Ads

Berbusana Putih & Bawa Bendera Palestin, Heliza Helmi Terharu Dinobat Aktres Pembantu Filem Popular!

Heliza Helmi Dinobat Aktres Pembantu Filem Popular
Heliza Helmi Dinobat Aktres Pembantu Filem Popular

Ajal, maut, rezeki, jodoh dan pertemuan segalanya di tangan Tuhan. Kemenangan Datin Seri Nur Heliza Helmi merangkul anugerah Aktres Pembantu Filem Popular baru-baru ini bukan hanya mengejutkan empunya diri. Bahkan peminat industri tanah air. Ia merupakan kemunculan semula Heliza Helmi dalam bidang lakonan selepas beberapa tahun dan tertulis rezeki buatnya.

Lakonan anak seni kelahiran Terengganu ini dalam filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah menarik perhatian peminat sekaligus melayakkannya menggondol pengiktirafan tersebut.

Artikel https://www.nona.my/ibu-bapa-tabah-cekal-relakan-2-puteri-sertai-gsf-heliza-hazwani-helmi-reda-mama-abah-jadi-payung-penyelamat-kami/

Heliza Helmi Rangkul Anugerah Aktres Pembantu Filem Popular

Berbusana Putih & Bawa Bendera Palestin, Heliza Helmi Terharu Dinobat Aktres Pembantu Filem Popular! Berbusana Putih & Bawa Bendera Palestin, Heliza Helmi Terharu Dinobat Aktres Pembantu Filem Popular!

Datin Seri Heliza Helmi hadir ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-37 pada 13 Disember lalu. Bintang filem Syurga Cinta berkenaan ditemani adik tersayang, Nur Hazwani Afiqah Helmi.

Pada acara itu, Heliza tampil mempersona dengan persalinan eksklusif rekaan Eja Shahril. Lebih istimewa, Heliza yang juga penyanyi turut membawa bersama bendera Palestin sebagai tanda solidariti berterusannya terhadap rakyat negara tersebut sampai ke hari ini.

Ads

Daripada video yang dikongsikan Hazwani jelas kelihatan riak wajah terkejut saat namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Aktres Pembantu Filem Popular ABPBH Ke-37.

Menerusi perkongsian di media sosial, Datin Seri Heliza Helmi meluahkan rasa syukur atas kejayaan tersebut. “Tak pernah menyangka sama sekali hatta masuk pencalonan pun tak pernah terfikir. Menang apatah lagi.

Rezeki ini dari Allah asbab sokongan kalian semua. Ini untuk anda!!! Perjuangan kita belum selesai. InsyaAllah terus sumud!”

Ads

Berbusana Putih & Bawa Bendera Palestin, Heliza Helmi Terharu Dinobat Aktres Pembantu Filem Popular! Berbusana Putih & Bawa Bendera Palestin, Heliza Helmi Terharu Dinobat Aktres Pembantu Filem Popular! Berbusana Putih & Bawa Bendera Palestin, Heliza Helmi Terharu Dinobat Aktres Pembantu Filem Popular!

Tambahnya lagi, “Alhamdulillah! I don’t deserve, tapi Allah yang Maha Baik dan kemenangan ini bukan untuk saya. Ia lahir asbab daripada tangan-tangan yang mengundi, daripada hati-hati yang percaya, daripada doa-doa yang diam-diam naik ke langit. Terima kasih.

Sebenarnya, anugerah ini hanya dipinjamkan kepada saya – sebagai amanah, bukan kemegahan. Dalam senyuman ini ada rasa syukur, tapi juga ada rasa sedih. Kerana di saat kita diraikan, ada saudara kita yang masih disenyapkan.”

Ads

Heliza Helmi Terima Kejutan Daripada Suami

Berbusana Putih & Bawa Bendera Palestin, Heliza Helmi Terharu Dinobat Aktres Pembantu Filem Popular! Berbusana Putih & Bawa Bendera Palestin, Heliza Helmi Terharu Dinobat Aktres Pembantu Filem Popular! Berbusana Putih & Bawa Bendera Palestin, Heliza Helmi Terharu Dinobat Aktres Pembantu Filem Popular!

Sementara itu, suami tercinta yang juga usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman turut berbangga dengan kejayaan isteri tersayang. Teruja dengan kemenangan itu, Datuk Seri Mahadi membuat kejutan istimewa buat Datin Seri Heliza Helmi.

“Alhamdulillah Ya Allah. Aku jatuh cinta bukan hanya pada senyummu. Tapi pada kesungguhanmu mengejar redaNya. Tahniah ‘my cute pondati’ atas penganugerahan trofi Aktres Pembantu Filem Popular ABPBH 37 baru-baru ini.

Ingatlah yang ini bukan sekadar anugerah, tapi amanah. Semoga setiap langkah kita selepas ini lebih dekat kepada Allah dan memberi manfaat kepada ramai orang. Teruskan perjuangan dakwah dalam seni.”

Datuk Seri Mahadi dan Datin Seri Heliza mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2022.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Mila Jirin Terima Anugerah Kepimpinan Oxford

Lalui Jatuh Bangun Dunia Bisnes, Mila Jirin Terima Anugerah Kepimpinan Dari...

Kerja keras dan jatuh bangun Mila Jirin menguruskan empayar perniagaan selama ini meraih perhatian pihak luar negara. Lebih sedekad bergelar usahawan, tanggal 14 Disember lalu pastinya menjadi detik indah buat pengasas Bizmilla ini apabila dia berjaya melakar satu lagi pencapaian baharu apabila menerima penganugerahan dari Oxford Centre for Leadership, United Kingdom.