Rezeki Jebat Jayden, anakanda tunggal Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad dapat tunaikan umrah di usia 4 tahun. Meskipun pasangan ini sudah berpisah sejak Julai 2020, kedua-duanya tetap berbaik demi kasih sayang terhadap anak tersayang. Paling respek tengok Sharnaaz, macam bapa mithali sungguh! 

IKLAN

Terbaharu, kehadiran Sharnaaz disamping anak dan bekas isterinya sebelum rombongan jemaah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah menarik perhatian ramai.

Bertanggungjawab menghantar anaknya ke lapangan terbang untuk menunaikan ibadah Umrah, Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram menitipkan ucapan istimewa buat Jebat serta bekas isterinya, Noor Nabila yang turut serta ke Tanah Suci Mekah.

“Selamat menunaikan Umrah anak baba, permata baba, buah hati baba, best friend baba. Nyawa baba Jebat Jayden, i miss my boy now..

Thank you mummy Noor Nabila bawa Jebat ke Tanah Suci… Semoga bertambah rezeki aminn.” Sharnaaz

Bapa Mithali, Sharnaaz Ahmad ‘Gentleman’ Hantar Anak & Bekas Isteri Tunaikan Umrah

 

Bapa Mithali, Sharnaaz Ahmad ‘Gentleman’ Hantar Anak & Bekas Isteri Tunaikan Umrah

IKLAN

 

Dalam satu hantaran video di media sosial, kelibat Sharnaaz yang sedang melayan keletah Jebat di dalam baby stroller mencuit perhatian.

IKLAN

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi peminat yang kebanyakannya memuji sikap lelaki tersebut yang sentiasa bersama anaknya itu. Malah, ada yang menyifatkan Sharnaaz seorang bapa terbaik.

@fidermanjj Doakan Jayden, mummy & families selamat menunaikan ibadah Umrah ye. #kredit2omrahtravel #kredit2noornabila #kredit2jebatjayden ♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

 

Sifat budiman dan penyayang Sharnaaz terhadap bekas isteri dan anaknya jelas menjadi inspirasi. Ramai yang turut menitipkan doa buat Jebat agar dipermudahkan segala urusan serta memperoleh umrah yang mabrur.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI