
Sedia menerima tanggungjawab dan berkenan jadi Penaung Diraja Children’s Protection Society Malaysia, Raja Muda Selangor serlah jiwa penyayang terhadap rakyat tercinta.
Children’s Protection Society (CPS) Malaysia mengumumkan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan untuk menjadi Penaung Diraja pertubuhan itu.
Diputerakan pada 12 Disember 1990 di Amerika Syarikat, Raja Muda Selangor yang merupakan putera tunggal Sultan Selangor cukup dikenali sebagai seorang putera berjiwa rakyat.

Sifat Baginda yang sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat Selangor menyerlah apabila sering diangkat sebagai penaung kepada pertubuhan kebajikan, antaranya CPS yang fokus melindungi kanak-kanak daripada penderaan, pengabaian, pembuangan dan eksploitasi.
CPS dalam kenyataan memaklumkan, komitmen Baginda terhadap pemerkasaan belia telah terbukti menerusi inisiatif Selangor Youth Community (SAY) yang mewujudkan pelbagai platform dinamik oleh belia, untuk belia, bagi membina kepimpinan, daya tahan dan hala tuju hidup.
Nilai tersebut amat selari dengan misi CPS untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, penyayang dan berdaya upaya untuk setiap kanak-kanak.
Sedia menerima tanggungjawab dan berkenan jadi Penaung Diraja Children’s Protection Society Malaysia, Raja Muda Selangor serlah jiwa penyayang terhadap rakyat tercinta.

Pertubuhan bukan berasaskan keuntungan ini berperanan melalui advokasi, pendidikan serta perkhidmatan perlindungan secara langsung bagi memastikan setiap kanak-kanak dihargai, dilindungi, serta diberikan peluang untuk berkembang hingga ke tahap potensi terbaik mereka.
Tengku Amir Shah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekologi dan Biologi Alam Sekitar dari University of Leeds turut menjalani latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, serta menamatkan Transformational Leadership Fellowship di Blavatnik School of Government, University of Oxford.
Program itu mencerminkan iltizam baginda terhadap kepimpinan berteraskan nilai, dialog terbuka serta khidmat kepada rakyat.
Gambar: Selangor Royal Office
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/potret-terkini-datin-seri-camelia-khan-buat-ramai-terpegun-usia-51-tetap-nampak-mahal-classy/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!








Lakukan 5 rutin sihat ini agar tekanan darah anda sentiasa berada di tahap normal.
2. KAWAL STRES
4. MASAK SENDIRI DI RUMAH
5. BANYAK MAKAN SAYUR & BUAH
6. BERHENTI MEROKOK










