Ads

Bawa 5 Anak Sambut “Birthday” Dengan Anak Yatim, Cara DS Zizie Izette Memang TERBAIK! 

Tak lama dulu sewaktu mengatur pertemuan dengan isteri kepada Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya Sabah, YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin ini memang kagum melihat caranya melayan anak-anak. Di samping riuh melayan kelima-lima anaknya, Datin Sri (DS) Zizie Izette pasti tak lupa menerapkan nilai murni dalam jiwa kanak-kanak comel itu.

Bawa 5 Anak Sambut “Birthday” Dengan Anak Yatim, Cara DS Zizie Izette Memang TERBAIK! 
Foto: Instagram @zizieizette

Datin Sri Zizie sering berkongsi foto dan kehidupannya bersama lima anak-anaknya dengan penuh gelak-tawa keluarganya di laman media sosial. Terusik hati apabila baru-baru ini Datin Sri Zizie meraikan hari jadi anak keduanya, Aaric Zayn Izette yang ke-4 bersama-sama dengan anak yatim di salah sebuah kediaman anak yatim pilihannya.

Bawa 5 Anak Sambut “Birthday” Dengan Anak Yatim, Cara DS Zizie Izette Memang TERBAIK! 
Foto: Koleksi Majalah Nona
Bawa 5 Anak Sambut “Birthday” Dengan Anak Yatim, Cara DS Zizie Izette Memang TERBAIK! 
Foto: Instagram @zizieizette

Melalui perkongsiannya, Datin Sri Zizie sempat menitipkan pesanan buat anak-anaknya bahawa kanak-kanak dalam kediaman tersebut tidak mempunyai ibu dan bapa. Wanita yang mula berlakon dalam filem Kekasih Awal dan Akhir ini juga mahu anak-anaknya berkongsi kegembiraan dengan anak-anak yatim tersebut.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette)

Kelihatan anak-anaknya, Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette (kembar seiras) serta Aalisa Belle Izette ceria meraikan majlis tersebut sambil menyediakan jamuan berbuka puasa dan duit raya. Selamat Hari Jadi Aaric, semoga membesar menjadi anak yang soleh!.

Ads
Bawa 5 Anak Sambut “Birthday” Dengan Anak Yatim, Cara DS Zizie Izette Memang TERBAIK! 
Foto: Koleksi Majalah Nona
Bawa 5 Anak Sambut “Birthday” Dengan Anak Yatim, Cara DS Zizie Izette Memang TERBAIK! 
Foto: Koleksi Majalah Nona

Datin Sri Zizie juga tidak pernah berselindung tentang kedua-dua anak angkatnya. “Ramai orang bertanya tentang kasih antara anak kandung dan anak sendiri.

Ads

Jawapan saya senang saja. Sedangkan anak sendiri pun kita sebagai ibu kadang-kadang tak boleh nak berlaku adil. Maksud saya, pernah tak kita dengar rungutan kawan-kawan, ibu mereka melebihkan kasih sayang kepada kakak atau abang padahal sebenarnya situasi itu tidak berlaku.

Bawa 5 Anak Sambut “Birthday” Dengan Anak Yatim, Cara DS Zizie Izette Memang TERBAIK! 
Foto: Koleksi Majalah Nona
Bawa 5 Anak Sambut “Birthday” Dengan Anak Yatim, Cara DS Zizie Izette Memang TERBAIK! 
Foto: Koleksi Majalah Nona

Setiap ibu sayang sama rata kepada semua anak-anak mereka. Cuma kadang-kadang ada hari-harinya seorang terlebih yang ini dan seorang terlebih yang itu. Tapi sebagai seorang ibu, kita cuba beri yang terbaik untuk anak-anak,” tutur Datin Sri Zizie sambil tersenyum.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Hantaran Syed Saddiq: Akaun ASNB, SSPN & Tabung Haji Bukti Lelaki...

Hantaran Syed Saddiq jadi perhatian apabila tampil unik dengan simpanan ASNB, SSPN dan Tabung Haji, bukti perancangan masa depan yang berwawasan.