Sebaik memuat naik gambar keberangkatannya ke Kota Milan untuk menghadiri Milan Fashion Week dua hari lalu, ramai yang teruja untuk melihat gaya fesyen pengasas Naelofar ini di sana. Kunjungan Neelofa di Milan, Itali kali ini bukanlah yang pertama kerana pada September tahun lalu dia turut menyertai acara fesyen berkenaan.

IKLAN

Tampil dengan imej sophisticated dengan jaket kelabu bersama tudung polos rona senada, pemilihan fesyen Neelofa nyata menjadi buruan lensa kamera kebanyakan jurugambar di sana. Mana tidaknya, dalam ribuan tetamu yang datang ke Milan Fashion Week… penampilan berhijab pengacara popular ini pastinya kelihatan berbeza daripada mereka yang hadir.

Namun paling menarik perhatian adalah gaya hijab Neelofa. Ia seperti mengulangi penampilannya tahun lepas di Milan Fashion Week ketika menghadiri pertunjukan MaxMara dengan gaya hijab penuh. Masih ingat lagi, penampilan Neelofa waktu itu yang anggun mengenakan sut putih dan mendapat pujian ramai kerana berani memilih hijab penuh untuk bertemu pereka fesyen ternama dan selebriti antarabangsa di sana.

Bawa Imej Muslimah Di Milan Fashion Week, Fesyen NEELOFA Dinanti-Nantikan Peminat!
Sebelum berangkat ke Kota Milan

Bawa Imej Muslimah Di Milan Fashion Week, Fesyen NEELOFA Dinanti-Nantikan Peminat! Bawa Imej Muslimah Di Milan Fashion Week, Fesyen NEELOFA Dinanti-Nantikan Peminat! Bawa Imej Muslimah Di Milan Fashion Week, Fesyen NEELOFA Dinanti-Nantikan Peminat! Bawa Imej Muslimah Di Milan Fashion Week, Fesyen NEELOFA Dinanti-Nantikan Peminat!

Secara tak langsung, pembawaan imej muslimah Neelofa di acara berprestij seperti ini diterima baik masyarakat luar negara dan membuktikan wanita berhijab juga boleh berfesyen. Dek kerana terpikat dengan gaya aktres cantik ini, ramai peminat termasuk rakan-rakan artis yang ternanti-nantikan fesyen Neelofa di Milan Fashion Week. Luar biasa aura Neelofa, apa saja yang dipakai mesti jadi ikutan dan perhatian!

Mengimbas kembali momen istimewa itu, Neelofa mendedahkan, “Sekitar setahun lalu, saya tampil dengan imej turban setiap kali berjumpa individu fesyen penting di luar negara kerana mahu memperkenalkan kepada mereka yang wanita berhijab juga mampu melaram dan kelihatan bergaya. Saya tahu, jika saya mengenakan tudung dengan gaya normal, saya sukar diterima di sana. Disebabkan hal itu, saya selalu tampil dengan stail kreatif ketika berada di luar negara.

Bawa Imej Muslimah Di Milan Fashion Week, Fesyen NEELOFA Dinanti-Nantikan Peminat!
Penampilan Neelofa di Milan Fashion Week tahun lepas

Bawa Imej Muslimah Di Milan Fashion Week, Fesyen NEELOFA Dinanti-Nantikan Peminat!

IKLAN

Namun ketika menghadiri pertunjukan fesyen MaxMara sebagai satu-satunya tetamu yang mengenakan hijab penuh, dan diminta bergambar oleh beberapa jurugambar, saya rasa hajat saya untuk membawa stail hijab penuh ke luar negara telah terlaksana. Saya rasa bangga. Bukan kerana dapat menghadiri majlis fesyen, tetapi dapat membawa gaya hijab penuh ke ruang fesyen antarabangsa,” ujarnya.

Sebagai selebriti terkenal, Neelofa bukan hanya menjadi tumpuan khalayak bahkan wanita berjiwa besar ini kerap menyatakan impiannya untuk sentiasa mahu menyuntik inspirasi kepada kaum wanita khususnya yang beragama Islam.

Bawa Imej Muslimah Di Milan Fashion Week, Fesyen NEELOFA Dinanti-Nantikan Peminat! Bawa Imej Muslimah Di Milan Fashion Week, Fesyen NEELOFA Dinanti-Nantikan Peminat!

IKLAN

Neelofa baru sahaja menyambut ulang tahun ke-31 pada 10 Februari lalu dan melancarkan penjenamaan semula label Naelofar pada 15 Februari dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan tersebut ke luar negara.

 

 

Kredit foto: Instagram Neelofa

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI