
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan seorang ibu tiada bandingan. Walau fasa mendidik dan membesarkan anak cukup meletihkan namun bagi yang sudah bergelar ibu pastinya ia satu momen indah yang sukar untuk diungkapkan. Begitulah juga yang dilalui pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal yang dikurniakan rezeki menimang cahaya mata sulung pada usia 24 tahun.
Mengenang kembali saat disahkan hamil, Dahlia menerusi perkongsian di media sosial sempena ulang tahun kelahiran pertama anak tersayang mendedahkan dia pada mulanya ragu-ragu untuk menjadi ibu. Apatah lagi masih muda.
Dahlia Rizal Kongsi Momen Jadi Ibu

Pun begitu setelah melalui proses mengandung, hamil dan melahirkan, Dahlia atau nama penuhnya Nur Dahlia Ahmad Rizal bersyukur kerana setiap momen bersama puteri kesayangan sangat bermakna dan tidak ternilai.
Isteri kepada Imran Aqil ini selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Yusra pada 6 Mei 2025.
Bersempena hari lahir pertama Yusra, Dahlia Rizal membuat hantaran istimewa di media sosial miliknya. Di samping mendedahkan wajah cahaya mata tersayang buat pertama kali kepada khalayak.

“SubhanaAllah, MasyaAllah, TabarakAllah. My dearest baby, Nur Yusra, is finally one!
It makes me emotional thinking back to the day I gave birth to you and everything I went through during my postpartum journey. Every single moment was worth it. I never imagined I would become a mother at this age.
I still remember how I couldn’t quite believe I was pregnant, because I didn’t feel ready and doubted whether I was capable of being a mother.
But now that I’ve gone through it, I realize it’s a journey that is both exhausting and incredibly beautiful. I love you so much, my sayang Yusra. You’ve been such a good baby since the day you were born, and I thank Allah every single day for entrusting us with you.”
View this post on Instagram

Tambahnya lagi, “I still can’t believe you’re already one year old. Now I truly understand why mak-mak kat luar sana get so emotional bila tengok anak dorang membesar.
All I ask is for your prayers, that our Yusra grows up to be a kind and righteous daughter & obedient to Allah SWT. May you always be blessed with good health my Yusra sayang.”
Rumah Tangga Dahlia Rizal & Imran Aqil

Dahlia Rizal sah bergelar isteri pelakon yang juga penyampai radio, Imran Aqil pada 9 September 2023. Pasangan ini melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup di Ayer Keroh, Melaka.
Khabarnya kedua-dua mereka mula mengenali di antara satu sama lain sejak tahun 2007 seterusnya mengikat tali pertunangan pada Ogos 2022.
16 Mei ini Dahlia Rizal menginjak usia 25 tahun. Semoga rumah tangga Dahlia dan Imran berbahagia hingga ke Jannah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





