Menjadi satu cabaran bagi ibu-ibu di luar sana untuk memastikan pakaian dan sekolah anak-anak sentiasa putih dan bersih daripada sebarang kotoran.Tak sakit mata memandang dan anak-anak pun selesa belajar kalau pakaian bersih.
Mencuci baju sekolah berwarna putih dan memutihkan kasut merupakan satu nightmare juga kepada ibu di luar sana. Lagi-lagi kalau tiba part nak basuh kasut sekolah anak yang asalnya warna putih, tapi dua tiga hari pakai dah macam kena celup dalam lumpur.
Ads
Namun, petang tadi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah akan bermula tahun hadapan.
Ads
“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sihar Harian hari ini.
Ads
Jadi, tak perlu lagi para ibu di luar sana penat berus bersungguh-sungguh bersihkan kasut sekolah anak-anak.
Dalam situasi seluruh dunia berhadapan pendemik COVID-19, kebanyakan hotel mula merubah strategi dengan menawarkan makanan berbuka puasa untuk di bawa pulang berbeza dari keadaan sebelumnya di mana bufet Ramadan menjadi pilihan untuk menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang enak dan menyelerakan.
Chef Hasbullah dan kakitangannya menyediakan menu tradisi istimewa sebagai sajian berbuka puasa di rumah untuk Ramadan kali ini. Bertemakan Malaysian Heritage, hidangan autentik dan kegemaran masyarakat Malaysia bakal disajikan untuk dinikmati di rumah bersama keluarga tersayang.
Memahami situasi terkini yang melanda negara, menurut Pengurus Besar Hotel Maya Kuala Lumpur, Sharmini Moganasundram, tradisi berbuka puasa secara bufet tidak dapat dilaksanakan memandangkan situasi semasa. Namun begitu, Hotel Maya mengetengahkan menu istimewa warisan Melayu untuk dibawa pulang terutamanya untuk individu yang rindukan masakan air tangan ibu lantaran tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berbuka puasa bersama-sama.
Chef Hasbullah sememangnya terkenal dengan masakan Melayu ini bakal menyediakan menu istimewa antaranya termasuklah set Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah, Nasi Kerabu, Soto Ayam dan banyak lagi.Setiap set turut disertakan dengan kurma sebagai pilihan untuk berbuka puasa. Selain set menu masakan Melayu yang ditawarkan, pelanggan boleh memilih seleksi menu ala carte yang menampilkan hidangan tempatan, barat dan hidangan Jepun. Penulis sendiri berpeluang menikmati hidangan set buka puasa amat menggemari hidagan Salmon Teriyaki kerana ia mempunyai rasa yang bertepatan dengan citarasa penulis!
Tidak lengkap tempahan bawa pulang tanpa hidangan pencuci mulut. Hotel Maya Kuala Lumpur menawarkan seleksi pencuci mulut terdiri daripada Bubur Pulut Hitam, waffle serta Chinese Pancake yang enak. Hidangan Buka Puasa ini boleh ditempah untuk penghantaran ke rumah dari 5 hingga 23 Mei 2020.
Sebagai usaha membantu negara menangani wabak ini, Hotel Maya tidak melupakan tanggungjawab sosial mereka dengan menyediakan makanan untuk barisan hadapan yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini. Selain itu,Hotel Maya turut bekerjasama dengan MODA MALAYSIA (Malaysian Offical Designer’s Association) untuk sama-sama membantu menjahit pakaian perlindungan kesihatan atau PPE untuk barisan hadapan.
Hotel Maya berharap sumbangan kecil yang dilakukan oleh pihak mereka dapat meringankan sedikit beban yang dipikul oleh barisan hadapan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.Satu usaha murni yang wajar dicontohi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pelakon serba boleh Syafiq Kyle yang baru-baru popularitinya melonjak naik selepas membintangi drama siri One Cent Thief. Baru-baru ini, hasil usaha kerasnya selama ini dalam bidang seni lakonan, Syafiq Kyle ada berkongsikan berita baik dimana dia menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire kepada keluarganya.
Menerusi satu video dimuat naik oleh sorang penjual kenderaan di aplikasi TikTok, pelakon berusia 30 tahun yang juga merupakan teman lelaki kepada pelakon Mimi Lana itu itu dilihat sedang melakukan urusan jual beli sambil ditemani seorang lelaki dipercayai rakan baiknya.
Rakaman berdurasi 38 saat itu turut menyaksikan Syafiq memandu sendiri kereta berwarna hitam tersebut dibawa pulang ke rumah sekali gus menyerahkan hadiah kejutan itu kepada keluarga tercinta. Menjengah ke ruangan komen, ramai tumpang gembira dan memuji sikap pelakon drama Cinta Buat Dara itu kerana tidak lupa berbakti semula kepada orang tuanya.
Ternyata rezeki Syafiq kian murah selapas namanya makin diperkata ramai dek mutu lakonannya dalam One Cent Thief yang turut mendapat pujian rata-rata dari peminat. Malah Drama bersiri Astro Originals berjudul One Cent Thief berjaya mencipta sejarah apabila tersenarai dalam Top 10 rancangan terbaik TV Asia 2022.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di sebalik kepesatan pembangunan kota Sentul, masih terdapat sekelompok penghuni yang hidupnya cukup terpencil. Kebanyakan para penghuninya tinggal di teratak usang yang dilihat kurang sempurna binaannya.
Namun demi kelangsungan hidup, bersama kudrat tulang empat kerat mereka tetap gigih menjalani kehidupan seperti mana insan-insan yang lain walau dalam serba kekurangan.
Warga emas kelahiran Kelantan, Khuzaipah Omar yang berusia 65 tahun dan isteri, Rohani Hussein berusia 62 tahun mendiami teratak kayu berbumbungkan zink ini sejak lebih 20 tahun yang lalu.
Kini ia kelihatan semakin usang dimamah waktu. Demi sesuap nasi mereka menyara kehidupan dengan berniaga kecil-kecilan. Biarpun untungnya tidak seberapa, sekurang-kurangnya dapatlah menampung kehidupan seharian mereka berdua.
“Biarpun hidup dalam serba kekurangan namun kami bahagia dengan cara sendiri. Seminggu sekali saya dan isteri akan membuat lemang.
Seawal pukul empat pagi kami sudah pun bangun bagi menyiapkan lemang dan akan menjualnya di sekitar Pasar Karat Kuala Lumpur. Sehari sekurang-kurangnya dalam 10 batang dapat jual. Alhamdulillah rezeki kami.
Kalau tidak berniaga kami cuma berehat di rumah. Adalah juga yang datang ke rumah untuk mengurut. Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk berubat sama ada dengan saya atau isteri.
Ada juga yang sanggup menjemput untuk ke tempat mereka. Kami tidak menetapkan bayaran tertentu, biasanya mereka bayar secara ikhlas,” kongsi Khuzaipah.
Pasangan ini dikurniakan tiga anak lelaki dan tidak tinggal bersama mereka kerana semuanya merantau mencari rezeki. Anak sulung dan kedua kini bekerja di Kelantan manakala anak bongsu bekerja di Pulau Pinang.
Terima Bantuan
Sejak tahun 1980-an, Khuzaipah merantau ke Kuala Lumpur dan pernah bekerja di Jabatan Agama Islam lebih 25 tahun. Usai berhenti kerja, Khuzaipah bekerja sendiri dengan menjual ubat dan mengurut. Begitulah rutin hariannya sehinggalah menerima bantuan daripada Baitulmal pada tahun 2014.
“Setiap bulan kami menerima bantuan kewangan sebanyak RM450. Selain digunakan untuk keperluan harian, ia juga dijadikan modal untuk berniaga.
Kami sedar masih ramai yang lebih susah daripada kami dan memerlukan bantuan. Maka, saya berusaha untuk memanfaatkan wang bantuan dengan mengembangkan perniagaan lemang yang menjadi sumber rezeki utama kami sekeluarga.
Saya juga merancang untuk memohon pinjaman daripada pihak Baitulmal untuk membeli motosikal roda tiga bagi kegunaan berniaga. Saya harap permohonan itu akan dipertimbangkan,” ujar Khuzaipah penuh harapan. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati pasangan ini seterusnya dikurniakan rezeki kesihatan yang baik. Amy Mohd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!