Berusia 33 Tahun, Personaliti Diraja Brunei YTM PENGIRAN ANAK ISTERI PENGIRAN ANAK SARAH Curi Tumpuan!

Pernah mendapat julukan majlis perkahwinan ‘Asian Wedding of the Year’ kira-kira 16 tahun yang lalu, pesona Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah masih menjadi bualan hingga ke hari ini. Tidak hanya dikurniakan rupa paras lembut menawan… Pengiran Anak Sarah turut menjadi tumpuan di negara ini kerana penampilan baginda yang mempesona di samping tingkah laku yang sarat dengan nilai wanita Timur.

Diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.

Mengimbas kembali detik bersejarah majlis perkahwinan gilang-gemilang Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, pasangan diraja ini mengenakan busana rona biru yang turut menyaksikan ia dihadiri orang kenamaan, keluarga diraja asing di Istana Nurul Iman.

Kedua-dua pasangan diraja ini dibawa menaiki kereta open-topped Rolls-Royce dan mengelilingi seluruh Bandar Seri Begawan sambil disambut masyarakat di sepanjang jalan. Hasil perkahwinan selama hampir 16 tahun, baginda berdua dikurniakan dua putera iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman serta dua puteri, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

Pada awal Februari 2020, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menyaksikan hari terakhir Kejohanan Renang Sprints Brunei ke-7 yang berlangsung di Kolam Renang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Dua tahun lalu, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berkolaborasi dengan usahawan wanita Malaysia, Datin Vivy Yusof yang merupakan pengasas The Duck
Group dan FashionValet bagi menghasilkan empat koleksi skaf edisi terhad iaitu The Royal Duck.

 

 

Kredit foto: Instagram Brunei Royal Family & Sarhmhtdee

IKLAN
Share