Seorang kanak-kanak perempuan daripada Filipina, Sofia Isabella menikmati kehidupan mudanya dengan cukup indah apabila keluarga tersayang menganjurkan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-7 dengan penuh mewah bak puteri!
Isabella anak kepada usahawan terkenal dan berjaya, William Barbo pastinya cukup teruja dengan majlis impiannya. Mana tidaknya, ditemani keluarga dan rakan-rakan terdekat di samping kek hari jadi 6 tingkat serta dekorasi keseluruhan dewan yang cukup mempersona tentunya menjadikan childhood memorynya sukar untuk dilupakan.
0
Ads
Ads
Serba-serbi perincian untuk majlis tersebut adalah mengikut tema yang menjadi kegemaran gadis bertuah ini sendiri iaitu Cinderella termasuklah gaun yang dipakai Isabella.
Ads
Kalau dilihat daripada perkongsian gambar-gambar di atas, tak keterlaluan rasanya kalau Nona katakan ia sebagai sebuah majlis yang paling gah untuk gadis semuda Isabella! Fuh, tak dapat bayangkan bagaimana pula nanti agaknya majlis perkahwinan Isabella kan?
Sumber gambar: facebook www.niceprintphoto.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ungku Attufayl Adl, unik dan cukup bermakna nama cahaya mata terbaharu Jihan Muse. Selamat melahirkan anak ketiga baru-baru ini, pelakon dan pengacara popular berkenaan dilaporkan selamat bersalin seorang bayi lelaki. Nampaknya dah tiga orang ‘hero’ Jihan sekarang!
Menerusi perkongsian di media sosial, Jihan dan suami iaitu Ungku Hariz Faizal mengumumkan khabar gembira mengenai kehadiran anak ketiga mereka. Dalam foto terbaharu itu, kelihatan Ungku Hariz menatap wajah permata hatinya dengan wajah syukur dan menahan sebak.
Sambil berkongsi doa memohon pelindungan Allah untuk anak, Ungku Hariz mendedahkan, “Alhamdulillah my wife safely gave birth to our 3rd baby BOY named Ungku Attufayl Adl bin Ungku Hariz Faizal.”
Sementara itu, Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa menerusi ruangan komen turut berkesempatan menerangkan maksud di sebalik nama anak yang dipilih tersebut.
“At-Tufayl (salah seorang sahabat Baginda Rasulullah SAW). Adl (salah satu nama Allah dari Asmaul Husna). Tiga orang anak lelaki kami, Ungku Arsalan Haq, Ungku Altamis Barr dan Ungku Attufayl Adl.”
Penglibatan Jihan dalam industri seni bermula sebagai pelawak pada tahun 2009 dan kini makin mendapat perhatian peminat sebagai pengacara. Celoteh dan gaya bersahaja ibu kepada tiga anak ini membuatkan dia mampu bertahan dalam industri sampai ke hari ini.
Sinonim sebagai pengacara program hiburan Gegar Vaganza di samping Nabil Ahmad, bakat pengacaraan personaliti berusia 41 tahun ini terserlah selepas dia diberi kepercayaan mengendalikan Gegar Vaganza selama sebelas musim berturut-turut.
Namun Jihan terpaksa melepaskan tanggungjawab selaku pengacara Gegar Vaganza pada minggu kelima kepada Sherry Alhadad kerana keadaannya yang semakin sarat mengandung.
Jihan Muse mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz Faizal pada 20 Mac 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ungku Harsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.
Semoga dengan kehadiran Ungku Attufayl Adl menambah seri dan pelengkap rumah tangga Jihan Muse dan Ungku Hariz Faizal. Juga, anak-anak pasangan selebriti ini membesar sihat dan menjadi anak soleh!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam diam rupanya pelakon cantik berdarah kacukan, Emma Maembong telah menyulam cinta dengan seorang jejaka kacak yang membesar di Selangor.
Tidak menunggu masa yang lama, Emma Maembong sepakat bersama kekasih hati menoktahkan ikatan cinta dengan ikatan yang rasmi pada tarikh yang sangat indah, 20.02.2020.
“Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah keluarga saya,” kata Emma Maembong.
Emma Maembong bersyukur segala perancangan sejak beberapa bulan lalu berjalan lancar. “Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah juga sangat cantik dan kenapa tidak kami abadikan sebagai detik hari bahagia saya dan suami,” tutur pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan ini.
Tepat jam 11.58 pagi tadi, dengan hanya sekali lafaz, wanita yang berusia 27 tahun ini sah menjadi milik mutlak Muhammad Shazli Azhar, 32 tahun yang bertugas sebagai juruterbang.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz dan berwalikan bapa pengantin perempuan Ismail Embong dalam sebuah majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara.
Emma Maembong atau nama penuhnya Fatimah Rohani Ismail kelihatan berseri-seri dalam persalinan rona putih rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail. Emma Maembong memilih rona putih melatari majlis pernikahannya turut diserikan dengan kehadiran 300 orang tetamu.
Pengantin lelaki segak mengenakan baju Melayu telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM2,000 bersama senaskhah Al Quran bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Berkongsi detik perkenalan, pasangan terbabit bersua buat kali pertama pada tahun 2017 ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun Uqasha Senrose. Namun ketika itu mereka hanya berbual kosong dan tidak pernah menjangkakan ada ‘percikan cinta’ selepas itu.
“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” kata Emma Maembong yang cantik dan ayu ditata rias oleh jurusolek, Nad Ismail.
Pasangan ini juga belum merancang destinasi berbulan madu, malah tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak secepat mungkin.
Pada 6 Mac depan, majlis berinai akan diadakan dan sehari selepas itu pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Putrajaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak sangka hanya disebabkan gigitan haiwan.. ibu kesayangan Linda dan Diana Rafar iaitu Rasimah Abdul Rahman kini tidak sedarkan diri di Unit Penjagaan Intensif (ICU), Hospital Shah Alam sejak beberapa hari lepas. Berita tersebut dimaklumkan Linda di Instagram miliknya yang turut memohon agar kenalan dan para peminat mendoakan kesembuhan ibu penyayang kepada enam orang anak itu.
Pertama kali menyambut Aidiladha di hospital kerana mahu menjaga insan istimewa ini, Linda nyata tak berputus asa mengharapkan agar ibunya dapat kembali sihat dan ceria seperti sediakala. Sambil meluahkan segala apa yang terbuku di hati, selebriti berusia 40 tahun ini memuat naik coretan ringkas khusus buat ibu tersayang. Menyifatkan ibunya seorang yang menyokong kejayaan anak-anak dari segi kerjaya mahupun agama… Linda turut mengakui hubungan akrab mereka berdua.
“Dari kecil Linda memang anak paling rapat dengan Mak. Sampailah tua ni pun still apa-apa mesti cari Mak. Pendek kata 1001 rahsia dalam hidup hanya kongsi dengan mak Linda je. I trust her 101%. Mak ni strong woman dan Linda ikut cara dia 100%. Mak tak pernah susahkan hidup anak-anak dia, tak pernah paksa minta duit atau apa-apa yang luar kemampuan kami enam beradik.
Malah Mak suka bersedekah. Ada duit sedikit sanggup pergi kedai beli sendiri barang-barang dapur dan bagi pada anak-anak dia walaupun dia tak kuat berjalan. Mak sayang sangat anak-anak Linda terutama arwah Memen. Tu lah cucu paling dia sayang tapi pergi lebih awal anak syurga yang dia sayang sangat tu. Setiap hari Mak akan call semua anak-anak dia setiap 2-3 jam tapi Linda yang kerap dia call.
Ya Allah cepat betul terasa masa berlalu begitu pantas. Hari ni mak dah tak sedar. Doktor nak tebuk saluran pernafasan tapi kami adik-beradik tak sanggup tengok Mak dilakukan begitu. Punca kena gigitan binatang yang kami tak pasti di tangan terus bengkak dan kena operation dan terus effect buah pinggang kerana menurut doktor kuman merebak begitu pantas.
Air mata mengalir ni dan dada tak tahan sangat sebak teringat kebaikan dan kasih sayang Mak pada anak. Sampai tak selera nak makan dan minum sepanjang hari ni. Terfikir macam tak cukup je jasa Mak yang Linda nak balas. Mohon semua followers sedekahkan Al-Fatihah kepada Rasimah binti Abdul Rahman. Minta Allah sembuhkan penyakit ibuku. Aamin.”
Selain Linda, adik bongsunya Diana Rafar turut berkongsi perkembangan mengenai ibu mereka. Khabarnya semalam, Ustaz Don Daniyal berkesempatan menziarahi Puan Rasimah di hospital. Kongsi Diana pula, “Alhamdullilah tadi Ustaz Don datang ziarah Mak di ICU. Ustaz ada ajar baca zikir ni, masa Ustaz zikir kat Mak… Mak gerak-gerak air mata jatuh beberapa kali kuar. Mak dengar dan mulut ikut bergerak. MashaAllah moga ada penyembuhan… Allah hantar orang baik-baik dengan kita ada rahmatNya.”
Moga Puan Rasimah diberi kesembuhan kembali dan dipermudahkan segala urusan buat mereka sekeluarga. Buat Linda, Diana Rafar dan adik-beradik yang lain.. moga tabah mendepani ujian hidup ini dan teruskan berdoa untuk kesejahteraan ibunda tersayang.
Sumber: Instagram Linda Rafar dan Diana Rafar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.