Apabila adanya pertengkaran, pastinya ia melibatkan emosi anda dan pasangan. Namun, sekiranya anda dan pasangan boleh mengelola perasaan dengan baik, dengan selalu melihat masalah dari pelbagai sudut, tentu anda berdua boleh menurunkan rasa ego untuk kebaikan bersama.
Pertengkaran boleh menegangkan keadaan dan menjarakkan hubungan anda. Harus berhati-hati apabila melalui proses pertengkaran:
Cari penyelesaian
Marah adalah reaksi normal seorang insan terhadap sesuatu yang dia enggan kompromi. Maka, pentingnya anda untuk peka dengan keadaan pasangan yang sedang dilanda kegelisahan hati. Berikan ruang untuk dia bermain dan meredakan perasaannya. Jika perlu, letakkan diri sebagai teman untuknya meluahkan segalanya. Berikan idea untuk mencari penyelesaian yang tepat untuk permasalahannya.
Namun, jangan jadi hakim yang memberikan hukuman atau keputusan dan tindakannya. Itu hanya akan mengeruhkan suasana dan permasalahan lain pula akan timbul maka keadaan akan lebih rumit. Hasilnya, hubungan anda berdua pula menjadi korban.
Komunikasi
Ads
Komunikasi memang selalu dikatakan sebagai cara paling tepat untuk menghindari konflik yang bukan-bukan. Apabila ia berlaku di dalam sebuah rumah tangga, maka komunikasi dua hala amat penting bagi menjalin perhubungan yang lebih baik dan matang. Komunikasi yang harmoni perlu ada antara anda dan pasangan serta anggota keluarga lainnya, supaya hubungan lebih mesra dan baik.
Sekiranya anda kurang gemar dengan cara dan perkataan yang digunakan oleh pasangan, usahakan untuk menegurnya dengan bicara yang lembut. Jangan gunakan perkataan kasar untuk menyerangnya kerana ia akan menjadikan keadaan lebih teruk.
Bahasa yang lembut dan cara menegur yang baik pastinya akan membuat pasangan lebih sejuk hatinya. Dan mungkin dia akan memohon maaf kerana kekasarannya terhadap anda. Jadi, pasti masalah antara anda berdua selesai dengan baik. Jangan tambah panas dengan memasukkan sesuatu yang boleh menyemarakkan kemarahan. Cuba tahan emosi dan ego supaya tidak merosakkan hubungan kalian.
Tolak ansur
Ads
Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian tersendiri, jadi mengapa harus memperpanjangkannya sehingga keadaan menjadi lebih rumit. Segera selesaikan dan baiki hubungan anda berdua menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Sekiranya salah satu masalah adalah anda terlalu penat menguruskan anak-anak sendirian, mintalah pasangan untuk membantu dan begitu juga sebaliknya.
Yang penting, mesti ada rasa faham-memahami dan bersedia menerima segala pendapat dengan matang, itu sudah cukup untuk membentengi keluarga anda dari salah faham. Ia juga akan menambah rasa percaya dan saling menyayangi untuk melengkapi keharmonian rumah tangga anda berdua.
Terima perbezaan
Apabila anda mengambil keputusan untuk berkahwin, pasti ada sesuatu pada pasangan yang melengkapi diri dan hidup. Ada sesuatu yang tiada pada anda, dipunyai oleh pasangan. Semua itu adalah alasan jitu mengapa anda dan pasangan dipertemukan, lalu hidup bersama sebagai suami isteri. Pastinya, antara anda berdua mempunyai perbezaan namun jangan jadikan itu sebagai satu bebanan atau alasan untuk bertengkar.
Ads
Menyatukan perbezaan yang anda antara suami isteri memang tidak semudah umpama membalikkan tapak tangan. Namun, sekira keduanya dapat menghargai perbezaan yang wujud antara anda berdua, pasti perselisihan faham dapat diminimumkan.
Daripada perbezaan itu, kita boleh belajar apa yang suka dan tidak disukai oleh pasangan. Begitu juga sebaliknya. Kita akan menjadi lebih bijak di dalam menghadapi perbezaan itu dan seterusnya akan lebih menghargai antara satu sama lain.
Jangan libat orang lain
Sekiranya pertengkaran itu tidak terbendung lagi, jangan hamburkan kemarahan anda pada orang lain seperti orang tua anda atau anak-anak, kerana sekiranya anak-anak menjadi saksi pertengkaran orang tuanya, ia akan mempengaruhi perkembangan psikologinya.
Tambahan, sekiranya masalah rumah tangga anda melibatkan orang tua anda, pasti keadaan akan menjadi lebih rumit dan runcing. Seharusnya, masalah rumah tangga anda, selesaikan antara pasangan sahaja. Jangan babitkan orang tua anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang terkenal dengan sikapnya yang suka menyantuni rakyat jelata dan hebat memasak di dapur. Jika sebelum ini petugas media yang ‘berkampung’ di depan Istana Negara telah disajikan hidangan istimewa dari istana ekoran kemelut politik.
Foto: Twitter @KKMPutrajaya
Kini, para petugas hadapan (FRONTLINERS) dapat menikmati sendiri air tangan Raja Permaisuri Agong setelah bertarung nyawa merawat pandemik COVID-19. Raja Permaisuri Agong telah berkenan menyajikan nasi berlauk hasil air tangan baginda kepada petugas di Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya.
Foto: BERNAMA
“Hari ini saya masak untuk doktor-doktor, jururawat dan petugas di Hospital Sg Buloh…semoga ALLAH SWT merahmati dan melindungi mereka yang bertugas untuk negara ku Malaysia….,” titah Raja Permaisuri Agong, menerusi hantaran di Instagram baginda.
Foto: BERNAMA
Semua FRONTLINERS bertuah dapat menikmati hasil masakan Raja Permaisuri Agong yang terdiri daripada nasi putih, kari ayam, sayur goreng dan telur dadar yang dibungkus rapi dan diedarkan kepada petugas berkenaan.
Foto: Twitter @KKMPutrajaya
Manakala nasi goreng ‘cheminahsayang’ dan sambal tumis bilis serta kek muffin menjadi menu untuk petugas CPRC.
“Nasi goreng cheminahsayang dan sambal tumis bilis… untuk pegawai , doktor dan jururawat bertugas corona di CPRC,” titah Baginda.
Semua FRONTLINERS telah mengucapkan terima kasih atas sumbangan makanan menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya.
Foto: Twitter @KKMPutrajaya
Jika Raja Permaisuri Agong begitu prihatin dengan kebajikan FRONTLINERS mengapa tidak kita sebagai rakyat untuk menyokong kempen #JomDudukRumah #DudukRumah #KitaJagaKita #StayAtHome. Semoga pandemik COVID-19 ini segera hilang dari muka bumi ini.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Sikap saya yang periang, sekelip mata berubah kerana bimbangkan seluar dibasahi air kencing. Pantang ketawa kuat sedikit, saya terus hilang kawalan untuk menahannya dari keluar. Hidup saya benar-benar muram dan tertekan.”
Aktiviti hariannya kian berubah dan terbatas kerana perlu berjaga-jaga setiap waktu. Kisah benar ini nyata memberi gambaran jelas terhadap masalah yang ditanggung oleh kebanyakkan wanita dewasa di Malaysia berusia 35 tahun ke atas. Rasa malu dan enggan mendapatkan rawatan membuatkan masalah lemah kawalan pundi kencing ini semakin jarang diperkatakan secara terbuka.
Pelbagai perkara kecil yang lain seperti bunyi percikan air, terbatuk, terbersin, senaman atau sebagainya mampu merangsang pesakit membuang air kecil tanpa disedari. Tinjauan mendapati 65% wanita yang ditemui tidak mahu mendapatkan rawatan dan 64.5% daripadanya tidak mengendahkan kerana menganggap ia perkara biasa selepas meningkat usia.
Mereka lebih rela menderita dalam diam, malah mencari penyelesaian sendiri dengan mengambil ubat-ubatan tertentu di kedai-kedai ubat. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keyakinan diri, malah menyekat aktiviti menyeronokkan, termasuk kedinginan seksual dan hubungan sosial.
ANATOMI PUNDI KENCING
Masalah kebocoran air kencing terjadi kerana otot lantai pelvik menjadi lemah atau tidak cukup kuat untuk menahan air kencing dari melimpah keluar. Organ pundi kencing amat penting untuk menapis bahan kumuhan (urin) dari darah dan ia mampu untuk menyimpan kapasiti air kencing kira-kira 300ml dalam satu masa.
Di tandas, kita akan mengendurkan otot lantai pelvik (di bawah pundi kencing) dan otak akan mengirim isyarat untuk otot-otot mengecut lalu memerah keluar air kencing melalui uretra, yakni sejenis tiub dari pundi kencing ke luar badan.
Sayangnya, kebanyakan wanita yang mengalami masalah lemah kawalan pundi kencing mempunyai otot yang lemah atau rosak, sekaligus menyebabkan mereka gagal merasa pundi kencing penuh dan menyebabkan masalah untuk mengawal pengalirannya.
FAKTOR
Proses kehamilan dan kelahiran.
Kegemukan atau penambahan berat badan.
Batuk atau bersin yang berpanjangan.
Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Paras hormon menurun atau menopaus.
Sembelit.
JENIS-JENIS
Ketidakmampuan membuang air kecil atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai urinary incontinence merupakan kebocoran air kencing di luar kawalan individu. Masalah ini boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti berikut:
Inkontinens stres
Kebocoran air kencing yang sedikit, contohnya apabila bersin, batuk, ketawa atau mengangkat benda berat.
Kerap berlaku di kalangan wanita, iaitu kira-kira 35% dari warga tua wanita.
Berlaku akibat otot dasar pelvik yang lemah atau rosak.
Juga sering berlaku di kalangan wanita yang mempunyai ramai anak, mungkin disebabkan kerosakan di dasar pelvis ketika bersalin.
Boleh berlaku di kalangan lelaki yang pernah menjalani pembedahan prostat dan telah kehilangan sfinkter uretra.
Inkontinens desakan
Kebocoran air kencing yang lebih banyak apabila seseorang itu tidak sempat ke tandas ketika muncul keinginan untuk membuang air kecil.
Sebahagian dari bentuk pundi kencing yang terlampau aktif, yang merupakan gabungan dari masalah kekerapan membuang air kecil (lebih dari lapan kali dalam 24 jam), desakan segera (keinginan yang amat kuat untuk membuang air kecil) dan juga disebabkan desakan.
Berlaku di kalangan kira-kira 38% dari wanita dan 33% dari lelaki yang mengalami masalah pundi kencing yang terlalu aktif dan ini merupakan corak atau pola yang paling lazim (60 – 70%) di kalangan warga tua.
Inkontinens limpahan
Merupakan 10 – 15% dari keseluruhan masalah inkontinens membuang urine.
Dikaitkan dengan peningkatan isipadu saki baki air kencing (disebabkan salur pundi tersumbat) dan gangguan pada keupayaan pundi kencing untuk mengecut.
Pesakit tidak tahu kenapa air kencing tersebut bocor dan menitis keluar.
Seringkali hilang sensasi atau tidak terasa yang pundi kencing telah penuh dan pengaliran air kencing menjadi lemah.
RAWATAN
SENAMAN DASAR PELVIS
Bagus untuk pengecutan dan pengenduran otot di sekeliling dasar pelvis. Anda hanya perlu mengemutkan otot-otot dasar pelvis seolah-olah seperti cuba menahan diri dari terkencing atau terbuang air besar. Tahan selama 10 saat dan rehat seketika. Ulangi kaedah ini sebanyak 10 kali dan lakukan tiga kali sehari. Untuk mengelakkan kebocoran air kencing pula, cuba angkat dasar pelvis ke atas setiap kali anda ketawa, batuk, bersin, bersenam, mengangkat atau menolak benda berat.
PENDIDIKAN SEMULA MEMBUANG AIR KECIL
Rangka suatu carta pundi kencing. Pesakit diminta supaya menahan dari membuang air kecil pada masa yang ditetapkan, contohnya setiap sejam. Apabila beliau berjaya menahan kencingnya selama sejam, maka masanya untuk membuang air kecil ditingkatkan. Ulangi sehingga individu itu dapat mengawal selama masa 4 jam tanpa wujud ketidakmampuan mengawal air kencing.
MENGGUNAKAN LAMPIN ATAU PAD KHAS
Sejenis pad khas untuk penyerapan air kencing (bukan haid) seperti Poise atau lampin amat berguna untuk pengurusan yang pasif, termasuk penggunaan baju dalam yang tahan kebocoran. Pad Poise juga turut berupaya menyerap bau tidak menyenangkan dari tersebar di sekitar anda.
TINGKAT PEMAKANAN SIHAT
Adalah salah untuk mengurangkan pengambilan air anda kerana ingin mengawal aliran air kencing. Anda dinasihatkan supaya meningkatkan pengambilan cecair sebanyak 6 – 8 gelas sehari (1500 ml) dalam bentuk minuman jus buah, sup dan air kosong. Sentiasa tambahkan serat dalam pemakanan seperti mengambil bijirin gandum, beras, roti, sayuran, ulam, kekacang, lobak merah dan buah-buahan untuk mengatasi sembelit.
LAKUKAN SENAMAN
Amalan bersenam seperti berjalan setiap hari membantu mempercepatkan pergerakan najis melalui usus dan menguatkan otot perut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gadis mahupun wanita Perancis cukup terkenal dengan kecantikan, berpenampilan menarik serta memiliki susuk tubuh yang langsing persis supermodel.
Di sini Nona kongsikan rahsia untuk memiliki bentuk tubuh ideal bak supermodel dengan istilah diet ala Perancis. Jom cuba!
PILIH KUALITI BUKAN KUANTITI
Untuk memiliki bentuk tubuh yang ideal, rahsianya bermula dari dapur. Penuhkan dapur anda dengan makanan-makanan sihat berkualiti tinggi berbanding makanan ringan dalam jumlah yang banyak.
Cara ini mampu menghindari anda daripada godaan untuk sering mengunyah makanan berminyak, tinggi gula, tinggi lemak atau pengawet yang boleh mengakibatkan berat badan bertambah kawalan.
DUDUK DAN MAKAN
Kebanyakan orang sering makan dengan berdiri dan terburu-buru. Sedangkan kebiasaan ini boleh mengakibatkan seseorang itu mudah tersedak, gangguan sistem pencernaan sehingga mendorong untuk makan dalam jumlah yang banyak.
KUNYAH SECARA PERLAHAN
Selain makan secara duduk, kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan. Cara ini membolehkan anda menikmati rasa makanan dengan lebih sempurna. Mengunyah secara perlahan-lahan pula membuatkan makanan tercerna dengan betul seterusnya akan kenyang lebih cepat.
AMAL HIDANGAN TINGGI PROTEIN
Makanan tinggi protein membuatkan anda terasa kenyang lebih lama. Selain itu, protein akan memecahkan asid amino yang berguna untuk menghilangkan kemurungan sekaligus mengurangkan stres yang boleh mengundang rasa untuk makan secara berlebihan.
BERSENAM SETIAP HARI
Sesibuk manapun anda sentiasalah luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya sejam setiap hari. Senaman memaksimumkan sistem metabolisme sehingga penurunan berat badan lebih cepat. Lemak juga akan mudah terbakar.
AMAL MINYAK ZAITUN
Selain elak makanan bergoreng, gantikan minyak biasa dengan minyak zaitun. Ini kerana minyak zaitun mengandungi omega 3 yang membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah dan mencegah berlakunya serangan jantung.
Kesimpulannya, lebihkan pengambilan makanan sihat berkualiti tinggi. Nimmati setiap makanan yang masuk ke dalam mulut. Melalui pola pemakanan sihat ini anda mampu untuk bebas daripada obesiti dengan bonus kesihatan yang sentiasa terjaga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!