Gaya Hidup

Bersalin Tanpa Jahitan & Tiada Stretch Mark, DATIN HAJJAH FOUZIAH GOUS Dedah Rahsia!

Wow, dua kali hamil dan bersalin… Datin Hajjah Fouziah Gous tak mengalami stretch mark. Paling mengagumkan, kedua-dua proses bersalin tersebut dipermudahkan dan tanpa jahitan. Bertuah ibu muda ini. Mesti ramai kaum ibu dan wanita di luar sana tertanya-tanya amalan Datin Hajjah Fouziah. Mana tahu, mungkin amalan tersebut juga berkesan untuk mereka yang bakal bergelar ibu.

Tidak lokek berkongsi rahsia, isteri kepada Dato’ Haji Md Zhafran Md Yusof ini melontar bicara. “Ramai orang tak tahu masa saya pregnant, saya minum sarang burung pure

FG Walet premium setiap hari. Saya cakap macam ni bukan sebab nak jual barang tapi hakikatnya ia menjadikan kita tak ada water retention.

Bila mengandung, the most important thing is water retention dan buat anda bloated. Nak kurus balik lepas beranak tu dah susah. Jadi, anda kena elakkan water retention. Itu yang paling penting masa anda mengandung.

Satu lagi masa mengandung stretch mark memang langsung tak ada. Perut pun macam tak ada apa-apa dan saya bersyukur sangat. Kuasa Allah, saya beranak dua orang secara normal dan tak ada jahit.

Alhamdulillah, semuanya normal dan my recovery very fast. Jujurnya saya tak rasa macam saya dah beranak pun. Salah satu petuanya, masa mengandung pastikan kita ambil tahu tentang water retention..

kaji kebaikan sarang burung. Macam saya sendiri, sepanjang tempoh tu saya tahu apa yang saya ambil dan minum setiap pagi dan malam.”

Bukan seorang yang gemar pengambilan suplemen berbentuk tablet, Datin Hajjah Fouziah juga mengakui beliau seorang yang sangat mementingkan waktu berpantang. “No ice means no ice. Sampai hari ini saya tak makan laksa dan pantang pulut setahun. Bukannya soal sama ada nak nampak kurus ke tidak. Luaran memang kita dah rasa sihat tapi dalaman mesti kena jaga.

Saya sendiri sepanjang 100 hari memang air sejuk saya tak sentuh langsung. Other than that, selama 44 hari juga saya akan pastikan saya ikut apa yang disarankan oleh orang-orang dulu.

Saya pakai bengkung, bertungku.. jangan buatkan waktu berpantang anda rasa bosan dan usah torture

diri. Boleh pelbagaikan makanan berpantang contohnya salmon. Kita boleh sediakan dengan cara yang sihat dan pakai olive oil. Benda berangin jangan makan,” ujarnya lagi.

Jelas usahawan ini, jika amalkan semua ini secara konsisten.. impian untuk memiliki tubuh idaman seperti zaman anak dara dan dalam masa sama menikmati gaya hidup yang sihat, bukan lagi angan-angan. Semuanya terletak pada diri sendiri.

 

 

 

IKLAN
Share