Ads

Rumah Tangga Bahagia Zarul Umbrella, Jarang Kongsi Wajah Isteri Tapi Sentiasa Ada Di Sisi Selama 17 Tahun Kahwin!

Zarul Umbrella & Isteri Sambut Anniversary Ke-17
Zarul Umbrella & Isteri Sambut Anniversary Ke-17

Jarang kongsi wajah isteri tak semestinya tak bahagia. Walau pun Zarul Umbrella kurang berkongsi foto di samping isteri di media sosial tetapi hakikatnya dia dan suri hati kesayangan bahagia layari kehidupan rumah tangga dengan cara sendiri.  

Artikel https://www.nona.my/isteri-dikurnia-pingat-pangkuan-negara-zarul-umbrella-syukur-simpan-memori-indah-di-istana-negara/

Buktinya, pada 25 April lepas pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17! 

Zarul Umbrella & Isteri Rai Anniversary Ke-17

Rumah Tangga Bahagia Zarul Umbrella, Jarang Kongsi Wajah Isteri Tapi Sentiasa Ada Di Sisi Selama 17 Tahun Kahwin! Rumah Tangga Bahagia Zarul Umbrella, Jarang Kongsi Wajah Isteri Tapi Sentiasa Ada Di Sisi Selama 17 Tahun Kahwin!

Detik indah itu diabadikan pelantun lagu Ramalanku Benar Belaka tersebut di media sosialnya. Dalam hantaran yang dibuat di Instagram, Zarul atau nama penuhnya Zairulkefli Husin memuat naik gambar bersama isteri tercinta iaitu Intan Nur Fathihah.  

Dalam potret berkenaan kelihatan Zarul segak berbaju kemeja putih sementara Intan Nur Fathihah tersenyum ceria sambil memegang sejambak bunga mawar merah!  

Ads

Titip Zarul Umbrella ringkas, “It’s our 17th wedding anniversary.” 

Bagi peminat yang mengikuti perkembangan pelakon yang juga penyanyi ini, pasti mengenali sikap Zarul yang tidak terlalu berkongsi gambar keluarga kerana menghormati privasi mereka.  

Namun bekas pramugara ini pilih mengetepikan prinsip berkenaan pada hari-hari tertentu khususnya ketika ulang tahun perkahwinan atau kelahiran isterinya. Serta tidak terkecuali menunjukkan sisi romantik pada hari-hari istimewa.  

Rumah Tangga Bahagia Zarul Umbrella, Jarang Kongsi Wajah Isteri Tapi Sentiasa Ada Di Sisi Selama 17 Tahun Kahwin! Rumah Tangga Bahagia Zarul Umbrella, Jarang Kongsi Wajah Isteri Tapi Sentiasa Ada Di Sisi Selama 17 Tahun Kahwin!

Ads

Rumah Tangga Bahagia Zarul Umbrella, Jarang Kongsi Wajah Isteri Tapi Sentiasa Ada Di Sisi Selama 17 Tahun Kahwin!

Misalnya ketika ulang tahun kelahiran wanita kesayangannya pada pertengahan Disember 2025. Pasangan ini menikmati percutian ke Paris, Perancis waktu itu.  

Keanggunan Isteri Zarul Umbrella

Kongsi Zarul, “17 December, Happy (Belated) Birthday buat isteri tercinta. Semoga dipanjangkan umur murah rezeki, dikurniakan segala kebahagian dan kejayaan dalam apa jua yang dilakukan dan dijauhkan dari segala kepayahan, dan sentiasa dilindungi dalam rahmat Allah SWT. Ameen – Ikhlas dari suamimu – Happy Birthday Love.” 

Zarul Umbrella mendirikan rumah tangga bersama Intan pada 25 April 2009. Selepas bersara sebagai krew Malaysia Airlines selama 17 tahun, vokalis ini aktif dalam dunia seni dan pengacaraan.

Ads

Rumah Tangga Bahagia Zarul Umbrella, Jarang Kongsi Wajah Isteri Tapi Sentiasa Ada Di Sisi Selama 17 Tahun Kahwin! Rumah Tangga Bahagia Zarul Umbrella, Jarang Kongsi Wajah Isteri Tapi Sentiasa Ada Di Sisi Selama 17 Tahun Kahwin! Rumah Tangga Bahagia Zarul Umbrella, Jarang Kongsi Wajah Isteri Tapi Sentiasa Ada Di Sisi Selama 17 Tahun Kahwin!

Zarul juga merupakan hos dalam program podcast Borak Dalam Galley yang menceritakan tentang pengalaman bekas pramugari dan pramugara sepanjang perkhidmatan mereka.  

Sekitar tahun 2024, Zarul menemani isteri tersayang ke Istana Negara bagi menerima pengurniaan pingat daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.  

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri...

Keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sering meraih perhatian rakyat. Meskipun sudah meniti usia 50an namun penampilan baginda tidak mencerminkan umur sebenar. Malah Raja Permaisuri Perak ini sentiasa kelihatan awet muda dan bertenaga!