Tinggal seminggu saja lagi menuju hari meraikan bapa tersayang. Hari Bapa pada tahun ini telah ditetapkan pada tarikh 20 Jun dan memandangkan kita masih di bawah perintah PKP 3.0, tentu sukar mencari hadiah yang sesuai, kan?

Sama ada untuk bapa, suami, abang, adik atau sahabat lelaki, hadiah berupa beg laptop mungkin idea terbaik musim pandemik ini.

IKLAN

Tak dinafikan hampir setiap lelaki memiliki komputer riba atau tablet peribadi. Peranti ini sudah menjadi satu kemestian untuk melancarkan urusan kerja mereka.

Jadi, apa salahnya kalau kita hadiahkan beg laptop baru kepada mereka? Kalau tidak, mungkin selamanya mereka guna beg laptop yang percuma tu… betul tak!

 

BEG PILIHAN NONA

Beri Beg Laptop Untuk Father’s Day, Ini Hadiah Terbaik Untuk Lelaki Kesayangan Anda
Targus adalah jenama beg laptop gaya hidup dari California

 

Koleksi Newport: ‘The New Timeless’ daripada jenama Targus antara pilihan beg laptop terbaik untuk dihadiahkan sempena Hari Bapa.

Diilhamkan daripada gaya hidup elegan, himpunan terbaharu ini menyerlahkan lagi keperibadian dan karakter alpha seseorang.

Gabungan gaya dan fungsi yang sempurna, enam jenis stail baharu diperkenalkan terdiri beg galas, sleeves dan tote yang praktikal.

Beri Beg Laptop Untuk Father’s Day, Ini Hadiah Terbaik Untuk Lelaki Kesayangan Anda
Bukan lelaki saja, rekaan koleksi ini pun sesuai untuk wanita!

 

Koleksi ini menampilkan penggunaan material yang baik iaitu dari segi pemilihan fabrik nilon kalis air dan tenunan material kulit yang berkualiti tinggi, tahan lasak serta mudah dijaga.

IKLAN

Kualiti hiasan dan perincian logam yang unik juga sinonim dengan jenama Targus yang sememangnya tidak diragukan lagi tentang kualiti produknya.

Setiap koleksi yang dihasilkan merangkumi gaya hidup moden kontemporari si pemakai yang praktikal dan sentiasa bersemangat.

Beri Beg Laptop Untuk Father’s Day, Ini Hadiah Terbaik Untuk Lelaki Kesayangan Anda

 

IKLAN

Beri Beg Laptop Untuk Father’s Day, Ini Hadiah Terbaik Untuk Lelaki Kesayangan Anda

 

Nah, kalau mencari yang terbaik, beg laptop Targus inilah jawapannya. Setiap beg direka menepati standard dan kualiti yang sama menjadikan Targus terkenal dan sentiasa menjadi sasaran penggemarnya.

Tentunya juga, koleksi terbaharu ini juga dilengkapi dengan ruang beg yang luas, ringan, dan selesa, sesuai untuk dibawa ke pelbagai majlis!

Memandangkan sekarang bukanlah waktu terbaik untuk keluar, boleh je shopping hadiah Hari Bapa ni di laman shopping online seperti Shopee, Lazada dan Zalora.

Semoga bermanfaat!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI