Sayu melihat bagaimana perjalanan hidup Britney Spears daripada seorang yang masyhur, kaya-raya dan cantik rupawan kini berbeza.
Mengimbau saat ‘kejatuhan’ paling mengejutkan dalam sejarah hiburan, hidup Britney Spears dikatakan berubah teruk selepas bapanya dilantik sebagai penjaga.
Bapa Britney, Jamie Spears sebelum ini mula memikul peranan tersebut selepas menerima arahan mahkamah pada 2008 susulan Britney didakwa mengalami masalah psikiatri.
Hak itu sudah berlarutan selama 13 tahun dan nyata ibu kepada dua anak ini tidak mahu hal berkenaan terus menjejaskan kehidupannya.
Dengan hak yang diberi kepada bapanya, Jamie bertanggungjawab menguruskan segala urusan berkaitan perubatan, kewangan dan semua urusan peribadi bintang itu.
Britney Spears dan bapanya
Hidup Britney Spears dikongkong oleh bapa sendiri
“Konsep ‘penjagaan’ ini adalah satu penderaan.” Britney Spears
Wanita berusia 40 tahun ini bukan saja perlu membelanjakan suku juta sebulan bagi mendapatkan rawatan mental, malah dihalang untuk mengandung lagi.
Ads
“Bapa dan pihak pengurusannya sanggup memasang alat pencegah kehamilan pada saya,” akui Britney yang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, Sam Asghari dan memiliki anak.
Britney di sisi teman lelaki, Sam Asghari
Menerusi perkahwinan terdahulu dengan Kevin Federline, Britney hanya memperoleh 30 peratus hak penjagaan selepas Federline diberikan hak penjagaan tunggal untuk menjaga kedua-dua anak mereka.
Antara perkara lain di bawah hak penjagaan itu, Jamie juga bertindak melarang Britney untuk melakukan rawatan kecantikan diri melibatkan kuku, rambut dan urutan akupuntur.
“Dia (Jamie) dengan arahan yang diberikan ini dan kawalan yang dilakukan ke atas saya. Apa saya lalui merupakan satu situasi yang memalukan dan tidak bermoral, saya rasa dibuli.” Britney Spears
SOLIDARITI UNTUK BRITNEY
Ads
Hanya mahu membantu anak perempuan sendiri. Begitulah kenyataan balas bapa Britney Spears, Jamie Spears apabila orang ramai bersolidariti menyokong hak kebebasan bintang pop tersebut.
“Saya sedih melihat dia menjalani kehidupan dalam penderitaan dan kekecewaan, Jamie sangat menyayangi Britney,” kata peguamnya ketika diwawancara.
Orang ramai membawa potret Britney ketika sesi perbicaraan di Stanley Mosk Courthouse pada Rabu, 23 Jun 2021 (AP Photo/Chris Pizzello)
Ketika ini, hashtag #FreeBritney sedang tular di pelbagai platform media sosial oleh penyokong serta peminatnya dari seluruh dunia.
Rakan-rakan selebriti ternama dari industri hiburan juga tidak ketinggalan memberi sokongan kepada Britney untuk memperjuangkan nasibnya.
Antara selebriti yang menunjukkan solidariti ialah Chrishell, Justin Timberlake, Mariah Carey, Brandy, Khloe Kardashian, serta ramai lagi.
Ads
LUAHAN HATI
“Saya hanya mahukan kehidupan saya kembali seperti biasa… Saya bukan ‘hamba’ kepada sesiapa. Saya alami tekanan, tidak boleh tidur dan saya tidak gembira dengan kehidupan ini..”
Sebak mendengar kata-kata Britney Spears di Mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat pada Rabu lepas dalam kenyataan rayuannya yang memohon untuk menyingkirkan bapanya, Jamie Spears, sebagai penjaga, lapor Reuters.
Teman lelaki Britney Spears dikatakan banyak memberi sokongan emosi dan mental agar terus kuat
Pasangan Britney dan Sam Asghari merancang membina kehidupan bersama
Tahun lalu, Britney gagal dalam cubaannya untuk ‘menyingkirkan’ bapanya daripada mengawal kehidupan dan hal-hal peribadinya selepas Mahkamah Los Angeles memutuskan perkara itu akan terus berkuat kuasa sehingga tahun ini.
Penyanyi lagu Oops! I Did It Again ini turut membuat permohonan untuk membolehkan pengurusnya, Jodi Montgomery, memainkan peranan tersebut.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru terima menantu, semalam diceraikan. Ikatan rumah tangga penyanyi terkenal pada era 1980-an dan 1990-an, Datuk Amir Amzah Salleh atau dikenali sebagai ND Lala yang terbina selama 34 tahun dengan isteri, Datin Fauziah Sarman akhirnya terlerai.
Berita duka itu dikongsikan Fauziah menerusi hantaran di laman Instagramnya. Ibu kepada penyanyi Shila Amzah dan Syada Amzah itu mendedahkan ND Lala telah melafazkan cerai kali pertama pada 2 Ogos lalu manakala kali kedua pada 8 Ogos.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin-NYA dan kekuatan kasih sayang ALLAH, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.
“Alhamdullilah, ALLAH telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini. Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya-ALLAH,” tulisnya.
Ibu kepada empat cahaya mata itu menjelaskan pendedahan status berkenaan untuk mengelakkan sebarang fitnah.
Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.
Dalam pada itu, Fauziah memohon warganet mendoakan agar dirinya kuat untuk meneruskan kehidupan. “Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun2 hidup dalam penipuan.”
Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an yang dikhabarkan bernikah lagi bersama wanita muda.
Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung berkaitan isu terbabit.
Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah berkahwin pada tahun 1989. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.
Dan baru-baru ini, Shila Amzah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 25, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang sabtu lepas.
NONA mendoakan semoga keluarga ini diberikan kekuatan menempug dugaan ini.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bahaya pendemik COVID-19 ini boleh menyerang siapa sahaja tanpa mengira usia. Virus ini telah merebak ke seluruh dunia dan semkin meningkat jumlah kesnya. Di Malaysia sendiri kes ini meningkat sebanyak 130 kes semalam menjadi 1,030 pada 20 Mac 2020.
Terbaharu, selebriti terkenal tanah air Neelofa Mohd Noor menerusi laman Twitter telah berkongsi bahawa anak kepada sepupunya yang bernama Noor Sameera binti Haji Mohd Nazlee, berusia 7 bulan telah disahkan positif COVID-19. Dikhabarkan sepupu kepada Neelofa yang bernama Noor Cahaya ini menetap di Brunei Darussalam.
Neelofa telah merayu kepada seluruh pengikutnya (follower) untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak buahnya ini.
Berikut pula perkongsian Neelofa menerusi Insta Story milik peribadinya;
Mari kita sama-sama doakan bayi kecil ini terselamat dari wabak yang berbahaya ini begitu juga dengan pesakit-pesakit lagi. #JomDudukRumah #StayAtHome.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran tahun baru membuatkan dunia kanak-kanak kembali sibuk dengan persekolahan setelah sekian lama bercuti. Namun, dalam pada kesibukan menyiapkan kelengkapan persekolahan terdapat juga kanak-kanak yang tidak bernasib baik terpaksa menghabiskan masa di hospital.
Menyedari tentang kehibaan kanak-kanak yang terpaksa tinggal di wad kanak-kanak telah mencetuskan idea kepada 3M Malaysia bergabung bersama kelab sukan 3M untuk melawat kanak-kanak di wad pediatrik di HKL.
Kehadiran mereka telah menceriakan kanak-kanak yang berada di sana. Ketika kunjungan ini berlangsung, Pengarah Pengurusan 3M Malaysia, Parameswaran Nair, telah mengedarkan 70 ‘Boxes of Love’ kepada kanak-kanak yang berada di wad tersebut. Kotak ini lebih bermakna apabila telah didekorasi oleh kanak-kanak dari Rumah Amal Kasih Bestari.
Di majlis yang sama Parameswaran turut menderma 3M™ Filtered Water Dispenser HCD-1A bernilai RM4,799 di wad tersebut. Mereka menyasarkan agar kanak-kanak yang menginap di sana berpeluang minum air yang bersih dan lebih sedap. Malah turut menghulurkan 2 kotak permainan yang telah didermakan oleh pekerja-pekerja 3M.
Sesungguhnya keprihatinan seluruh staf 3M membantu mereka yang memerlukan adalah suatu tindakan yang sangat terpuji. Menceriakan hati kanak-kanak dan membuat mereka tersenyum semula merupakan anugerah yang tiada nilai. Semoga lebih banyak lagi badan-badan swasta yang melakukan CSR demi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!