Umum mengetahui pelakon terkenal, Datin Lisa Surhani ketika ini dkhabarkan sedang mengerjakan umrah bersama suami tersayang, Datuk Yusry Abdul Halim sejak tiga hari lepas. Jika dilihat pada akaun Instagramnya, LIsa tak lokek dan sering berkongsi aktiviti sewaktu di Tanah Suci untuk tatapan peminat dan warga maya.
Dalam hantaran terbaru pelakon filem Instanbul Aku Datang dan Pisau Cukur itu, Lisa ada memuatnaik beberapa gambar bersama suami dengan berpakaian ihram berjalan dipercayai di sebuah stesen keretapi.
Menariknya, penampilan Lisa yang sederhana, mulus tanpa secalit solekan benar-benar menyerlahkan seri wajahnya membuatkan warga maya teruja dan mengakui tenang melihat wajah pelakon tersebut.
Ads
Ads
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas positif ke hantaran yang dibuat oleh Lisa kerana wajahnya yang cukup bersih dan berseri. Mereka turut mendoakan agar pasangan selebriti kesayangan mereka mendapat umrah yang mabrur serta terus diberkati dunia dan akhirat.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ikon antarabangsa yang cukup terkenal, Audrey Hepburn merupakan salah seorang selebriti paling terkenal sepanjang masa, malah hingga kini namanya sering disebut oleh pencinta seni dunia.
Tidak hanya bersandarkan pada wajah yang cantik semata-mata, kemampuannya untuk menunjukkan bakat yang dimiliki memang tidak dapat dinafikan. Malah, beliau juga seorang dermawan yang amat disegani.
Meninggal pada tahun 1993, Hepburn ternyata telah mewariskan kecantikannya pada cucunnya, Emma Kathleen Hepburn Ferrer.
Meskipun Emma tidak sempat berjumpa dengan neneknya, Ferrer membesar dengan baik dan memperoleh atau mewarisi kecantikan Audrey. Sikap lemah lembut dan baik hati yang dimilikinya juga persis neneknya.
Ferrer dilahirkan pada 1994 di Swiss dan telah berpindah ke Los Angeles pada usia 4 tahun. Namanya menjulang naik pada tahun 2014 ketika dia mengambil bahagian dalam pemotretan untuk mengenang Hepburn dari mulai gambar paling berkesan dan sejarahnya bersama Harper’z Bazaar.
Mengikuti jejak si nenek, Ferrer juga memiliki komitmen untuk turut menyalurkan bantuan pada pihak memerlukan atas nama kemanusiaan. Ferrer tercatat sebagai duta besar Amerika Serikat untuk UNHCR iaitu organisasi di bawah naungan PBB.
Selain itu, Ferrer juga benar-benar meniru jejak langkah Hepburn untuk bekerja di UNICEF. Tidak hanya bakat seni dan empati yang begitu besar diwariskan pada Ferrer, beberapa barang berharga Hepburn juga turun pada cucu cantiknya tersebut.
Di antara barang bersejarah tersebut ada kasmir Ralph Lauren turtleneck dan kalung hati emas milik Hepburn yang kini diwariskan pada Ferrer.
Nenek dan cucu ini ternyata sama-sama cantik dan seorang pejuang kemanusiaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedar tak sedar, heroin drama Korea popular ‘Autumn in My Heart’ Song Hye-kyo kini sudah pun mencecah usia 43 tahun.
Tidak dinafikan pesonanya sering memukau pandangan. Figura bertubuh genit ini dianggap cukup bertuah kerana memiliki kecantikan semula jadi biarpun tanpa solekan. Tambahan pula, dengan potongan bentuk badan yang langsing membuatkan ramai yang cemburu.
Bukan sekadar itu, peminat begitu teruja serta tidak henti-henti memuji kejelitaan bintang Korea Selatan ini yang dikatakan tidak dimamah usia.
Berikut 6 amalan kecantikan Song Hye-kyo:
1. BERSENAM
Sering melakukan senaman yoga dan kardio bagi mengekalkan kesihatan.
Aktif berolahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.
2. URUT WAJAH DENGAN AIS
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing.
Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah itu juga berkesan untuk mengurangkan kesan sembab pada wajah akibat kurang tidur.
3. GUNA PRODUK PERAWATAN WAJAH ANTI PENUAAN
Atas nasihat ibunya, Song Hye-kyo mengamalkan produk anti penuaan sejak usianya masih muda.
Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.
4. MAKAN BUAH, SAYUR & AIR MINERAL
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat.
Buah-buahan dan sayur-sayuran memang wajib ada dalam diet hariannya terutama labu.
5. AMALKAN MASKER CAMPURAN PUTIH TELUR & MADU ASLI
Seterusnya, Song Hye-kyo turut merawat wajahnya dengan masker yang diperbuat daripada bahan-bahan dapur. Ramuan masker kegemarannya ialah campuran putih telur serta madu asli.
Song Hye-kyo pertama kali debut sebagai watak utama dalam drama ‘Autumn in My Heart’ memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin.
Dia sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995.
Kredit Foto: Instagram Song Hye-kyo
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka dalam usia 56 tahun penampilan Ziana seperti tidak dimamah usia, masih cantik dan langsing. Tidak dinafikan selebriti ini dari dahulu sehingga sekarang menjaga kecantikan dak kesihatan dirinya.
Penampilan selebriti ini setiap kali muncul di khalayak ramai pasti menarik perhatian ramai. Sentiasa kelihatan fit dan bertenaga, malah kejelitaan wajahnya juga turut terserlah.
Untuk kekal dalam industri pastinya penampilan seseorang itu juga perlu dititiberatkan, begitu juga ibu kepada empat orang anak ini. Siapa sangka artis lokal yang bertaraf antarabangsa ini masih mengamalkan petua lama untuk menjaga kecantikan wajah.
Menurutnya lagi dalam satu temubual bersama Intrend penampilan dan kecantikan wajahnya dijaga oleh abahnya. Seorang lelaki yang sentiasa menjadi tulang belakang kerjayanya iaitu abah.
“Abah yang ajar cara untuk menjaga wajah! Menjaga kulit sejak belasan tahun lagi. Ziana berterima kasih kepada Abah yang dari dulu selalu mengingatkan anak- anaknya tentang penjagaan diri dan kebersihan.
“Penjagaan kulit dari awal usia itu penting kalau mahu kualiti kulit yang baik pada masa hadapan. Disiplin itu penting!
“Masker muka dan minyak kepala sendiri, antara petua Abah yang sampai sekarang Ziana Zain amalkan. Masker muka yang dibuat oleh abahnya, mudah sahaja dengan rendamkan beras semalaman. Kemudian, kisar sehingga hancur dan gaul dengan putih telur. Biarkan di muka!
“Rambut pula, kalau dulu, Abah masak minyak kelapa sendiri. Kemudian, campurkan dengan daun pandan atau bunga melur lalu dilumurkan ke kepala. Bagus untuk melebat dan menghitamkan rambut,” jelasnya.
Berstatus ibu tunggal, Ziana Zain tetap aktif di pentas seni. Malah setiap persembahannya penuh bertenaga. Pasti Ziana Zain mempunyai persiapan dan penjagaan diri bagi mengekalkan kesihatannya.
“Amalkan minum jus segar seperti timun dan epal hijau setiap pagi, sekurang-kurangnya minum jus hijau seperti timun atau epal hijau untuk kekal bertenaga. Kemudian, Ziana hanya ambil sarapan ringkas seperti dua keping roti. Tengah hari dan malam, biasanya jarang ambil nasi, cukup sekadar sayur- sayuran atau lauk.
“Badan mesti aktif! Kalau tak bersenam, paling penting lari keliling rumah, janji peredaran darah perlu lancar.
“Badan mesti aktif! Sekiranya tidak bersenam di gimnasium pun, berlarilah keliling rumah. Kak Ziana lakukan ini dengan lebih kerap apabila ada persembahan atau program penting,” kongsinya lagi. Penting bagi seorang penyanyi menjaga kualiti suara, bagi Ziana dia tidak pernah sentuh ais, melainkan terlalu teringin,” tambahnya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Jumaat Terakhir Rejab mengingatkan umat Islam tentang malam Israk dan Mikraj. Ketahui 3 amalan ringan yang sahih dan menenangkan jiwa, khusus buat wanita.