Pastinya Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra kini sedang menghitung hari bergelar ibu. Dalam perkongsian di Instagram miliknya, isteri YTM Tengku Mahkota Kelantan ini kelihatan sarat hamil dan berseri-seri.
Tanggal 6 Jun lalu merupakan ulang tahun kelahiran Che Puan Sofie yang ke-37. Berkongsi perkembangan terkini bersama followers, beliau tampil anggun dalam persalinan jubah rona biru lembut dan berselendang.
Jelas terserlah wajah ‘glowing’ ibu hamil ini. Walau usia kandungan memasuki trimester tiga namun beliau kekal ceria dan mesra melayan rakyat jelata terutamanya ketika sambutan Aidilfitri lepas.
Sudah tentu pasangan ini menanti-nantikan detik kelahiran cahaya mata sulung mereka selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
Bersempena ulang tahun hari kelahiran, kongsi wanita cantik ini, “Happy birthday song, cake and flowers, what a lovely way to start the day together with my wonderful husband. Junjung kasih for always being there.”
Ads
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra bergelar isteri YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada 19 April 2019. Menginjak usia perkahwinan keempat, pasangan diraja ini bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi.
Difahamkan Che Puan Sofie ialah kenalan lama Tengku Mahkota Kelantan dan mereka bertemu di England.
Ads
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
18 Mac lalu, jelitawan ini mengumumkan berita kehamilan anak sulung dan dijangka bersalin Julai depan.
Beliau yang berasal dari Sweden berjaya menambat hati khalayak dengan penampilan yang anggun dan sopan.
Ads
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
Biarpun bukan dilahirkan di Malaysia dan menjalani perbezaan budaya sebelum bergelar suri hati Tengku Mahkota Kelantan namun bijak menyesuaikan diri.
Semoga ratu hati Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ini dikurniakan kesihatan yang baik dan urusan bersalin kelak berjalan lancar.
Risau melihat muka berminyak? Liang pori besar, berjerawat dan mekap pun susah melekap? Paling bimbang kalau kulit jenis sensitif, pantang salah pakai produk, mesti tiba-tiba jadi gatal dan tegang. Semua ini boleh diatasi dengan produk Hada Labo Oil Control Regime. Ramai dah amalkan sendiri dan percaya keberkesanannya dalam merawat masalah kulit.
Betul, gandingan tiga produk utama iaitu losen, serum dan pelembap Hada Labo Oil Control Regime terbukti berkesan melegakan rasa pedih dan kemerah-merahan pada kulit sensitif dan berjerawat. Selepas mencuba sendiri, penulis akui teksturnya sangat cepat meresap, tak melekit dan selesa digunakan.
Wanita pada usia 18 ke 35 tahun lazimnya sangat prihatin soal kecantikan kulit. Maklumlah waktu ini masing-masing sibuk dengan kerjaya dan rumah tangga. Jadi penggunaan produk penjagaan wajah yang ringkas seperti Hada Labo Oil Control Regime sangat penting, selain faktor harganya yang mampu milik dan mudah didapati.
Siapa yang sesuai gunakan produk ni? Sebenarnya semua individu yang mempunyai masalah kulit berminyak, berjerawat, berjeragat dan sensitif boleh gunakan rangkaian Hada Labo Oil Control Regime untuk pulihkan kondisi kulit. Dengan cara yang betul, kesan efektif akan dapat dirasai dari semasa ke semasa.
Jadi bagi anda yang mempunyai masalah-masalah di atas, inilah produk yang dicari-cari untuk merawatinya. Penulis sendiri dah cuba setiap satu produk Hada Labo Oil Control Regime dan kesannya memang hebat! Yang penting ikut langkah-langkah di bawah serta konsisten pakai sehingga dapat kulit yang diidamkan.
Langkah 1: Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion
Mempunyai fungsi dua dalam satu iaitu menentang jerawat dan mengembalikan keseimbangan minyak serta lembapan dalam kulit.
Blemish & Oil Control Hydrating Lotion diperkaya dengan ekstrak tumbuhan semula jadi seperti ekstrak Pear Barli, Ekstrak Bunga Chamomile dan asid hyaluronik. Dengan pemakaian losen ini dapat membantu melegakan kemerahan pada kulit sensitif berjerawat, melembap dan melembut sepanjang hari.
Menariknya, tekstur losen ini sangat ringan dan tak melekit. Ratakan Blemish & Oil Control Hydrating Lotion ke serata wajah selepas membersihkan kulit. Caranya, tuang di atas tapak tangan dan ratakan ke seluruh wajah hingga meresap.
Blemish & Oil Control Hydrating Lotion ini juga sesuai dijadikan produk persediaan untuk memaksimumkan penyerapan produk seterusnya.
Inilah serum terbaik dan paling berkesan untuk merawat kulit anda. Diperkaya dengan kompleks Centella Asiatica dan empat jenis asid hyaluronik, serum ini melembap hingga ke dasar dan mengunci lembapan kulit.
Ia melegakan kerengsaan pada kulit sensitif berjerawat disamping memulihkan kulit.
Apabila dioleskan ke kulit, memang terasa teksturnya yang amat ringan dan pantas meresap. Bayangkan kulit muka terasa sangat segar dan anjal selepas disapu dengan serum ini.
H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum juga bebas alkohol, pewangi, minyak mineral dan pewarna. Ia sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak dan kulit sensitif berjerawat.
Langkah 3: Hada Labo Hydrating Snow Dew
Sangat lembut dan berkrim seperti sorbet, tekstur Hydrating Snow Dew sebenarnya sangat ringan dan tidak membuatkan kulit rasa melekit. Krim pelembap ini juga sangat cepat meresap!
Bagaikan salju, krim pelembap Hydrating Snow Dew dengan ekstrak Hatomugi berupaya membekalkan lembapan secukupnya untuk sepanjang hari.
Diformulasikan dengan Ceramide, empat jenis asid hyaluronik, Pati Lilac dan Swiss Edelweiss, pelembap wajah ini mempunyai pelbagai kebaikan untuk kulit. Antaranya meningkatkan pertahanan kulit daripada ancaman alam sekitar seperti asap dan habuk pencemaran.
Kulit juga ketara lebih lembut dengan penampilan liang pori lebih halus dan segar. Inilah regimen langkah demi langkah mudah sepantas 5 minit untuk mengatasi masalah kulit muka sensitif berminyak.
Jangan lupa yang pertama, cuci bersih wajah dan mulakan penjagaan dengan mengoles Blemish & Oil Control Hydrating Lotion. Kemudian ikuti dengan H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum bagi memaksimakan lagi penyerapan serum.
Akhir sekali sapukan pelembap wajah Hydrating Snow Dew untuk memastikan kulit kekal lembap dan lembut sepanjang masa.
Dah sedia nak rawat masalah kulit sensitif berminyak?
Untuk mendapatkan produk Hada Labo Oil Control Regime, kunjungi gedung farmasi berdekatan seperti Watsons, Guardian atau klik je link SINI.
Kalau tengok susuk tubuh ramping dan rupa parasnya pasti ada yang beranggapan umur penyampai radio ini berada dalam lingkungan lewat 20an. Hakikatnya, Aishah Jennifer Mohamed Sinclair bakal mencecah usia 40 tahun pada Oktober nanti. Memang awet muda dan cantik orangnya!
Bergelar ibu kepada dua orang anak, Aishah Sinclair merupakan anak kepada pasangan Mohamad Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman. Bapanya berketurunan Inggeris sementara ibu Aishah pula keturunan Melayu. Jadi, tidak hairanlah bintang Gol & Gincu ini kekal cantik. Mewarisi gen cantik kedua-dua ibu bapa rupa-rupanya. Malah adik-beradik lelaki Aishah juga iaitu allahyarham Ashraf Sinclair dan Adam Sinclair yang juga suami penyanyi Yuna juga memiliki rupa paras yang kacak.
Difahamkan Aishah juga gemar menjalani gaya hidup aktif dengan menyertai pelbagai program larian dan marathon. Hobi itu dikatakan mula terbit sejak dia menemani bapa tersayang suatu ketika dulu. Sehingga ke hari ini Aishah telah menyertai lima marathon di peringkat luar negara dan tiga daripadanya di Jepun. Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah menyertai ekspedisi mendaki Everest Base Camp kira-kira tiga tahun lalu.
Mendirikan rumah tangga bersama Sheikh Abdul Shahnaz pada tahun 2006, perkahwinan Aishah dan suami lebih bermakna dengan kehadiran dua puteri comel mereka iaitu Soraya Ann dan Aina Elisabeth. Bahkan ketika sesi fotografi Nona 3 Dekad sekitar tujuh tahun lalu, Aishah banyak bercerita tentang anak tersayang. Selain terbuka berkongsi sisi peribadi, graduan Komunikasi dan Media dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini juga seorang yang bercita-cita tinggi dan mesra.
Berikut antara pendedahan Aishah kepada Nona sewaktu menjalani edisi eksklusif Nona 3 Dekad tahun 2013!
Petua kecantikan anda?
Saya menggunakan pencuci, pembersih dan pelembap wajah untuk menjaga kesihatan kulit muka. Selain itu, demi memastikan kesihatan yang baik saya akan minum air putih
secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari dan melakukan senaman. Memandangkan kulit saya sangat sensitif terhadap matahari, saya turut mengamalkan pemakaian bedak sejuk.
Inspirasi anda?
Dalam dunia fesyen, saya meminati Audrey Hepburn. Manakala bekas wartawan perang CNN, Christiane Amanpour pula adalah individu yang saya kagumi untuk dijadikan sebagai
contoh dalam kerjaya. Sikap berani dan komited beliau begitu menarik perhatian saya.
Kehidupan peribadi anda…
Saya berasa amat bersyukur dan bahagia kerana dikurniakan puteri sulung, Soraya Ann. Kehidupan saya lebih bermakna sejak kehadiran Soraya yang menyerikan lagi rumah tangga kami sekeluarga.
Fesyen pilihan?
Simple & Comfort! Saya gemar mengenakan jacket, jeans dan shirt untuk gaya harian dengan penggayaan warna seperti hitam, kelabu, putih atau coklat.
YouTuber dan Vlogger terkenal, FaaFirds yang berusia 24 tahun ini sering menjadi perhatian kerana sering berkongsi koleksi video menarik berkaitan kecantikan, fesyen dan kosmetik khususnya berjenama antarabangsa.
FaaFirds atau sebenarnya, Nurfarhanah Ahmad Firdaus mula aktif berkongsi video di socmed sejak usianya 19 tahun. Bagi FaaFirds ia bukan sekadar memberi kepuasan terhadap minatnya sendiri malah dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat sebagai seorang instafamous terkenal.
“Saya seorang yang berani mencuba perkara baru seperti gaya solekan dan fesyen. Saya sering katakan kepada diri sendiri, kalau bukan sekarang bila lagi nak mencuba? Kita tak akan selamanya muda, bukan? Inilah masanya dan selagi ia mengikut syariah serta tak keterlaluan bagi saya tiada masalah.
Untuk kekal cantik, saya ada mengamalkan rutin penjagaan wajah tersendiri. Setiap malam saya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk lakukan 13 step wajib sebelum tidur.
Belajar dari pengalaman, sebelum ini wajah dan mata saya pernah bengkak macam kena tumbuk gara-gara mengambil mudah soal penjagaan wajah sehingga terpaksa dimasukkan ke emergency room (ER). Doktor kata ada reaksi alergi kerana saya mencuba terlalu banyak produk dalam satu masa.
Disebabkan itu, saya terpaksa berehat selama tiga bulan,” kongsi FaaFirds yang turut mengamalkan petua bedak sejuk yang dikongsi oleh Mamanya yang berketurunan Cina. FaaFirds mengamalkannya sejak berusia 12 tahun.
Manakala inspirasi fesyen saya ialah Scha Al-Yahya. Walaupun gayanya ringkas namun very edgy. Stail Scha memang chill dan fashionable. Pakai apa pun tetap nampak cantik dan terletak. Idola luar negara pula ialah instafamous kelahiran Arab, Maria Alia yang gemar menyarungkan turban.
Seorang lagi idola saya ialah Lina Alghouti yang sering tampil dengan imej ‘maskulin’ melalui keunikannya berpakaian,” kongsi anak sulung daripada enam beradik ini yang fasih berbahasa Mandarin.
Kredit Foto: Instagram FaaFirds
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!