Mewahnya rezeki anak Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail! Mana tidaknya, baru berusia tiga bulan Muhammad Bilal dah dapat duit raya cecah belasan ribu ringgit. Malah angka itu lebih daripada jumlah pengeluaran wang KWSP yang diterima ramai baru-baru ini.
Kisah duit raya Muhammad Bilal meraih perhatian ramai khususnya dalam kalangan peminat apabila ibunya yang juga selebriti terkenal, Neelofa berkongsi perkara tersebut di akaun TikTok.
Daripada perkongsian itu, jelas kelihatan Neelofa dan Haris sedang rancak mengira duit raya yang diberikan kepada anak tersayang.
Ads
Ia nyata menarik tumpuan apatah lagi duit raya yang diterima itu kebanyakannya daripada notes RM100! Juga, terselit sekeping wang bernilai 1,000 Dirham! Banyaknya!
Yang pasti, video yang dimuat naik Neelofa mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang sempat berseloroh mengatakan kanak-kanak tak boleh pegang duit banyak. Ada juga yang gembira melihat rezeki anak personaliti glamor ini yang melimpah ruah.
Ads
Neelofa dan Haris selamat menimang cahaya mata sulung mereka, Muhammad Bilal pada 29 Januari lepas. Pengumuman pasangan ini mengenai kelahiran anak tersayang amat dinanti-nantikan namun kedua-duanya masih belum bersedia mendedahkan wajah Muhammad Bilal kepada khalayak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Abdullah Abbas menjadi pilihan Neelofa dan Haris untuk zuriat kedua mereka. Pasangan selebriti ini sepakat memilih pangkal nama Abdullah kerana ia adalah nama yang disukai Allah sementara Abbas menjadi kata-kata dalam doa Rasulullah S.A.W.
Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal , perasaan hiba dan sayang buat
Abdullah Abbas juga terjalin.
Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih..
Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi S.A.W.
Neelofa berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya hari ini. Malah Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berharap agar anak keduanya itu menjadi harapan untuk menyampaikan dakwah.
“Jadi harapan Umi (panggilan Neelofa) dan abah (panggilan Haris) adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam,” ujarnya.
Untuk rekod, Neelofa selamat melahirkan zuriat keduanya pada jam 10.45 malam 11 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Seorang zuriat lelaki menjadi peneman Muhammad Bilal yang kini mencecah usia setahun.
Dia dan Haris atau lebih dikenali sebagai Ustaz Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana yang tidak gembira apabila melihat anak kesayangan bakal melangkah ke alam perkahwinan. Rasa syukur dan gembira pastinya mengiringi perubahan status si anak untuk bergelar pemimpin rumah tangga.
Melalui hantaran di laman Facebook, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood berkongsi kegembiraannya meraikan majlis pernikahan anak bongsunya di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
Pagi Jumaat yang penuh makna pada 20/1/23 di Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol Kota Bahru, Kelantan. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT dan dengan rahmat Nya.
Dengan sekali lafaz akad nikah, putera bongsu penceramah popular ini, Wan Muhammad Nasrullah Wan Akashah sah menjadi suami kepada permaisuri hatinya, Ustazah Nurulhuda Ali.
Ustazah Siti Nor Bahyah sempat berkongsi titipan istimewa buat anak bongsu tersayang di laman Facebook miliknya.
Ya Allah, kurniakanlah kepada pasangan pengantin ini Nasrullah dan Huda rumahtangga yang penuh dengan cinta dan kasih sayang, iman dan taqwa, ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat hingga ke Syurga Mu.
Anugerahkanlah kepada mereka zuriat keturunan yang Qurrata A’yun sebagai
penyejuk di hati.
Meskipun pada malam Jumaat yang lalu, ketika kita berada di Homestay iaitu malam akhir Adik “single”, esok pagi dah nak bergelar seorang suami..Adik salam cium tangan Mama dan peluk cium Mama, Abah, Yang (ibu Ustazah), kakak dan abang-abang Adik..
Tambah Ustazah lagi, anak bongsunya itu sememangnya manjda dengan adik beradik yang lain dan pernikahannya itu menjadi medan perhimpunan keluarga besar Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Nor Bahyah.
Adik minta maaf dan ucap terima kasih pada semua yang sanggup bersusah-payah datang ke Kelantan untuk berada di sisi Adik di hari bahagia Adik. Apa lagi..semua menangis terharu, sebak semua ada.Semua sayang Adik. Sayang sepenuh hati.
Namun mengalir jua airmata ini sebaik sahaja selesai Adik lafaz akad Nikah. Airmata syukur kepada Allah dan airmata bahagia seorang Ibu. Abah jua menahan sebak. Betapa kasihnya Mama dan Abah pada anakanda yang sentiasa menyejukkan hati Mama, Abah dan keluarga.
Menurut perkongsian di Facebook, 7 bulan yang lalu keluarga ini telah berkunjung ke Kelantan untuk majlis pertunangan Wan Muhammad Nasrullah dan Huda. Selepas selesai majlis pertunangan, kini pasangan ini sah disatukan sebagai suami isteri pula. Semoga Allah memberkati jodoh dan ikatan ini.
Ustazah dan Ustaz turut memohon para sahabat FB mendoakan kebahagiaan rumahtangga pasangan ini dan menitipkan doa buat pasangan pengantin yang baharu melangkah ke alam perkahwinan.
Penyanyi popular Anuar Zain yang juga adik kepada penyanyi legenda Ziana Zain mengakui dia berasa seronok dan tenang ketika menyertai aktiviti bersama jemaah tabligh sejak 2021 lalu. Anuar, 52 tahun berkata, dia masih menyertai aktiviti bersama mereka jika ada kelapangan masa. Kali terakhir dia menyertai aktiviti keagamaan itu ialah beberapa bulan lalu.
“Saya masih lagi mengikut jemaah (tabligh), tapi sekiranya ada kelapangan masa. Seronok dan tenang kalau dapat sertai aktiviti keagamaan yang dilakukan bersama-sama,” katanya menerusi sumber Harian Metro.
Anuar yang juga cukup aktif dalam misi kemanusiaan itu berkata, sekiranya tidak terikat dengan kerja seni, dia berhasrat untuk menyertai aktiviti mereka lagi. “Saya tak boleh ikut selalu sebab kerja hakiki sebagai artis, cari makan dalam karier seni sebagai penyanyi. Jadi, saya kena tengok masa yang terluang juga,” katanya.
Anuar mula aktif mengikuti aktiviti bersama jemaah tabligh sejak 2021 lalu. Malah, pernah tular video dia dan pelawak, Nabil Ahmad bersarapan bersama jemaah tabligh di sebuah masjid di Selangor. Sementara itu, Anuar juga berhasrat mahu mengerjakan solat terawih di beberapa masjid berasingan sepanjang Ramadan ini.
Anuar berkata, dia juga mahu mengajak rakan rapatnya yang berminat untuk turut serta. Katanya, ia aktiviti menyeronokkan untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang menjelma tidak lama lagi.
“Seronok sebenarnya kalau dapat menunaikan solat terawih di masjid-masjid berasingan. Tidaklah hanya berterawih di masjid yang sama saja. Sayanglah kalau kita tak buat solat terawih penuh. Jadi, saya tak mahu lepaskan peluang ini macam tu saja. Malah, satu pengalaman baru juga kalau dapat berterawih di masjid-masjid berbeza,” katanya.
Anuar berkata, dia juga akan mengerjakan solat terawih di rumah bersendirian sekiranya tidak berkesempatan melakukannya secara berjemaah di masjid kerana urusan kerja.
Sumber: Harian Metro
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.