‘Beauty With Brains’ & Kebanggaan UiTM, Mira Filzah Dijemput Hadir Istiadat Konvokesyen Ke-96!

Sejak kahwin dan bergelar ibu, makin cantik berseri-seri Mira Filzah! Bukan saja kehidupan peribadi bertambah bahagia dengan kehadiran suami penyayang dan anak comel, bahkan Mira bertuah kerana kerjayanya kian bersinar dan berkembang maju.

Tahun ini sahaja Mira melakar satu lagi pencapaian apabila berjaya mempunyai jenama tudung sendiri dan menjadi wajah Swarovski. Malah, dia juga berpeluang menjalin kolaborasi bersama jenama muslimah terkenal Indonesia, Buttonscarves!

Isteri Wan Emir Astar ini juga kembali aktif mewarnai dunia lakonan selepas kelahiran anak sulungnya. Walau sudah berumah tangga dan mempunyai anak, populariti Mira masih utuh dan diterima ramai.

Mira turut jadi kebanggan keluarga https://www.nona.my/mak-abah-family-very-proud-of-you-ibu-kagum-kejayaan-mira-filzah-jadi-anak-seni-usahawan-berjaya/

Kredit Instagram @mfmirafilzah
Kredit Instagram @mfmirafilzah
Kredit Instagram @mfmirafilzah

Buktinya, dia diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai duta bagi pelbagai produk. Antaranya Secret Recipe dan Coway.

Tidak ketinggalan, wanita cantik kelahiran Perak ini merupakan pengasas Luna. Murah rezeki Mira Filzah!

Bersandarkan kejayaan Mira dalam kerjaya dan kecemerlangannya dalam bidang akademik di universiti, dia menerima jemputan daripada institusi pendidikan awam ternama negara, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 20 Mei lepas.

Kredit Instagram @mfmirafilzah
Kredit Instagram @mfmirafilzah
Kredit Instagram @mfmirafilzah
Kredit Instagram @mfmirafilzah

Kongsi Mira, “Assalamualaikum UiTM. Saya kembali sebagai Alumni jemputan untuk Istiadat Konvokesyen UiTM ke 96.”

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman ialah graduan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Perniagaan Antarabangsa UiTM yang tamat graduasi pada tahun 2016.

 

IKLAN
Share