Selain kelibat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi tumpuan rakyat kebelakangan ini, sosok wanita bertudung bawal merah jambu ini juga mencuri perhatian ramai dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri Ke-8 yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara semalam. Yang pasti, beliau bukan calang-calang orang kerana beliau ialah Ketua Hakim Negara!
Pasti orang Kelantan cukup bangga apabila mengetahui Ketua Hakim Negara ini sebenarnya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Lebih manis, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat mencipta satu lagi sejarah negara apabila menjadi wanita pertama dilantik jawatan berkenaan. Meskipun kecil molek saja orangnya tapi kebijaksanaan Tan Sri Tengku Maimun mengendalikan hal berkaitan perundangan tidak perlu dipertikai lagi.
Ads
Awal Mei tahun lalu, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dijemput ke Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Suratcara Pelantikan serta Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Hakim Negara.
Mengimbas kembali momen penting itu, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke istiadat berkenaan. Turut kelihatan dalam upacara tersebut ketika itu ialah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anggun berbusana tradisi baju kurung rona cerah dan bertudung bawal polos, Tan Seri Tengku Maimun tenang menandatangani surat pelantikan. Begitu juga ketika mengangkat sumpah jawatan.
Beliau diberi kepercayaan menjadi Ketua Hakim Negara selepas Tan Sri Richard Malanjum bersara pada 12 April tahun lalu. Pelantikan Tan Sri Tengku Maimun berkuatkuasa serta-merta mulai awal Mei lepas.
Mengintai latar belakang Ketua Hakim Negara yang berusia 60 tahun ini, Tan Sri Tengku Maimun yang dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan pernah memegang jawatan seperti Majistret, Hakim Mahkamah Sesyen, Peguam Persekutuan dan Penolong Kanan Pendaftar serta Pegawai Khas kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Beliau merupakan siswazah lulusan Universiti Malaya yang memulakan kariernya sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada tahun 1982.
Memetik infomasi dari Bernama, pada 2 Oktober 2006 hingga 4 September 2007 Tan Sri Tengku Maimun merupakan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kemudian beliau dilantik menyandang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selama hampir empat tahun bermula 5 September 2007 hingga 31 Mac 2011.
Ads
Pada April tahun yang sama hingga 7 Januari 2013, Tan Sri Tengku Maimun pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor seterusnya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya yang berkhidmat selama hampir lima tahun bermula 8 Januari 2013 hingga 25 November 2018.
Tidak hanya terhenti di situ, Tan Sri Tengku Maimun turut menerima pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya mulai 26 November 2018 hingga 1 Mei 2019 sebelum diangkat sebagai wanita pertama dilantik selaku Ketua Hakim Negara.
Ads
Sumber: Astro Awani & Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergelar seorang ibu merupakan momen terindah dalam hidup seorang wanita. Namun, dalam masa yang sama terpaksa memikul tanggungjawab yang besar untuk membesarkan anak-anak tersayang.
Dalam situasi pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sedang berlangsung ini mungkin ‘menguji’ peranan seorang ibu. Apatah lagi buat ibu yang terpaksa bekerja dari rumah dan minggu depan lebih mencabar lagi apabila perlu bergelut dengan kelas online anak-anak yang akan mula bersekolah.
YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitipkan kata-kata semangat buat semua ibu. “To all the incredibly beautiful and strong mummies out there, I know that as mothers, we prioritise our children.
They are our heart and soul; our number ones. They simply come first no matter what. But we must also remember to take care of ourselves too. I am constantly reminding myself that I cannot pour from an empty cup,” coret isteri kepada YM Tengku Abu Bakar Ahmad bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah ini di laman media sosialnya.
Tengku Puteri Iman Afzan juga telah berkongsi 8 tip yang patut diamalkan oleh setiap wanita yang bergelar ibu;
Cari peluang untuk ‘ME TIME’.
Usah bandingkan diri kita dengan orang lain.
Tak ada istilah ibu yang sempurna.
Apabila kadang-kadang rasa tak okay, itu adalah normal.
Eratkan silaturrahim.
Jaga makan dan dapatkan tidur yang cukup.
Buat sesuatu yang mengembirakan hati para ibu
Belajar daripada kesalahan.
Dalam pada itu, Tengku Puteri Iman bergiat aktif membantu kanak-kanak serta remaja kurang berkemampuan menerusi Yayasan J’Keb Malaysia (YJM). Selaku Penaung yayasan ini, Tengku Puteri Iman bertitah, “Saya berharap lebih ramai pihak yang prihatin akan tampil bersama-sama YJM dalam memperjuang dan memartabatkan nasib mereka ini,” titahnya.
YJM ditubuhkan bagi membantu menyediakan alternatif kepada anak dari institusi JKM yang sudah tamat tempoh perintah mahkamah, namun tiada atau dipinggirkan waris, selain tidak ada hala tuju dan tempat perlindungan.
Membeli-belah kini lebih mudah hanya di hujung jari saja.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiga wakil Yayasan Tun Jugah bakal menyertai pameran yang akan diadakan sempena Minggu Kraf London 2023 bermula pada 6 hingga 14 Mei ini.
Wakil tersebut termasuk Pemegang Amanah Pengurusannya Melia Linggi, Kurator Muzium Janet Rata Noel dan penenun Shirley Vilin yang akan mempamerkan dua produk tekstil Iban yang terkenal iaitu kebat Iban dan pua Kumbu.
Memetik perkongsian Bernama, pameran ini akan dianjurkan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui yayasannya iaitu Yayasan Tenun Pahang Diraja.
Pameran ini akan diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia London, beralamat di 45 Belgrave Square SW1 bermula jam 11 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Untuk info, Yayasan Tun Jugah yang ditubuhkan pada 1985 bertujuan untuk memelihara dan mempromosikan kaedah tradisional tenunan Iban bagi memberi pemahaman lebih mendalam tentang tekstil dan tradisi tenunan Iban, demi kepentingan tempatan dan antarabangsa.
Kredit Foto: IG Yayasan Tenun Jugah
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang wanita memang diciptakan punya semangat kuat dan luar biasa! Misalnya, adik kepada Sharifah Amani iaitu Sharifah Aryana ini. Walau masih muda tapi kematangan anak bongsu kepada pasangan Syed Zainal Abidin Rashid dan Fatimah Abu Bakar ini jelas terserlah.
Dalam temu bual bersama Nona, Sharifah Aryana atau mesra disapa Yana kini ibu kepada seorang anak lelaki. Sejak mendirikan rumah tangga dengan Jad Hanif Jimmy pada Januari 2021, Yana memberi tumpuan sepenuhnya menguruskan keluarga tersayang.
Tidak sekadar menjadi suri rumah, pelakon filem Mukhsin ini sedang ligat menceburi bidang perniagaan dan bergelar pengasas Confidence Cosmetics.
Paling mengharukan apabila penulis bertemu dengan Yana ketika dia rancak berniaga sambil menggendong anak sulung. Kuat semangat!
“Alhamdulillah, ini rezeki anak. Kita usahakan untuk dia juga. Siapa yang kenal saya dari dulu, kulit saya memang bermasalah. Terdetik untuk buat produk penjagaan wajah ini bila suami bagi sokongan untuk buat bisnes ini. Alhamdulillah nak dekat dua tahun, kiranya Januari nanti genap dua tahun Confidence Cosmetics di pasaran.”
Hampir dua tahun menembusi pasaran, Yana berbangga kerana salah satu produk keluarannya memenangi Lifestyle Beauty Asia Award.
“Kalau suami tak Ada, tak mungkin adanya Confidence Cosmetics. Sebab saya jenis ada idea, saya tahu apa saya nak tapi cepat rasa gelabah nak buat banyak benda. Jadi, suami banyak bantu uruskan hal-hal seperti di kilang.
Syarikat ini cuma saya dan suami. Kami baru ambil dua staf. Bisnes ini setiap hari ada je cabaran. Lagi-lagi saya jaga anak sepenuhnya tanpa bantuan pembantu. Saya tak hantar dia ke day care lagi.
Bila dah penat, stress, otak tepu, memang menangislah. Hari tu ada ikut buka booth. Dalam kereta dah menangis, tapi bila dah sampai tempat tu, lap mata dan terus cakap jom kita jual!
Bila dah jadi mompreneur ni, saya pilih untuk buat kedua-duanya iaitu bisnes dan jaga anak. Susah tapi alhamdulillah masih terkawal.”
Semoga usaha keras dan ketabahan Yana membantu suami demi keluarga tersayang diberkati Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk menjadi seorang yang sempurna pastinya bukan proses yang mudah. Malah, mungkin juga mustahil. Siapa yang sempurna di muka bumi ini kan?Namun, trend hari...