Alhamdulillah, tahniah Shuib dan Watie! Akhirnya teka-teki mengenai hubungan cinta di antara usahawan ini sudah terjawab. Tidak mahu lagi membuatkan peminat tertanya-tanya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad membuka mulut mengenai perancangan perkahwinan dengan wanita pilihannya itu.

IKLAN

Dedah Shuib kepada Berita Harian, dia bakal menamatkan zaman duda bersama Watie Hanifiah pada Jun depan.

Bapa kepada empat cahaya mata tesebut turut memberitahu persiapan perkahwinan juga sedang diatur dan berjalan lancar.

Bakal Bergelar Raja Sehari, Shuib Tamatkan Zaman Duda & Nikah Watie Jun Depan!
Kredit Instagram @shuibsepahtu
Bakal Bergelar Raja Sehari, Shuib Tamatkan Zaman Duda & Nikah Watie Jun Depan!
Kredit Instagram @iamwatie
Bakal Bergelar Raja Sehari, Shuib Tamatkan Zaman Duda & Nikah Watie Jun Depan!
Kredit Instagram @iamwatie

“30 peratus persiapan kahwin dah siap. InshaAllah saya dan Watie akan bernikah pada Jun tahun ini.

Dewan dah tempah, saya sebenarnya rasa malu nak cerita fasal ini. Nak kongsi dengan kawan pun saya rasa malu.

InshaAllah majlis pernikahan dan bersanding akan diadakan serentak Jun nanti.”

Baca https://www.nona.my/usia-35-tahun-ada-bisnes-makanan-watie-hanifiah-dah-setahun-berhijab-mohon-doa-agar-istiqamah/

Shuib juga tidak menolak jika ada pihak yang berhasrat memberi tajaan untuk majlis perkahwinan tersebut kelak.

IKLAN

Mengintai latar belakang Watie, dia merupakan pengusaha kafe makanan Krupp Krupp by The Hanifiahs di Kuala Lumpur.

Wanita cantik ini juga menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 pada 8 Februari lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

IKLAN
Bakal Bergelar Raja Sehari, Shuib Tamatkan Zaman Duda & Nikah Watie Jun Depan!
Kredit Instagram @shuibsepahtu
Bakal Bergelar Raja Sehari, Shuib Tamatkan Zaman Duda & Nikah Watie Jun Depan!
Kredit Instagram @shuibsepahtu

Terdahulu Shuib mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 26 Februari 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2011 akibat jangkitan Covid-19 dan selepas melahirkan anak bongsu tiga hari sebelum itu.

Semoga ikatan suci yang bakal terjalin di antara Shuib dan Watie berjalan lancar serta berkekalan hingga ke syurga di samping anak-anak tersayang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI