Ads

Cantik Isteri Shahz Jaszle, Nur Hanis Husna Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri & Galas Tugas Ibu 3 Anak!

Shahz Jaszle & Hanis Husna Bahagia
Shahz Jaszle & Hanis Husna Bahagia

Lawa isteri kepada pelakon Shahz Jaszle! Pejam celik, tahun ini merupakan tahun kesebelas usia perkahwinan Shahz dan Hanis Husna. Kedua-duanya kian bahagia melayari alam rumah tangga. Apatah lagi dengan kehadiran tiga cahaya mata comel!  

Shahz Jaszle atau nama penuhnya Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin dilaporkan sah bergelar suami kepada Nur Hanis Husna Mohd Nadzree pada tahun 2015.  

Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan tiga orang anak yang menyerikan lagi perkahwinan mereka iaitu Alana Jasmeen, Ayden Jasreen dan Aurora Jane.

Artikel https://www.nona.my/rumah-tangga-bahagia-zarul-umbrella-jarang-kongsi-wajah-isteri-tapi-sentiasa-ada-di-sisi-selama-17-tahun-kahwin/

Rumah Tangga Shahz Jaszle

Cantik Isteri Shahz Jaszle, Nur Hanis Husna Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri & Galas Tugas Ibu 3 Anak!

Cantik Isteri Shahz Jaszle, Nur Hanis Husna Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri & Galas Tugas Ibu 3 Anak! Cantik Isteri Shahz Jaszle, Nur Hanis Husna Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri & Galas Tugas Ibu 3 Anak!

Ads

Difahamkan sebelum mendirikan rumah tangga bersama Shahz Jaszle, Hanis Husna merupakan seorang peragawati. Wanita cantik ini menyambut ulang tahun kelahiran pada 18 April lalu.  

Bersempena hari lahir, pelakon drama popular Jika Cinta Itu Buta berkenaan tidak melepaskan peluang menitipkan ucapan romantis buat suri hati kesayangan.  

Kongsi Shah, “Happy Birthday to my beloved wife. You’re not just my partner, you’re my peace, my strength, and the reason I keep going every single day. Through all the ups and downs, you’ve stayed by my side with love and patience I don’t take for granted. 

Thank you for being you — for your heart, your kindness, and everything you do for us. I pray that this year brings you as much happiness as you’ve given me. I love you, always.” 

Ads

Keluarga Shahz Jaszle & Hanis Husna

Cantik Isteri Shahz Jaszle, Nur Hanis Husna Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri & Galas Tugas Ibu 3 Anak! Cantik Isteri Shahz Jaszle, Nur Hanis Husna Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri & Galas Tugas Ibu 3 Anak! Cantik Isteri Shahz Jaszle, Nur Hanis Husna Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri & Galas Tugas Ibu 3 Anak!

Meskipun selalu digandingkan dengan aktres jelita dalam lakonan tetapi Shahz Jaszle pernah memberitahu sejak berkahwin dia memilih untuk mengehadkan aktiviti sosial, menjaga privasi dan mengutamakan keluarga.  

Lebih-lebih lagi dengan statusnya sebagai bapa tiga anak. Dalam masa sama, dia tidak menyekat minat anak-anak dalam dunia seni mahupun peragaan.  

Misalnya, anak sulung dan anak kedua mewarisi bakat ibu mereka dalam dunia peragaan. Kedua-dua permata hati Shahz dan Hanis Husna ini pernah menjadi model bagi jenama Padini.  

Ads

Malah, anak lelaki mereka iaitu Ayden Jasreen turut menerima tawaran berlakon dalam drama Kerana Cinta Itu Dusta pada tahun lalu.

Cantik Isteri Shahz Jaszle, Nur Hanis Husna Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri & Galas Tugas Ibu 3 Anak! Cantik Isteri Shahz Jaszle, Nur Hanis Husna Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri & Galas Tugas Ibu 3 Anak!

Selain masih aktif dalam industri seni, Shahz Jaszle dan isteri turut menceburi bidang perniagaan. Mereka mengusahakan baju street wear dan minyak wangi jenama sendiri, Tulus Fragrances.  

Semoga rumah tangga Shahz Jaszle dan Nur Hanis Husna bahagia berpanjangan hingga ke syurga di samping anak-anak tersayang.  

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Enica Foong

Enica Foong Pengasas Empayar Masha Group & Miliki 30 Kilang OEM...

Enica Foong berjaya membangunkan Masha Group sebagai OEM cosmetic manufacturer Malaysia yang memiliki lebih 30 kilang OEM dan membantu ramai usahawan tempatan menghasilkan produk berkualiti.