Berita baik buat kita semua khususnya pemilik kenderaan persendirian. Berikutan isu pelekat cukai jalan yang mudah rosak dan susah untuk ditanggalkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di cermin depan kenderaan bermotor mereka, berkuat kuasa hari ini.
Ads
Pada sidang media, Siew Fook berkata ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.
Ads
Kredit foto: https://bjak.my
Beliau berkata, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.
Ads
“Ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Figura yang mempunyai semangat juang tinggi tanpa menghiraukan kekurangan yang ada pada dirinya sememangnya dikagumi dan menyuntik inspirasi.
Atas dasar keprihatiannya mempertahankan hak komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) tanpa mengharapkan sebarang balasan satu persatu sejarah tercipta menjadi miliknya.
Terbaharu, YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi telah dianugerahkan sebagai Profesor Adjung PSITRA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Tahniah! Datuk Ras Adiba atas perlantikan ini.
Datuk Ras Adiba telah menzahirkan rasa syukurnya melalui coretannya di laman media sosialnya. “Alhamdulillah dan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia kerana melantik saya sebagai Profesor Adjung PSITRA.
Pelantikan ini adalah tanggungjawab serta amanah yang besar untuk saya laksanakan. Akan saya berkongsi ilmu dan pengetahuan berlandaskan pengalaman diri, dalam melahirkan modal insan yang berkualiti, dengan izinNya,” kongsi Datuk Ras Adiba.
Buat pengetahuan PsiTra ialah Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia merupakan salah satu daripada enam pusat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).
Ditubuhkan bertujuan untuk menjadi pelopor dalam penyelidikan yang memfokus kepada tiga aspek penyelidikan mengikut kluster berikut (1) Kluster Kaunseling, Pengurusan Krisis dan Kebajikan Sosial, (2) Kluster Kesihatan Mental dan Kualiti Hidup dan (3) Kluster Pembangunan Manusia dan Tenaga Kerja.
Berdasarkan aspek pendidikan, PsiTra penawaran tiga program pengajian utama kepada masyarakat iaitu (1) Program Psikologi, (2) Program Kerja Sosial dan (3) Program Pembangunan Manusia.
Sebelum itu, Datuk Ras Adiba mendapat pengiktirafan apabila menerima pelantikan sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada 24 November 2020 di Parlimen. Menariknya, bekas personaliti TV ini menjadi wanita pertama dilantik menjawat tugas berkenaan dalam sejarah penubuhan BERNAMA selama 53 tahun.
Wanita yang berusia 52 tahun ini juga telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Menggalas status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 18 tahun yang lalu, Datuk Ras Adiba menerima PMW, satu daripada Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik sudah lapan tahun tudung kegemaran rakyat Malaysia dUCK menyerikan wajah hijabis. Bermula dengan butik pertama dari Bukit Bintang hingga butik ke sembilan di Singapura lambang kejayaan bisnes yang diterajui oleh Vivy Yusof sebagai Pengasas Bersama The dUCk Group.
Vivy Yusof telah menzahirkan rasa syukurnya ketika bercerita tentang sejak dari pertama tertubuhnya dUCK. “Alhamdulillah, dUCK sudah melangkah sejauh ini sejak hari pertama dilancarkan pada tahun 2014.
Now, dUCk is a global lifestyle brand that provides more than just scarves and clothing but also beauty, home & living and more. From our retail store in Pavilion Bukit Bintang, dUCk now has nine stores including Haji Lane, Singapore and our very own dUCk café and Salon,” kata ibu kepada empat orang anak ini.
Berkongsi kegembiraan dengan dUCkies dan orang ramai sebuah ‘time capsule’ pameran pop-up telah disediakan di hadapan Fahrenheit 88 Kuala Lumpur. Pameran ini boleh dinikmati bermula dari hari ini sehingga Ahad, 29 Mei 2022. Jangan lepaskan peluang untuk menelusuri perjalanan indah dUCK di dalamnya.
Beberapa koleksi seperti The Blurred Lines, The World Map dUCk, The Kaleidoscope dUCk, The Alhambra dUCk dan Disney x dUCk – Mickey boleh dihayati di dalam pameran ini.
Ulang tahun tidak akan berseri seandainya tidak mengeluarkan koleksi baharu. Sudah menjadi tradisi dUCK mengeluarkan koleksi istimewanya dan kali ini menampilkan The Infinity dUCk collection yang terdiri daripada skaf, ready-to-wear (RTW) seperti blaus, beg dan barangan keperluan lain seperti bekas minuman dan buku nota.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayangkan persembahan wayang kulit dan tarian tradisional Pantai Timur dipuji warga asing… Liuk-lentok mempesonakan dan irama muzik Kelantan yang menggetarkan jiwa raih pujian sekaligus memupuk persefahaman dan hubungan antara dua negara.
Usaha pasangan Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datin Seri Haflin Nazri Aziz dalam mengukuhkan hubungan Malaysia-Amerika Syarikat melalui acara unik ‘Cultural Diplomacy: Sounds and Soul of the East Coast’ menggamit perhatian.
Di tengah hiruk-pikuk Washington D.C, warisan seni dan budaya gemilang negeri Kelantan yang diiktiraf UNESCO mendapat tempat di sana. Antara yang dijemput diplomat, pegawai Kerajaan Persekutuan AS dan pakar industri pelancongan.
Program ‘Sounds and Soul of the East Coast’ yang berlangsung sepanjang 19 hingga 30 Oktober ini memperkenalkan serangkaian persembahan dan demonstrasi yang memukau.
Antaranya termasuk wayang kulit Kelantan yang menghidupkan legenda dan mitos, perubatan kerohanian Main Teri yang menenangkan jiwa, teater tradisional Mak Yong yang memukau, tarian Tari Inai yang mempesonakan dengan keindahannya, seni bela diri Silat Jawi yang menunjukkan kelebihan fizikal dan mental, serta persembahan muzik yang menghidupkan jiwa, Dikir Barat.
Persembahan dari wakil Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) diketuai Kamrulbahri Hussin yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur memukau setiap mata yang hadir di majlis yang gemilang itu.
Memetik sumber Astro Awani, acara ini berupaya memperkenalkan Malaysia di mata dunia menerusi seni budaya tradisi.
“Seni dan budaya berfungsi sebagai jambatan yang memupuk persefahaman dan hubungan antarabangsa.
Adat resam dan tradisi mempunyai kuasa tersendiri yang membolehkan kita mendalami intipati budaya yang berbeza, akhirnya membawa kepada pemahaman yang lebih baik tentang tentang sesuatu kaum dan negara.
Dan lebih penting kesenian dan kebudayaan juga mampu menjadi perantara diplomasi antara Malaysia dan negara lain seperti Amerika Syarikat.” Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Beliau percaya banyak lagi persembahan seni budaya tradisi dari Kelantan dan negeri lain di Malaysia sepatutnya mendapat pengiktirafan UNESCO supaya ia dapat dipelihara dan berguna untuk generasi akan datang.
‘Sounds and Soul of the East Coast’ adalah acara sulung dalam siri program diplomasi budaya yang akan diterajui oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sejak menggalas tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.