Wow, dua kali hamil dan bersalin… Datin Hajjah Fouziah Gous tak mengalami stretch mark. Paling mengagumkan, kedua-dua proses bersalin tersebut dipermudahkan dan tanpa jahitan. Bertuah ibu muda ini. Mesti ramai kaum ibu dan wanita di luar sana tertanya-tanya amalan Datin Hajjah Fouziah. Mana tahu, mungkin amalan tersebut juga berkesan untuk mereka yang bakal bergelar ibu.
IKLAN
Tidak lokek berkongsi rahsia, isteri kepada Dato’ Haji Md Zhafran Md Yusof ini melontar bicara. “Ramai orang tak tahu masa saya pregnant, saya minum sarang burung pure FG Walet premium setiap hari. Saya cakap macam ni bukan sebab nak jual barang tapi hakikatnya ia menjadikan kita tak ada water retention.
Bila mengandung, the most important thing is water retention dan buat anda bloated. Nak kurus balik lepas beranak tu dah susah. Jadi, anda kena elakkan water retention. Itu yang paling penting masa anda mengandung.
Satu lagi masa mengandung stretch mark memang langsung tak ada. Perut pun macam tak ada apa-apa dan saya bersyukur sangat. Kuasa Allah, saya beranak dua orang secara normal dan tak ada jahit.
Alhamdulillah, semuanya normal dan my recovery very fast. Jujurnya saya tak rasa macam saya dah beranak pun. Salah satu petuanya, masa mengandung pastikan kita ambil tahu tentang water retention.. kaji kebaikan sarang burung. Macam saya sendiri, sepanjang tempoh tu saya tahu apa yang saya ambil dan minum setiap pagi dan malam.”
IKLAN
Bukan seorang yang gemar pengambilan suplemen berbentuk tablet, Datin Hajjah Fouziah juga mengakui beliau seorang yang sangat mementingkan waktu berpantang. “No ice means no ice. Sampai hari ini saya tak makan laksa dan pantang pulut setahun. Bukannya soal sama ada nak nampak kurus ke tidak. Luaran memang kita dah rasa sihat tapi dalaman mesti kena jaga.
Saya sendiri sepanjang 100 hari memang air sejuk saya tak sentuh langsung. Other than that, selama 44 hari juga saya akan pastikan saya ikut apa yang disarankan oleh orang-orang dulu.
IKLAN
Saya pakai bengkung, bertungku.. jangan buatkan waktu berpantang anda rasa bosan dan usah torture diri. Boleh pelbagaikan makanan berpantang contohnya salmon. Kita boleh sediakan dengan cara yang sihat dan pakai olive oil. Benda berangin jangan makan,” ujarnya lagi.
Jelas usahawan ini, jika amalkan semua ini secara konsisten.. impian untuk memiliki tubuh idaman seperti zaman anak dara dan dalam masa sama menikmati gaya hidup yang sihat, bukan lagi angan-angan. Semuanya terletak pada diri sendiri.
Happy birthday Dato’ Jamal Abdillah! Aura Jamal Ubaidillah Ali atau lebih dikenali sebagai Dato’ Jamal Abdillah nyata cukup besar. Tampil penuh gaya, seniman lagenda tanah air ini berjaya membuatkan setiap mata yang memandang terpegun dengan karisma beliau.
Lebih 40 tahun bergelar anak seni, Dato’ Jamal Abdillah sudah pun berada dalam kelas tersendiri!
Tanggal 7 Mei, genap 64 tahun usia penyanyi kelahiran Perak ini. Meniti usia tersebut, pelbagai kejayaan diraih Dato’ Jamal. Tidak hanya karier seni bahkan juga perniagaan.
Apatah lagi, dia merupakan bapa kepada enam cahaya mata dan baru saja menyambut kelahiran bayi bongsu pada Ramadan lepas yang diberi nama Rahil Laura Salsabila Yamani.
Bersempena hari lahir ke-64, ratu hati Dato’ Jamal iaitu Datin Zai Izzati tidak ketinggalan menitipkan ucapan romantis buat suami tercinta.
Kongsinya di media sosial, “Today it’s your day. Barakallah Fii Umrik.. berbahagialah suamiku. Semoga awak terus menjadi kebahagiaan saya, imam saya, suami yang paling best, daddy yang hebat dan penyayang.
Panjang umur dan sihat selalu. Semoga dimurah rezeki awak besar bumi hingga Pluto. Aamiin.
Happy birthday to the man who has the best looking wife in the world!!”
Dato’ Jamal mendirikan rumah tangga dengan Datin Zai Izzati pada 1 April 2017 yang juga perkahwinan keempatnya.
Pasangan ini dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, Iskandar Rayyan Yamani, dan Rahil Laura Salsabila Yamani.
Melalui perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu penyanyi, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.
Selain menyanyi, Dato’ Jamal juga sebenarnya seorang usahawan. Tidak bergantung kepada kerjaya seni semata-mata, dia memanfaatkan populariti dirinya untuk melangkah maju dalam dunia perniagaan.
Khabarnya Dato’ Jamal sudah pun mengeksport produk perniagaan ke pasaran luar negara.
“Sebenarnya saya sudah pun menceburi bidang perniagaan sejak tahun 2009. Saya ada mengusahakan kolam penternakan ikan Arowana di Bukit Merah, Perak. Sehingga kini sudah pun mempunyai 20 kolam. Banyak bidang saya dah ceburi sebenarnya.
Bagaimana pun penternakan ikan Arowana tersebut pada mulanya hanya sekadar hobi tapi lama-kelamaan mendatangkan hasil lumayan. Jadi saya teruskan sampai sekarang.
Saya ada satu lagi syarikat yang dinamakan DJA Worldwide yang mengeluarkan produk lelaki dan wanita.”
Perkataan diet sangat berbeza mengikut persepsi individu. Ada yang mahu kurus dengan menyekat pengambilan nasi, ada yang mengamalkan diet protein dan tidak kurang juga yang menyekat semua makanan masuk ke dalam tubuh.
Diet Eat Clean kini mula menjadi trend yang hangat diperkatakan. Apakah eat clean sebenarnya?
Menurut Pakar Nutrisi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Munirah Mohd Nasir, budaya Eat Clean mula dipopularkan di Amerika Syarikat oleh seorang Pakar Diet, Tosca Reno.
Walau bagaimanapun, konsep eat clean ini bukan sesuatu yang baru dan ia lebih kepada tabiat pemakanan sihat.
Eat clean adalah konsep memilih pilihan makanan yang lebih sihat dalam setiap kumpulan makanan dan mengelakkan makanan yang tinggi kandungan lemak, tinggi gula, tinggi garam serta makanan diproses.
Amalan eat clean ini juga merangkumi makan makanan seimbang, pelbagai dan sederhana juga merangkumi kelima-lima kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
Ini bermakna eat clean adalah amalan makan secara sihat untuk mendapat gabungan nutrien penting dan tenaga dengan sempurna untuk melakukan aktiviti harian. Tiada satu pun jenis makanan dapat memberi kesemua tenaga, nutrien dan komponen makanan yang kita perlukan.
Setiap kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia mempunyai perbezaan dari segi fungsi dan kebaikan. Dalam amalan eat clean, pemilihan makanan yang lebih sihat diutamakan dalam setiap kumpulan makanan. Antara amalan eat clean adalah:
Pemilihan karbohidrat kompleks dan produk berasaskan bijirin penuh daripada karbohidrat ringkas.
Pengambilan dua sajian buah-buahan dan tiga sajian sayur-sayuran sehari.
Pengambilan sumber protein dengan cara masakan yang lebih sihat tanpa penggunaan minyak yang banyak.
Pengambilan makanan dalam kuantiti yang sederhana berdasarkan kepada saiz hidangan yang disarankan untuk setiap kumpulan makanan.
Tidak mengambil makanan yang tinggi kalori, lemak, garam dan gula. Terdapat banyak makanan yang tinggi kalori tetapi rendah kandungan nutrien yang lain.
Tidak mengambil makanan yang diproses tetapi lebih kepada pengambilan makanan yang segar atau menggunakan cara masakan yang lebih sihat seperti panggang, stim, rebus dan bakar.
“Eat clean boleh diamalkan oleh semua orang pada setiap peringkat umur kerana ia adalah lebih kepada amalan makan secara sihat. Jadi, tidak semestinya wanita sahaja yang perlu mengamalkan eat clean.
Walau bagaimanapun, apabila seseorang wanita mengamalkan eat clean, secara tidak langsung, wanita itu boleh juga memainkan peranan untuk menanam tabiat gaya hidup sihat kepada keluarga terutama anak-anak sejak kecil. Contohnya melalui penyediaan hidangan yang berkhasiat kepada keluarga,” ungkapnya.
Eat clean atau makan secara sihat ini adalah kunci kepada pengekalan berat badan yang sihat dan pencegahan penyakit berkaitan pemakanan. Ia juga berkesan menurunkan berat badan dengan konsisten dan berkekalan.
Berat badan berlebihan atau obesiti akan memberi kesan kepada beberapa organ dalaman dan bahagian badan anda, seterusnya memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang.
Tambah Munirah, eat clean tidak mempunyai keburukan. Tetapi, masyarakat perlu diingatkan, formula untuk kekal sihat adalah menyeimbangkan antara amalan makan secara sihat dan aktiviti fizikal. Kedua-dua perkara ini adalah sama penting.
Jadi walaupun mengamalkan eat clean, masyarakat masih perlu mengamalkan senaman atau aktiviti fizikal sebaik-baiknya setiap hari, sekurang-kurangnya 30 minit. Tidak ada jalan pintas untuk menjadi sihat, semua orang sama ada muda atau tua, harus mengamalkan tabiat makan secara sihat dan gaya hidup yang aktif setiap hari.
“Memang tidak dinafikan ada segelintir wanita yang obses dengan eat clean. Ini mungkin kerana mereka terlalu ingin cepat kurus sehingga mereka lupa ini bukanlah sesuatu yang hanya dilakukan untuk mendapat berat badan yang ideal.
Tetapi, ia adalah tabiat makan secara sihat yang perlu diamalkan secara berterusan untuk kekal sihat dan salah satu langkah pencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit (diabetes, darah tinggi dan sakit jantung),” tegasnya.
Kadang-kadang terasa ingin makan makanan yang telah disekat sehingga digelar cheat day. Adakah cheat day boleh mengganggu atau mengganggu rutin eat clean? Prinsip asas dalam amalan makan secara sihat atau eat clean adalah dengan mengawal pengambilan kalori.
“Kalau anda teringin makan sesuatu yang tinggi lemak, contohnya seperti kek coklat, anda perlu tahu yang pada hari tersebut anda perlu tingkatkan aktiviti fizikal agar keseimbangan tenaga dapat dicapai untuk membakar lebihan kalori. Prinsip asas iaitu keseimbangan tenaga boleh membantu ke arah mengekalkan berat badan ideal dan pengambilan makanan yang lebih sihat.
“Walau bagaimanapun, cheat day tidak boleh sering dilakukan, kerana ditakuti akan menjadi kebiasaan. Jika pengambilan makanan harian anda kerap melebihi aktiviti fizikal yang anda lakukan, anda akan mengalami pertambahan berat badan dan boleh mengakibatkan obesiti. Ini seterusnya boleh meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, jantung dan darah tinggi,” ungkapnya.
Eat clean boleh diamalkan oleh semua orang walaupun mempunyai penyakit seperti diabetes, jantung dan darah tinggi. Secara ringkas, amalan yang ditekankan dalam eat clean iaitu pengambilan karbohidrat kompleks dan pengurangan makanan yang tinggi gula seperti minuman manis adalah bersesuaian dengan amalan diet yang patut diamalkan oleh pesakit diabetes.
Tidak mengambil makanan yang tinggi kandungan garam pula adalah sesuai dengan pesakit darah tinggi dan tidak mengambil makanan yang tinggi lemak baik untuk pesakit jantung. Walau bagaimanapun, pesakit perlu mendapatkan Khidmat Runding Cara Pemakanan yang tepat daripada doktor atau pakar pemakanan. Hamizatul Maizan Mohamed
Mewahnya bilik tidur anak Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki. Berbeza daripada warna cliche bayi lelaki yang selama ini sinonim dengan rona biru, pasangan romantis ini memilih tona kelabu sebagai hiasan ruang tidur bakal cahaya mata mereka sekaligus menyerlahkan sisi mewah dan tenang. Iya, bukan anak yang bakal lahir itu nanti saja rasa tenang… bahkan bakal ibu ayah ini juga dapat selesakan diri dalam ruang tersebut biarpun terpaksa berjaga pada waktu malam!
Pada 25 April lalu, pelakon Anzalna Nasir dan suami merungkai teka-teki tentang gender anak mereka dalam satu majlis khas dan akhirnya mendedahkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.
Menurut usahawan Anzel Hair ini lagi, sejak tahun 1993 keluarganya menunggu kehadiran cahaya mata atau cucu lelaki. Ini kerana Anzalna dikurniakan adik-beradik yang kesemuanya perempuan termasuk 3 anak saudaranya yang juga perempuan.
Berkongsi dekorasi dan video bilik tidur anak di media sosial, Anzalna yang nyata teruja menanti cahaya mata sulung turut memerah keringat menghasilkan lukisan sendiri sebagai perhiasan di bilik itu nanti. Kagum tengok hasil lukisan Anzalna. Memang berbakat!
Terbaru, menerusi entri yang dikongsikan jelitawan ini… Anzalna ada memuat naik video memaparkan keseluruhan bilik indah berkenaan. Dalam nada berseloroh, finalis Dewi Remaja ini berkata… “Kami sudah bersedia untuk berjaga malam Boss dan lakukan apa saja!”
Sejak mengetahui dirinya sudah berbadan dua, Anzalna sudah buat bermacam-macam perancangan untuk menyambut kehadiran ‘orang baru’ dan salah satu daripadanya ialah dengan menghasilkan kira-kira empat buah lukisan untuk dihias dalam bilik anak lelakinya nanti. Cukup sentimental dan penuh kasih sayang.
Demi merealisasikan impian untuk menyediakan ruang yang eksklusif, mewah dan selesa… Anzalna telah mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman, Aifurd Living.
Diserikan dengan perabot dan perhiasan kaca serta dua lampu tidur di sisi katil, dekorasi bilik turut menggabungkan warna putih dalam pemilihan cadar, langsing dan baby cot.
Ternyata, Anzalna mempunyai cita rasa yang tinggi dalam seni hiasan kediaman. Tampak lain daripada lain. Boleh dijadikan juga contoh dekorasi bilik untuk bayi bagi mereka yang bakal menimang cahaya mata.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...