Biasan Gaya Klasik Dalam Koleksi Diane Von Furstenberg Musim Bunga 2018

171

Persembahan fesyen musim bunga 2018 jenama ini yang di ketuai oleh pengarah kreatif Jonathan Saunders mencedok aura stail pemakaian 70-an dengan suntikan masa kini menerusi penggunaan fabrik-fabrik berteraskan teknologi moden. Apa yang menariknya tentang jenama ikonik ini adalah keindahan koleksi yang siap untuk dipakai oleh pembeli fesyen dek rekaannya yang tidak terlalu bereksperimentasi serta memiliki sentuhan corak dan warna yang menarik.

Apabila berbicara soal corak dan warna DVF sememangnya satu jenama yang sentiasa mementingkan perihal cita rasa wanita, jadi pemilhan rona untuk musim ini dilihat bertemu dalam dua dimensi yang mana ada rona-rona gelap dimadu ceria dengan rona-rona terang. Corak yang direka juga cukup feminin dengan sentuhan lakaran garis grafik dan juga floral menjadi tunjang cetakan pilihan.

Dari segi siluet pula, aura 70-an jelas tertancap menerusi gaya longgar selain gaun dengan potongan ‘handkerchief-hem’ dihujung jelas memancarkan gaya era tersebut. Tiada gaya gaun wrap yang merupakan gaun ikonik DVF bagi musim bunga 2017 ini, namun ada perincian yang menarik perhatian iaitu fringe yang disuntik indah pada sesetengah blaus dan juga gaun.

 

Jangan Lupa Komen