Bercukur ialah cara paling lazim dilakukan wanita untuk menanggalkan bulu-bulu tidak diperlukan di bahagian badan. Kebiasaannya, penyingkiran bulu menggunakan alat pencukur akan timbul rasa pedih dan kerengsaan kulit. Namun hasil penciptaan alat penanggal bulu berteknologi tinggi Ulike Air 3, ia kini menjadi pilihan Nona!
10 tahun bertapak di pasaran, Ulike ialah alat teknologi klinikal yang membantu memberi rawatan buang bulu tidak menyakitkan hanya dari rumah. Buat julung kali, jenama ini memperkenal teknologi sapphire contact cooling yang dipercayai berkesan kepada lebih empat juta pengguna.
Kualiti dan keberkesanan Ulike berjaya menjadikan ia jenama terunggul di China selama tujuh tahun berturut-turut melibatkan kategori alat penanggal bulu. Kebanyakan wanita berusia 25 tahun ke atas yang lincah, gemar melancong, bersukan dan bergaya turut menjadikan Ulike sebagai pilihan utama kerana ia efektif menyingkirkan bulu di anggota badan.
Kelebihan Ulike Air 3 yang ringan iaitu seberat 271 gram mudah dibawa dan pengguna boleh membersihkan anggota badan yang ada bulu berlebihan di mana sahaja pada bila-bila masa. Berbanding model Ulike terdahulu, teknologi Air 3 lebih inovatif, ringan dan selamat digunakan dalam tempoh masa lama.
Tenaga Sapphire atau batu nilam yang terdapat dalam Ulike Air 3 membolehkan ia terus sampai ke folikel bulu. Seterusnya meningkatkan keberkesanan penanggalan bulu sehingga 40 peratus.
Ads
Ulike Air 3 dihasilkan dengan tiga mode iaitu soft melibatkan bahagian jari dan bikini; body merangkumi bahagian ketiak, dada dan belakang badan, dan powerful untuk bahagian bulu kasar dan tebal.
Ia berfungsi dengan cara menghalakan alat Ulike Air 3 di bahagian terlibat dan cahaya pengesan penanggalan bulu akan menyala sebaik menyentuh permukaan kulit. Hanya tekan flash button satu kali dan beralih ke area seterusnya selepas alat tersebut mengeluarkan cahaya berkelip.
Ads
Anda akan nampak dan rasai perubahan selepas penggunaan Ulike Air 3 dalam masa tiga minggu!
Berbanding rawatan penanggalan bulu di salun kecantikan yang mencecah ratusan ringgit bagi satu sesi dan perlu dilakukan secara berkala serta kurang berkesan, Ulike Air 3 menjadikan rejim penjagaan kecantikan diri anda lebih mudah. Tidak perlu lagi membuat temu janji di salun kerana anda kini boleh melakukannya di rumah, cepat dan efektif.
Ads
Bukan itu sahaja, setiap pembelian Ulike anda akan menerima potongan harga dan pelbagai tawaran hadiah menarik. Layari Shopee http://bit.ly/3V05tX0 menggunakan kod (ULIKENONA) untuk diskaun RM40 dan Lazada https://bit.ly/3BScUZp
Buat tempahan sekarang dan masukkan (Nona) untuk menikmati pembelian promosi 1 percuma 6 iaitu berus gigi elektik, Electric Toothbrush Replacement Brush Head Refill, Anti-slip Hair Removal Scraper, Aloe Vera Soothing Gel, Cermin Mata dan Flosser.
Kecantikan seseorang wanita tidak terletak pada pakaian, beg tangan atau aksesori gaya semata-mata. Sebaliknya, wanita juga perlu ‘laburkan’ sebahagian wang untuk tujuan penjagaan kecantikan diri secara menyeluruh seperti mengatasi masalah bulu di anggota badan agar penampilan mereka bersih, yakin dan cantik!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk mata memandang Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi! Raut wajah ayu dan peribadi lemah-lembut yang dimiliki suri hati Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjadi bualan khalayak khususnya di Borneo.
Dilahirkan pada 21 November 1980 dan meniti usia 45 tahun, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah merupakan bekas pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan seorang wanita aktif.
Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Suri Hati TYT Sarawak
Dalam kenyataan di laman web rasmi Astana Negeri Sarawak, figura jelita ini berkhidmat sebagai pramugari dari Januari 2000 hingga Oktober 2022. Sepanjang menjadi kabin krew, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah komited dengan tugas yang diberikan dan dilantik sebagai Pengerusi Kelab Bola Jaring Malaysia Airlines.
Kepakarannya dalam bola jaring mendapat penghargaan apabila beliau merangkul Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik dan Anugerah Atlet Terbaik daripada Malaysia Airlines.
Terdahulu, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah pernah bertugas sebagai guru sementara di Sekolah Rendah Kebangsaan Pandan Jaya pada tahun 1998 dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati pada tahun 2000.
Bukan itu saja, beliau juga aktif dengan aktiviti khidmat masyarakat. Misalnya ketika pandemik COVID-19, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah turun padang dalam pengagihan makanan kepada golongan memerlukan, terlibat dengan program vaksinasi dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.
Beliau juga berjiwa seni dan mempunyai bakat dalam gubahan bunga dan kraf tangan. Serba boleh orangnya!
Kehidupan Bahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah
Tun Dr Wan Junaidi dilantik Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.
Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah bergelar isteri Tun Dr Wan Junaidi pada 10 Disember 2022. Ia adalah perkahwinan kedua Tun Dr Wan Junaidi selepas pemergian isterinya Allahyarhamah Datin Seri Norjanah Feona Sim Abdullah pada Mei 2022.
Dah besar puteri kesayangan bintang bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha! Difahamkan anak gadis yang kian meningkat dewasa bernama Kayla Elayna ini juga merupakan satu-satunya anak perempuan pasangan selebriti berkenaan.
Makin menginjak usia, makin terserlah kecantikan Kayla yang dilihat mewarisi kejelitaan ibu tersayang. Tanggal 3 Februari lalu genap 11 tahun usia puteri kesayangan Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apex.
Menerusi perkongsian di media sosial, kedua-dua ibu bapa muda tersebut memuat naik momen hari lahir Kayla di samping keluarga mereka. Selain turut menitipkan ucapan syukur atas kurniaan terindah dikurniakan cahaya mata seperti Kayla Elayna.
“Happy 11th birthday satu-satunya baby girl mummy daddy kakak Ela (Kayla Elayna). Membesar dengan baik dan sihat-sihat selalu, anak baik mummy daddy, we love you so much.
Now you dah masuk teen phase kakak, may love and happiness accompany you throughout this journey of beautiful life. InshaAllah. Ameen.”
Dalam majlis sambutan hari lahir itu, Kayla kelihatan ceria dengan gaya denim biru dan putih. Sementara Apex, Leuniey dan dua adik-beradiknya turut mengenakan persalinan sedondon putih.
Sementara itu, kejelitaan Leuniey Natasha turut menarik perhatian warga maya. Hampir 13 tahun bergelar suri hati Khairul Fahmi, raut wajah cantik dan penampilan sopan sejak berhijab menyerlahkan lagi keayuan Leuniey.
Meniti usia 34 tahun, ibu penyayang ini gemar berkongsi tip dan pengalaman dengan followers. Bukan sahaja mengenai rutin harian bahkan tidak lokek berkongsi amalan kecantikan dan tutorial mekap.
Kecantikan pemilik nama Nur Eilunie Natasha tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia tidak sekadar dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik malah sangat menjaga kurniaan tersebut. Seperti kebanyakan wanita yang sinonim dengan kecantikan, Leuniey juga tidak terkecuali.
Mengimbas kembali momen ijab kabul pasangan sama cantik sama padan ini pada 28 Disember 2012, Leuniey ketika itu baru berusia 21 tahun. Selain berjaya menambat hati bintang bola sepak terkenal tersebut yang sedang berada di puncak kerjaya, kecantikan Leuniey mencuri tumpuan ramai.
Marian Rivera Gracia Dantes bukan hanya seorang wanita cantik tetapi juga memiliki latar belakang pendidikan yang baik. Tak dinafikan, keanggunan rupa paras Marian memikat setiap mata yang memandang. Bersandarkan kurniaan itu dan bakat seni yang dimiliki membuatkan aktres ini meraih populariti luar biasa dalam industri seni Filipina sejak zaman anak dara sehinggalah sudah pun bergelar ibu.
12 Ogos lalu genap 41 tahun usia Marian Rivera. Menjadi antara selebriti berjaya dan kaya di Filipina, dia melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila menggondol Best Actress Award Cinemalaya 2024.
Marian Rivera Genap 41 Tahun
Meniti usia 41 tahun, Marian menjadi inspirasi golongan wanita kerana pandai jaga penampilan diri dan kelihatan awet muda serta cantik. Pendek kata, persis anak dara. Pandai isteri Dingdong Dantes ini jaga badan!
Bersempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini, Marian memuat naik momen hari lahir di samping suami tercinta dan anak-anak tersayang.
“Celebrating 41 years of life today! Overflowing with gratitude to God for His blessings, love, and guidance. Here’s to more cherished moments and divine grace!”
Bertuah empunya badan dikurniakan pakej lengkap. Patutlah sering menjadi buruan jenama tempatan dan antarabangsa.
Marian dilahirkan pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol. Dia merupakan anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini yang memiliki pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas.
Bapa Marian merupakan warganegara Sepanyol manakala ibunya pula rakyat Filipina. Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.
Bakat Marian juga mula bersinar selepas kejayaan drama MariMar, Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Bahkan Marian juga ada bakat menyanyi. Sebelum ini Marian sudah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.
Marian Rivera berkahwin dengan aktor kacak Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Hasil perkongsian hidup hampir sedekad, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Maria Letizia dan Jose Sixto G Dantes IV.
Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas perniagaan bunga bungaan segar Flora Vida by Marian.
Selain perniagaan bunga segar, Marian juga mengeluarkan koleksi fabrik dan dekorasi kediaman rumah serta melancarkan jenama pakaian miliknya sendiri.
Miliki rambut sihat bersinar macam Marian Rivera di sini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.