Nampaknya, seorang ahli perniagaan wanita dari Pahang mencatat sejarah tersendiri apabila bakal menjadi pembeli termahal tudung bawal di negara ini, apabila menempah tudung bertatah kristal Swarovski keluaran Bawal Exclusive pada harga mencecah RM50,000 sehelai.
Pembelian itu sekali gus memadam rekod jualan sehelai tudung bawal rekaan syarikat itu bernilai RM33,000 tahun lalu yang dimiliki oleh seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kelantan. Tudung bawal tersebut dibeli di cawangan premium Bawal Exclusive, As Galleria (AG) yang terletak di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan.
Menurut Pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd, Haliza Maysuri yang ditemui baru-baru ini berkata tudung berkenaan telah ditempah secara eksklusif di cawangan premium Bawal Exclusive iaitu Butik Byqiss di bangunan Kuantan Centre Point baru-baru ini. Walau bagaimanapun, tudung berkenaan masih dalam proses rekaan. Tambah Haliza lagi, dia bakal mengadakan majlis khas bersama pihak media sebaik sahaja tudung berkenaan sudah siap sepenuhnya.
Tambah Haliza lagi, pihaknya telah bertemu dengan usahawan wanita berkenaan baru-baru ini untuk membincangkan rekaan tudung dan jumlah serta saiz kristal Swarovski yang diimport khas dari Austria.
Lebih istimewa, pihak Bawal Exclusive bakal mengadakan perbincangan dengan pereka Swarovski di Austria untuk menghasilkan rekaan batu seperti yang diminta oleh ahli perniagaan berkenaan.
Haliza baru-baru meraikan majlis minum petang sempena Ulang Tahun Butik Byqiss Ke-3 di Kuantan, Pahang. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan turut dihadiri Pemilik Butik Byqiss, Datin Hamizan Puteh.
Ads
Haliza berkata, harga bagi tudung bawal berkenaan dijangka antara RM45,000 sehingga RM50,000 dan akan diserahkan kepada ahli perniagaan itu sebelum Aidilfitri tahun ini.
Untuk rekod, pada 2017 Bawal Exclusive pernah menjual sehelai tudung bawal dengan harga RM21,600. Manakala tahun lalu sehelai tudung bawal rekaan eksklusif dijual pada harga RM33,000 tahun yang dimiliki oleh seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kelantan.
Ads
Ditanya mengapa tudung bawal berkenaan mencapai harga yang bernilai ribuan ringgit, menurut Haliza harga yang ditawarkan adalah berdasarkan pemilihan dan jumlah batu Swarovski yang akan digunakan selain kualiti kain yang akan digunakan juga diimport dari Jepun malah kesemuanya adalah ‘custom made’.
Sekaligus ia menunjukkan bahawa penggunaan tudung bawal masih menjadi pilihan pengguna dan diberi nafas baharu supaya tudung bawal terus memenuhi citarasa pengguna.
Ads
“Permintaan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun meyakinkan kami untuk terus fokus dalam penghasilan tudung bawal ini dengan keunikan kristal Swarovski,” katanya yang memberi bayangan nilai eksklusif sehelai tudung bawal terletak pada penggunaan batu Swarovski yang berkualiti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demi kecantikan, seorang wanita sanggup berkompromi dengan kesakitan. Sanggup berlapar, bersenam tanpa henti, mengamalkan diet ketat, memuntahkan makanan dan mencuba pelbagai pil atau krim pelangsingan yang mengarut!
Bagi mereka yang menceburi bidang seni, tekanan agar sentiasa kelihatan cantik tentulah lebih hebat. Ini diakui sendiri oleh aktres terkenal Indonesia, Prilly Latuconsina yang pernah melalui peristiwa pahit iaitu jatuh pengsan dan diwadkan gara-gara diet ketat yang diamalkan.
Gadis berusia 21 tahun ini cukup terkenal di Indonesia sebagai seorang pelakon, personaliti televisyen, penyanyi dan duta produk yang popular. Desakan untuk sentiasa kelihatan ‘sempurna’ di depan masyarakat memaksa Prilly agar mengamalkan diet ekstrem.
Kenyataan Prilly terhadap peristiwa tersebut cukup mengejutkan ramai wanita. Tak sangka begitu sekali usahanya untuk mendapatkan tubuh badan ideal, hingga membahayakan diri sendiri.
Kata Prilly,
Maybe after i post this picture, you will think that i have a good body. Ya because I don’t eat normaly like you all. And of course i lose weight. But what just happened? I fainted. I was black out. My blood and heart pressure is very low. And its not healthy! i was just realize i was trying to be what people want me to look like without thinking about what actually my body needs. So for those girls out there who feel so insecure because some people or even your boyfriend tell you that you’re fat. Please dont listen to them! Your body is not theirs. And every human has different type of body so we don’t need to look alike! Love yourself first. Cause beautiful is not about our size. Its about your heart. And the way you can spread positive energy to other people! And one last thing, please stop calling our self “Fat”! Every type of body is body goal as long as we’re healthy! #loveyourself #stopbodyshaming
Nona tertarik dengan pesanan Prilly bahawa setiap wanita itu mempunyai tubuh yang berbeza. Jadi tidak perlu memanggil seseorang dengan gelaran Si Gemuk kerana apa yang paling penting adalah tubuh yang sihat.
Sikap suka mengejek atau memalukan kekurangan tubuh orang lain (body shamer) adalah satu istilah negatif yang boleh memberi kesan psikologi kepada mangsa.
Beberapa selebriti Hollywood sebelum ini juga pernah menjadi mangsa peminat sebegini hingga menyebabkan tekanan yang hebat. Antaranya Demi Lovato, Selena Gomez, Tyra Banks dan Kelly Clarkson. Norzalina Mohd Alias
Tyra BanksKelly ClarksonDemi LovatoSelena Gomez
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebaik mendapat pengesahan kehamilan, kebanyakan ibu mengandung mahupun suami amat berhati-hati dalam soal pemakanan. Demi memastikan bayi memperoleh keperluan lengkap, pengambilan makanan yang kaya dengan gizi menjadi santapan ibu setiap hari.
Namun, tahukah anda tahap kesihatan kelenjar tiroid ibu hamil juga harus diberi perhatian kerana mampu mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan otak bayi? Terletak di pangkal leher, kelenjar berbentuk seakan rama-rama ini mempunyai pelbagai fungsi penting buat wanita sepanjang usia kehamilan.
Komplikasi ketika dan selepas kelahiran bayi
Apabila bekalan hormon ini tidak mencukupi dalam darah, ia boleh menjejaskan fungsi tubuh dan menunjukkan simptom keletihan, kenaikan berat badan, sembelit dan sensitif pada kesejukan berbanding orang lain.
Akibatnya, bayi akan mengalami masalah pembelajaran ketika membesar dan masalah perkembangan lain.
Siapa yang berisiko?
Perempuan
Faktor genetik
Menghidap sakit pituitari atau endokrin lain
Melebihi usia 60 tahun
Merokok
Kesan kepada ibu & kandungan
Boleh menyebabkan kelahiran pramatang
Komplikasi serius yang dikenali sebagai pra-eklampsia
Bayi tidak cukup bulan
Kematian ketika bayi dilahirkan
Sesetengah wanita mempunyai kelenjar tiroid yang berfungsi dengan normal mungkin akan mengalami tiroiditis selepas bersalin (PPT) dalam masa setahun selepas bersalin. Menurut Prof Nor Azmi Kamaruddin, PPT merujuk kepada keradangan pada kelenjar tiroid.
Malangnya, ia sukar dikenal pasti kerana kemurungan yang disebabkannya sering dianggap akibat daripada tekanan menjaga bayi baru lahir dan penyakit ‘postpartum mood’. Wanita dengan PPT yang tidak dirawat menghadapi risiko lebih tinggi untuk mendapat hipotiroidisme kekal dalam tempoh 5 hingga 10 tahun seterusnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhirnya Pertubuhan Kesihatan Dunia atau WHO mengisytiharkan pandemik COVID-19 sudah berakhir.
Tiga tahun yang panjang, akhirnya pandemik COVID-19 diisytiharkan telah berakhir dan tidak menjadi kondisi darurat kesihatan global.
Memetik Reuters, penyakit akut pernafasan yang membawa maut di seluruh dunia itu selesai hari ini, setelah pertemuan jawatankuasa darurat WHO pada Khamis, 4 Mei 2023.
“Dengan harapan yang sangat besar, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa COVID-19 berakhir sebagai darurat kesihatan global.” Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus
Beliau juga menegaskan meskipun pandemik berakhir tidak bererti COVID-19 tidak lagi mengancam kesihatan sebaliknya bertujuan agar pemimpin di seluruh dunia fokus terhadap usaha pemulihan, pengembangan vaksin dan rawatan.
Maksudnya COVID-19 akan terus ada hanya kita yang harus berjaga-jaga melindungi diri sendiri. Praktis gaya hidup normal baharu, pakai pelitup muka dan selalu membersihkan tangan.
“COVID-19 telah mengubah dunia, mengubah kita. Seperti apa yang seharusnya terjadi. Jika kita kembali seperti dulu sebelum COVID-19, kita gagal untuk belajar dan bersalah pada generasi masa depan.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.