuk dewan-dewan Bizmilla.

“Tanpa sedar, hari ini aku dah design 20 banquet hall Bizmilla Wedding Centre. Dari lukisan kasar, brainstorming dengan arkitek, 3D drawing, pilih kontraktor, susun material, furniture, banquet equipment, interior exterior plan, hingga ke bahagian yang aku paling suka – concept decoration.

Bahagian paling mencabar tapi paling memuaskan bila jadi realiti.

Aku selalu pesan pada diri… Kalau Allah tak bagi jalan yang kita rancang, Allah sedang bawa aku ke jalan yang lebih indah.”

Kini, Mila hidup bahagia bersama suami dan anak lelaki mereka, Mohd Arif Zikri. Lebih manis, kejayaan yang diraih bukan sekadar tentang kekayaan atau populariti tetapi menjadi simbol perjuangan seorang wanita yang tidak pernah berhenti mencuba walaupun berkali-kali gagal.

Mila Jirin Kongsi Kisah Inspirasi Dari Gagal AF4 Hingga Bina Empayar Bizmilla
Instagram @mila_jirin

Daripada gadis yang pernah tersesat ke uji bakat AF5, kepada usahawan wanita berjaya dengan empayar sendiri, kisah Mila Jirin membuktikan bahawa kegagalan bukan penamat kehidupan. Kadangkala, ia hanyalah permulaan kepada jalan yang lebih indah.

Artikel berkaitan: Lalui Jatuh Bangun Dunia Bisnes, Mila Jirin Terima Anugerah Kepimpinan Dari Oxford Centre for Leadership!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Bonda Rozita Ibrahim

Bonda Rozita Ibrahim & Aidiamin Ahmad, Cinta Di Hujung Senja Buat...

Bonda Rozita Ibrahim dan Aidiamin Ahmad raih perhatian ramai dengan kisah cinta usia matang yang penuh ketenangan, kesetiaan dan kebahagiaan hingga menyentuh hati netizen.