Siapa yang tak kenal dengan pempengaruh terkenal, Maryam Younarae atau Maryam Durian Kimchii yang kini dilihat semakin anggun dan berseri wajahnya selepad nekad berhijrah menutup aurat sekitar awal bulan ini.

IKLAN

“Ibu Bawa Balik Telekung Ke Korea..” MARYAM DURIAN KIMCHI Terharu Ibu Terbuka Hati Nak Belajar Solat

Dan baru-baru ini, Maryam ada berkongsikan gambar momen bersama ibunya yang hadir menziarahi dia dan suami di Malaysia.

“Ibu Bawa Balik Telekung Ke Korea..” MARYAM DURIAN KIMCHI Terharu Ibu Terbuka Hati Nak Belajar Solat

“Ibu Bawa Balik Telekung Ke Korea..” MARYAM DURIAN KIMCHI Terharu Ibu Terbuka Hati Nak Belajar Solat

Menerusi perkongsian itu, Maryam dilihat membawa ibunya menziarah masjid untuk menunaikan solat subuh serta menghadiahkan wanita itu telekung.

Menurut isteri kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim itu, dia cukup terharu apabila ibu tercintanya itu menyuarakan hasratnya untuk membawa pulang telekung itu ke Korea Selatan kerana ingin perlahan-perlahan belajar solat ketika di sana.

“Ibu ikut saya pergi solat Subuh di Masjid pagi tadi, Alhamdulilah dan Insya-Allah , Omma juga bawak balik Maryam punya telekung untuk belajar solat di Korea. Semua doakan untuk Ibu Maryam ya”.

“Ibu Bawa Balik Telekung Ke Korea..” MARYAM DURIAN KIMCHI Terharu Ibu Terbuka Hati Nak Belajar Solat

IKLAN

Maryam juga dilihat turut meluahkan rasa sedih ketika mahu menghantar ibunya pulang ke Korea Selatan selepas beberapa hari berada di Malaysia.

Ibu kepada seorang anak dan juga isteri kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim itu menyatakan setelah hampir tiga tahun berkelana di Malaysia dia sangat merindui kasih sayang dari ibunya. Lantas, kehadiran ibunya ke Malaysia sedikit sebanyak mengubati kerinduannya.

“Di Malaysia, saya sendirian tanpa keluarga sejak 3 tahun yang lalu dan saya banyak mengharungi hidup saya sebagai seorang ibu kepada anak saya. Sepanjang tempoh itu, saya banyak menghabiskan masa membesarkan dan mencurahkan kasih sayang kepada anak lebih daripada diri saya sendiri sehinggalah ibu datang melawat.”

IKLAN

Melihat pada ruangan komen hantaran berkenaan, ramai pengikut serta warga maya yang teruja dengan niat ibu kepada Maryam dan mendoakan semoga pintu hati ibunya terbuka untuk menganuti agama Islam.

“Ibu Bawa Balik Telekung Ke Korea..” MARYAM DURIAN KIMCHI Terharu Ibu Terbuka Hati Nak Belajar Solat “Ibu Bawa Balik Telekung Ke Korea..” MARYAM DURIAN KIMCHI Terharu Ibu Terbuka Hati Nak Belajar Solat “Ibu Bawa Balik Telekung Ke Korea..” MARYAM DURIAN KIMCHI Terharu Ibu Terbuka Hati Nak Belajar Solat

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI