Bercuti Ke Switzerland, AZIRA SHAFINAZ. PUTERI AISHAH & DAIYAN TRISHA Rasa Pengalaman Paragliding Di Pergunungan!

Disember merupakan bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh setiap individu untuk menghabiskan cuti dan berehat seketika dari pekerjaan masing-masing. Begitu juga buat tiga selebriti cantik ini iaitu Azira Shafinaz, Daiyan Trisha dan Puteri Aishah yang dilihat sedang bercuti ke Switzerland.

Menjengah laman Instagram tiga sahabat ini, mereka berkongsi pengalaman menaiki luncur layar atau paragliding yang mencuri perhatian ramai.

Mana tidaknya, video yang dimuat naik di TikTok, Daiyan Trisha kelihatan sedang menikmati pemandangan yang indah sambil dia sempat menyanyikan lagu ‘I Believe I Can Fly’. Dalam rakaman tersebut, pemilik lagu ‘Penat’ kelihatan begitu selesa sambil sempat berborak dengan pengendali paragliding

yang dinaikinya!

Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz  turut tampil berkongsi momen dirinya bermain ‘paragliding’ buat pertama kali ketika bercuti di Switzerland berdua dua lagi rakan selebritinya.

Menerusi hantaran di Instagram, Azira telah memuat naik video ketika dia melakukan aktiviti extreme itu sekali gus menjadi tumpuan dalam kalangan peminatnya.

 

“First time in switzerland & first time trying paragliding #blessed,” tulisnya.

Dalam pada itu, Azira turut berkongsi beberapa foto dan pemandangan sewaktu dirinya terbang menaiki paragliding itu.

“Best day ever. One more bucket list checked,” tulisnya.

Antara tempat yang dikunjungi oleh tiga selebriti cantik ini termasuklah Jungfrau atau dikenali dengan Top of Europe dikalangan pelancong. Ini adalah salah satu tempat tarikan sama seperti Mount Titlis tadi cuma harganya lebih mahal dan ianya agak advance. Tempat ini popular kerana ia telah dijadikan tempat penggambaran filem James Bond.

Foto-foto yang dikongsikan di laman Instagram ketiga-tiga selebriti ini juga sememangnya menarik perhatian ramai. Berada di lokasi yang mempunyai pemandangan yang menakjubkan disertakan dengan kejelitaan tiga selebriti ini menjadikan percutian hujung tahun di pergunungan dipenuhi salji sebagai satu percutian yang indah dan dikenang selamanya!

 

Kajian tahunan oleh firma perunding antarabangsa, Mercer mendapati Eropah antara destinasi pelancongan pilihan, selain memiliki lapan ibu kota dicatatkan sebagai destinasi percutian 10 terbaik dunia.

Eropah mencatatkan destinasi pilihan utama pelancong kerana pelbagai keunikan ditonjolkan termasuk dari segi keindahan alam, kepadatan budaya, politik dan sosial, ekonomi, kesihatan, perumahan serta pendidikan.

Hasil kajian menunjukkan negara pertama menjadi destinasi pilihan popular dan utama pelancong adalah Vienna, Austria, diikuti Zurich, Switzerland; Auckland New Zealand serta Munich, Jerman.

 

 

 

 

IKLAN
Share