Untuk wanita yang selalu ada bila diperlukan…

IKLAN

Ibuku, baginya nilai seorang manusia adalah sejauh mana letak tinggi maruah dirinya. Sosok perempuan itu seperti besi, yang nampak kuat, keras dan berani… walau isi perisainya cuma doa dan tawakal pada Ilahi.

Melewati hari-hari PKP ini, ada orang yang jauh dari ibu. Rindu hanya mampu tergambar dari panggilan video, tanpa dakapan dan pelukan sayang seperti selalu.

Ada pula yang tinggal bersama. Beruntunglah punya kesempatan berdamping ibu sepanjang masa. Kita semakin sedar bahawa usia ibu tidak semakin muda… Maka rebutlah peluang PKP ini sebaiknya.

Tapi ada juga yang sudah berpisah dunia. Dan terputuslah doa ibu dari hidup anak-anaknya…

Barang Kemas Terukir Cinta, Tak Sangka Itulah Hadiah Paling Sweet Untuk Seorang Wanita!

Walau dimana pun dia, ibu sentiasa menjadi sumber inspirasi dan cinta pertama kita. Resetkan fikiran, sudah masanya kita longgokkan sebanyak-banyak kasih sayang demi tanda penghargaan terhadap wanita yang menggadai nyawa melahirkan dirimu ke dunia.

IKLAN

Kata Francesco Terzo dan A. Filippo Ficarelli dari Pandora, cinta abadi ibu terhadap anak-anaknya bermula dari saat mereka dilahirkan.

“Apabila anda sendiri menjadi ibu, rasanya bagai dilahirkan semula. Itulah inspirasi di sebalik simbol infiniti Pandora, iaitu kasih sayang antara ibu dan anak yang kekal selama-lamanya. Simbol ‘knot’ atau simpulan pula menggambarkan kebersamaan, takkan tergugat walau apa pun yang menduga.”

IKLAN

Barangan kemas berasaskan perak sterling dan Pandora Rose ini pasti nampak cantik apabila dipakai. Antara kemestian, tentulah dangle charm berukir ‘Mom’ dengan tatahan kubik zirkonia senada.

Hadiahkanlah sesuatu yang bermakna untuk dipakai setiap hari. Sepasang subang, seutas rantai atau gelang, mahupun cincin, antara pilihan terbaik yang mengingatkan si ibu terhadap tanda cinta anak-anaknya.

Koleksi Pandora sempena Hari Ibu kini boleh didapati secara online di ZALORA. Walaupun tidak dapat membeli-belah di butik, namun peminat jenama ini masih boleh mendapatkan koleksi terbaru melalui laman web tersebut.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI