Jenama Bulan Bintang dilihat semakin ‘mendunia’, apatah lagi selepas berlangsungnya pertunjukan fesyen yang diberi nama ‘Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show baru-baru ini yang juga mendapat kerjasama dari Tiktok Shop sebagai rakan kongsi e-dagang.

IKLAN

Berhabis RM11 Juta Untuk Kempen The Terrrrpaling Raya, Hannah Delisha Dan Daiyan Trisha Wajah Eksklusif BULAN BINTANG Sisters

Pertunjukan fesyen Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show menampilkan koleksi Raya 2024 Ready To Wear (RTW), bagi pakaian bersaiz besar, set sedondon keluarga yang terdiri daripada 40 rekaan dengan 70 pilihan warna eksklusif.

Untuk tahun ini pertunjukan fesyen mega ini menyaksikan barisan duta Bulan Bintang 2024 hadir memeriahkan acara yang terdiri daripada selebriti terkenal seperti Shukri Yahaya, Nadhir Nasar, serta Mierul Aiman manakala Remy Ishak pula diumum sebagai duta koleksi Baju Melayu Teluk Belanga.

Berhabis RM11 Juta Untuk Kempen The Terrrrpaling Raya, Hannah Delisha Dan Daiyan Trisha Wajah Eksklusif BULAN BINTANG Sisters

Berhabis RM11 Juta Untuk Kempen The Terrrrpaling Raya, Hannah Delisha Dan Daiyan Trisha Wajah Eksklusif BULAN BINTANG Sisters

Menariknya, pelakon jelita Hannah Delisha kekal menjadi wajah eksklusif dan kali ini disertai pelakon jelita Daiyan Trisha untuk koleksi Bulan Bintang Sisters.

Berhabis RM11 Juta Untuk Kempen The Terrrrpaling Raya, Hannah Delisha Dan Daiyan Trisha Wajah Eksklusif BULAN BINTANG Sisters

IKLAN

Berhabis RM11 Juta Untuk Kempen The Terrrrpaling Raya, Hannah Delisha Dan Daiyan Trisha Wajah Eksklusif BULAN BINTANG Sisters

Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show kali ini dimeriahkan lagi dengan pertunjukan barisan model bersaiz besar dan keluaran koleksi terbaru yang mempunyai saiz sehingga 5XL.

IKLAN

Bulan Bintang juga telah memberi pengumuman rasmi mengenai kolaborasi mereka bersama jenama tempatan iaitu Zus Coffee, Hausboom, Origina, Ninja Van, TikTok Shop dan Pemenang 3 Dimensi Animasi Ejen Ali.

Pertunjukan ini juga telah melancarkan Kempen Terrrpaling Raya di mana Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai RM 3 juta untuk semua pembeli Bulan Bintang pada tahun ini.

Antara hadiah yang ditawarkan ialah 10 biji buah Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999 dan pelbagai hadiah yang menarik akan dimenangi oleh para pelanggan jenama Bulan Bintang.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI