Bedak Asas Boleh LEMBAPKAN KULIT? Oh, Apa Lagi Rahsia Orang-Orang Cantik Yang Mereka Amalkan?

Rahsia kecantikan kini terungkai. Sebagaimana diketahui, tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air. Kulit yang sihat dan diidam-idamkan sebenarnya hanya boleh diperoleh jika kelembapan mencukupi.

Jika air dalam tubuh anda berkurangan, maka kulit pun akan kering dan tidak bermaya. Ayuh kita singkap rahsia kulit lembap secara semula jadi ini!

(a) Serum kembalikan lembapan kulit

Sapukan serum sebelum tidur bagi mengunci kelembapan kulit. Serum mempunyai molekul yang lebih kecil lantas menyalurkan nutrisi kepada lapisan kulit paling dalam dan tidak dapat ditembusi oleh krim pelembap.

Bukan sahaja mengatasi masalah kulit kering, serum juga membantu mengatasi masalah penuaan, pigmentasi dan pori-pori besar. Kelembapan kulit terus terpelihara dengan kuasa semula jadi sebaik bangun daripada tidur.

(b) Krim tabir suria sebagai perisai

Sinar matahari memang baik untuk kesihatan kerana merangsang tubuh menghasilkan vitamin D. Namun, sisi lain jika terlalu terdedah kepada sinar matahari akan mengundang kesan buruk kepada kesihatan kulit.

Lindungi kulit dengan krim tabir suria yang betul. Krim tabir suria melindungi kulit yang merangsang produksi melanin iaitu pigmen penentu warna kulit. Pilih tabir suria dengan kadar SPF 15 atau lebih.

Kadar tersebut menunjukkan berapa efektif tabir suria mencegah kulit terbakar akibat sinar UVB. Seelok-eloknya pilih krim tabir suria dengan pelembap ekstra. Kesan cahaya matahari bukan sahaja menghilangkan lembapan kulit malah merangsang jeragat dan noda hitam.

(c) Losen tubuh sebagai pelindung

Kebanyakan wanita memilih losen badan tanpa mengetahui fungsinya. Ada yang memilih losen hanya semata-mata kerana aroma yang tercipta. Fungsi sebenar losen adalah memberi lembapan di bawah kulit. Pastikan losen yang dipilih berkualiti dan mampu memberi kelembapan sebenar kepada kulit dalam tempoh yang lama.

(d) Manfaatkan teh hijau

Peminat teh pasti tahu ada berbagai-bagai jenis teh boleh diminum. Salah satu teh yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kelembapan kulit adalah teh hijau. Teh hijau bukan sahaja baik untuk detoks tetapi juga mampu meningkatkan kadar lembapan kulit.

Kandungan antioksidan pada teh hijau mampu membuat kulit tetap lembap, segar, bebas masalah jerawat serta bintik hitam. Paling istimewa apabila teh hijau berupaya mengekalkan keremajaan kulit.

(e) Faedah pengelupasan 

Sebagai seorang wanita yang menjaga kecantikan, anda perlu peka tentang kelembapan kulit sendiri. Lakukan rawatan pengelupasan dengan lulur yang berasaskan minyak. Ini boleh membantu menyingkirkan sel-sel kulit yang mati dan membantu memelihara kondisi kulit agar tetap dalam keadaan lembap. Kulit wajah yang lembap kunci wajah yang lebih muda.

(f) Oles bedak asas 

Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah yang memiliki bahan pelembap yang tertinggi. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat.

Pilih bedak asas yang datang dalam bentuk krim bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit. Sapu bedak asas secara nipis kerana formula pelembap ekstra boleh mencantikkan kulit khususnya wanita Asia. Hamizatul Maizan Mohamed

IKLAN
Share