Bahang PRN sehingga kini masih diperkatakan, walaupun sudah berakhir lewat malam Sabtu lepas! Yang menariknya, sejurus selepas keputusan diketahui, entah dari mana nama Sanusi terus hangat diperkatakan.
Walaupun sebelum bermulanya PRU, nama Sanusi menjadi ‘bahan’ di media sosial dek kelantangannya bersuara, lain pula impaknya selepas beliau menang bergaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri dengan majoriti selesa sebanyak 16,050 sabtu lalu.
Manakan tidaknya, entah dari mana wajah muda Sanusi mulai tular di media sosial sekaligus menyebabkan ramai terkejut.
I’m SORRY TO DO THIS BUT PLEASE EVERYONE GUESS WHO THE PERSON ON THE RIGHT IS 😭😭
Guess guessssss 😭😭 pic.twitter.com/pD52QHKhEN
— Nazeera Nasir 🏴 (@nzranasr) August 13, 2023
Menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor lelaki kacak ketika zaman mudanya, gambar Muhammad Sanusi itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Nazeera Nasir sekaligus meraih perhatian netizen.
@suaramerdekamyHensem panglima perang PN, YB Sanusi zaman dulu-dulu!♬ original sound – Suara Merdeka
Yang menariknya, ramai pengguna media sosial terutama sekali di kalangan wanita yang selama ini tidak berminat kepada politik memuji ketampanan wajah Sanusi ketika muda serta ada yang menggunakan wajah ‘dulu-dulu’ Sanusi sebagai penghias skrin telefon pintar mereka.
Malah ramai yang beranggapan Sanusi sewaktu muda kelihatan sangat kacak dan mereka yakin Sanusi berjaya memikat hati ramai wanita sewaktu zaman itu.
Malah ada yang ‘bergurau’ mengatakan kepentingan menggunakan sunscreen memandangkan wajah Sanusi dilihat kini semakin gelap berbanding warna kulit sewaktunya dirinya muda-muda dahulu, dan tak mustahil Sanusi akan kekal tampan sekiranya beliau menjaga wajahnya dari usia muda.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***