FARHATUL FAIRUZAH

MashaAllah, sejuk perut ibu mengandung! Baru berusia 20 tahun tapi kejayaan yang diraih Nor Farhatul Fairuzah Panut amat membanggakan apabila pernah dinobatkan sebagai Johan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1440H / 2019M.

Ads

Walau masih muda namun mutu bacaan yang diperdengarkan Farhatul berjaya memikat hati panel juri sekaligus menjadikan anak kelahiran Selangor ini sebagai Qariah termuda negara. Berkongsi kenangan mempelajari kitab suci Al-Quran, Farhatul tanpa berselindung membuka bicara.

“Sejak umur lima tahun lagi saya dah mula belajar tarannum. Bila masuk darjah satu pula, saya dah didedahkan menyertai pertandingan tilawah. Mak dan ayah yang banyak mendidik saya sejak kecil lagi sebab mereka berdua bekas Qari dan Qariah. Ayah jadi Qari sekitar tahun 1990an dan kali terakhir mak bergelar Qariah pula pada tahun 2004 di Perlis dan dapat tempat ketiga peringkat kebangsaan.”

Terang anak kepada Allahyarham Haji Panut Haji Markum dan Hajah Jaliah Haji Simin ini lagi, dia sama sekali tidak menyangka mampu melakar pencapaian terbesar sebagai johan Qariah dalam usia muda.

Belajar Tarannum Umur 5 Tahun, Qariah FARHATUL FAIRUZAH Warisi Bakat Ibu Bapa!
Farhatul Fairuzah
Belajar Tarannum Umur 5 Tahun, Qariah FARHATUL FAIRUZAH Warisi Bakat Ibu Bapa!
Memenangi salah satu pertandingan Tilawah Al-Quran
Belajar Tarannum Umur 5 Tahun, Qariah FARHATUL FAIRUZAH Warisi Bakat Ibu Bapa!
Ibu & Bapa Farhatul
Belajar Tarannum Umur 5 Tahun, Qariah FARHATUL FAIRUZAH Warisi Bakat Ibu Bapa!
Adik-beradik turut ikut serta pertandingan Tilawah

“Kalau diikutkan, selain suka dengar lagu-lagu Arab, tilawah juga salah satu hobi saya. Tapi buat masa ini, tujuan saya masuk tilawah adalah untuk menilai sejauh mana kualiti bacaan,” kongsi Farhatul yang bercita-cita menjadi pensyarah bidang Al-Quran.

Apa yang membuatkan penulis kagum dan teruja, kelima-lima beradik Farhatul juga aktif mendalami Al-Quran dan menyertai pertandingan tilawah. “Semua adik-beradik saya pernah wakil negeri dan ke peringkat kebangsaan dalam pelbagai anjuran. Memang ini adalah impian arwah ayah dan mak. Lagipun, mak adalah guru mengajar Al-Quran.

Mengakui sikap sabar dan tidak mudah berputus asa antara kunci kejayaannya hari ini, Farhatul yang menyimpan hasrat membuka kelas pengajian tarannum suatu hari nanti berkata tiada petua khusus yang diamalkan sepanjang menyertai pelbagai pertandingan.

Belajar Tarannum Umur 5 Tahun, Qariah FARHATUL FAIRUZAH Warisi Bakat Ibu Bapa! Belajar Tarannum Umur 5 Tahun, Qariah FARHATUL FAIRUZAH Warisi Bakat Ibu Bapa! Belajar Tarannum Umur 5 Tahun, Qariah FARHATUL FAIRUZAH Warisi Bakat Ibu Bapa!

“Yang penting sekali adalah pastikan bacaan dengan baik. Membaca dulu berulang-ulang kali sehingga yakin dan lepas tu baru susun lagu yang dikehendaki. Saya sentiasa berpegang kepada ‘tip’ yang Al-Quran perlu sentiasa di hati barulah kita jadi suka membacanya.

Ads

Kalau nak dekat pertandingan tu biasanya saya tak ambil makanan pedas dan tak akan minum ais. Sehari, saya akan pastikan baca Al-Quran satu ke dua jam terutamanya lepas solat fardhu. Walau macam mana pun, tak ada had masa tertentu bila dan berapa lama nak baca. Terpulang kepada diri sendiri.”

Berpeluang menemu bual Farha kira-kira dua tahun lalu, anak bongsu ini mengakui dirinya cukup dekat dengan Al-Quran dan gemar bertarannum. Ada saja masa terluang, dia pasti akan mengalunkan bacaan ayat-ayat suci sepuas-puasnya.

“Kalau saya rasa bosan, perkara pertama yang saya buat ialah bertarannum. Tarannum ni dah jadi minat saya sejak dulu. Kiranya macam menyanyilah… cuma saya ‘nyanyi’ dengan cara saya sendiri iaitu dengan bertarannum,” ujarnya sambil tersenyum.

Ads

Mendengar pengakuan anak tersayang, Hajah Jaliah Haji Simin yang juga ibu kepada Farha lantas membongkar rahsia kelakuan anak kesayangan. “Dekat sekolah dulu dia selalu telefon saya dan beritahu nak balik rumah sebab nak tarannum. Bila saya minta dia tarannum je dekat sekolah, dia tak mahu. Katanya rasa macam tak puas… tak lepas. Memang dia nak balik rumah juga.

Jadi, dah sampai je rumah dia akan tarannum puas-puas. Sambil buat kerja pun dia akan tarannum dan hafal surah dengan lenggok lagu yang dia suka. Sampai sekarang, bila semua adik-beradik balik rumah mereka akan berkumpul dan mengaji bersama-sama.”

 

Kredit foto: Instagram Farhatul Fairuzah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI