Dia sememangnya seorang wanita yang cantik! Dikurniakan hidung mancung, sepasang mata cantik, bibir mungil dan kening cantik terukir, pesona aktres popular Filipina ini nyata memukau. Berusia 37 tahun, raut wajah sempurna dan penampilan langsing Marian mampu membuatkan peminat memandangnya berkali-kali. Tak hairanlah ibu dua anak ini pernah dinobat selebriti wanita paling seksi di Filipina lebih daripada tiga kali.
IKLAN
Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol, anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini bukan calang-calang wanita. Dia memiliki pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas.
Bapa Marian merupakan warganegara Sepanyol manakala ibumnya pula rakyat Filipina. Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.
Bakat Marian juga mula bersinar selepas kejayaan drama Marimar, Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Bahkan Marian juga ada bakat menyanyi.
IKLAN
Bersandarkan latar belakang dan populariti Marian, dia terpilih menjadi antara panel ahli jawatankuasa di pertandingan ratu cantik Miss Universe 2021 baru-baru ini. Kongsi Marian, “Honored to be part of the 70th Miss Universe selection committee. Truly a great experience I’ll never forget. Thank you for the wonderful time ladies and congratulations to all of you.”
IKLAN
Miss Universe 2021 dihoskan oleh Steven Harvey dan merupakan kali keenam dia mengacarakan pertandingan berprestij berkenaan. Sebelum ini Steven Harvey menjadi pengacara Miss Universe untuk tahun 2015, 2016, 2017, 2018, dan 2019.
Selain itu, anak perempuan Steve Harvey iaitu Lori Harvey turut menjadi Ahli Jawatankuasa 70th Miss Universe. Memetik kenyataan rasmi Miss Universe, Lori Harvey mengadili pertandingan itu bersama beberapa personaliti dunia antaranya pelakon Puerto Rico Adamari Lopez, model Brazil iaitu Adriana Lima, Iris Mittenaere yang juga Miss Universe 2016, pelakon Filipina Marian Rivera dan aktres India, Urvashi Rautela.
Jadi tak keruan bila lalu di kaunter kosmetik. Lebih-lebih lagi di bahagian gincu bibir. Kalau ikutkan hati, semua warna hendak ada dalam koleksi peribadi. Disebabkan sudah rambang mata, ramai di antara wanita yang membeli gincu bibir lebih daripada apa yang diperlukan. Itu belum lagi yang tersalah beli sebab warna yang tidak sesuai dengan tona kulit. Sudahnya, hanya guna beberapa kali saja. Membazir betul!
Untuk mengelakkan anda daripada ulangi kesilapan sama, praktikkan tip ini setiap kali berkunjung ke kaunter kosmetik pusat membeli-belah.
Matte
Warna yang terkuat kerana bertekstur matte. Ia mengandungi banyak pigmen. Tidak berkilat dan kurang berkesan memantulkan cahaya. Sapuan gingu matte bertahan lebih lama berbanding sapuan gincu tekstur berkilat. Tidak menyerlah apabila disapu tebal atau berkedut kerana ia tidak mengandungi formulasi pelembab berbanding gincu berkilat. Dapatkan pelbagai jenis warna gincu matte di NITA Cosmetics dengan harga yang berpatutan di sini.
Krim
Gincu jenis ini biasanya pilihan di antara matte dan berkilat. Tektur krim mengandungi lebih lilin (wax) berbanding matte. Gincu jenis krim juga lebih melindungi bibir berbanding jenis lain. Bagaimanapun, penggunaannya penyebab bibir lebih kering.
Berkilau
Juga dikenali sebagai mutiara (pearly) atau frost, gincu berkilau diperkaya formulasi partikel pantulan cahaya mica, silica, mutiara sintetik atau mungkin sisik ikan. Hari ini, gincu berkilat sering disapu untuk menyerlahkan bibir dengan rona warna lebih ringan ketika menghadiri majlis istimewa.
Sapuan Tahan Lama
Masalah dengan semua gincu adalah kerana perlu disapu berulang kali kerana mudah pudar. Gincu jenis tahan lama merupakan pilihan terbaik jika malas untuk bersolek lagi. Adakalanya gincu kategori ini teksturnya sangat kering. Formulasinya berasaskan daripada dua kandungan iaitu bahan asas yang mengandungi minyak silikon untuk mengekalkan warna.
Apabila gincu mulai kering, sapuan berkilat yang tidak berwarna akan mengekalkan kilatan. Sapuan berkilat boleh disapu berulang namun warna asas kekal selagi tidak memadamkannya kecuali menggunakan penanggal solekan.
Pastinya Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra kini sedang menghitung hari bergelar ibu. Dalam perkongsian di Instagram miliknya, isteri YTM Tengku Mahkota Kelantan ini kelihatan sarat hamil dan berseri-seri.
Tanggal 6 Jun lalu merupakan ulang tahun kelahiran Che Puan Sofie yang ke-37. Berkongsi perkembangan terkini bersama followers, beliau tampil anggun dalam persalinan jubah rona biru lembut dan berselendang.
Jelas terserlah wajah ‘glowing’ ibu hamil ini. Walau usia kandungan memasuki trimester tiga namun beliau kekal ceria dan mesra melayan rakyat jelata terutamanya ketika sambutan Aidilfitri lepas.
Sudah tentu pasangan ini menanti-nantikan detik kelahiran cahaya mata sulung mereka selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
Bersempena ulang tahun hari kelahiran, kongsi wanita cantik ini, “Happy birthday song, cake and flowers, what a lovely way to start the day together with my wonderful husband. Junjung kasih for always being there.”
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra bergelar isteri YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada 19 April 2019. Menginjak usia perkahwinan keempat, pasangan diraja ini bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi.
Difahamkan Che Puan Sofie ialah kenalan lama Tengku Mahkota Kelantan dan mereka bertemu di England.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
18 Mac lalu, jelitawan ini mengumumkan berita kehamilan anak sulung dan dijangka bersalin Julai depan.
Beliau yang berasal dari Sweden berjaya menambat hati khalayak dengan penampilan yang anggun dan sopan.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
Biarpun bukan dilahirkan di Malaysia dan menjalani perbezaan budaya sebelum bergelar suri hati Tengku Mahkota Kelantan namun bijak menyesuaikan diri.
Semoga ratu hati Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ini dikurniakan kesihatan yang baik dan urusan bersalin kelak berjalan lancar.
Kerana tidak ingin digelar gemuk, usaha mendiang Samantha Clowe, 34, untuk mendapatkan bentuk badan idaman menjelang hari perkahwinannya berakhir dengan maut. Wanita obesiti seberat 107 kg ini bertekad menyertai diet ketat LighterLife, sebuah program menurunkan berat badan yang mengehadkan pengambilan 530 kalori sehari. Dengan berat badan 20 kg lebih ringan, beliau maut 11 minggu kemudian akibat kegagalan jantung yang serius.
Setiap wanita pasti terdorong untuk tampil cantik. Bukan sekadar pada penampilan wajah dan busana yang dikenakan, malahan bentuk badan yang langsing juga seolah menangi sebuah trofi. Program menurunkan berat badan sebetulnya tidak menuntut perbelanjaan yang tinggi, tetapi kejayaannya banyak bergantung kepada komitmen masa dan kesungguhan minda untuk mencapainya. Tanyakan pada diri anda, mengapa anda ingin langsing? Apakah kerana semata-mata ingin menyarung persalinan yang diimpikan atau untuk dilihat sihat dan bahagia? Mulakan usaha anda dan nikmatilah ganjarannya.
PASTIKAN BERSARAPAN
Sarapan merupakan waktu makan yang paling penting untuk permulaan hari. Namun begitu, ramai antara kita yang tidak mengendahkan sarapan, sebaliknya terus keluar bersenam sebaik terjaga dari tidur. Menurut pelatih kecergasan terkemuka, Brian Sutton, mengelakkan sarapan adalah kesilapan paling besar untuk berdiet. “Ia sama seperti berbuka puasa. Tubuh anda pasti kelaparan selepas 6-9 jam waktu tidur. Dengan bersarapan, ia membekalkan semula tenaga yang hilang dan membantu mengawal nafsu makan anda hingga ke penghujung hari.”
Anda disarankan untuk mengambil sarapan yang tinggi kandungan serat kerana ia lambat dihadam dan membuat perut kenyang, lebih lama. Antaranya ialah bijirin sarapan berkhasiat yang rendah gula seperti emping jagung, muesli dan oat. Taburi hirisan buah-buahan segar seperti anggur, kiwi atau strawberi di atasnya. Sekiranya anda inginkan lebih tenaga, ambil semangkuk putih telur setengah masak bersama roti gandum bakar yang enak. Nikmati juga buah-buahan seperti oren dan pisang untuk mempelbagaikan hidangan.
TENGAHARI
Teruskan pengambilan nutrisi yang sihat pada waktu makan tengahari. Sebaik-baiknya, bawalah bekal makanan sendiri ke pejabat. Nah, anda bukan sahaja dapat mengawal saiz hidangan yang diambil, malah lebih beruntung kerana dapat menjimatkan wang untuk perkara yang lebih penting. Bawalah bekal seperti sandwich tuna, burger sayuran atau roti gandum berjem, ia rendah kalori serta mampu meningkatkan jumlah pengambilan serat. Variasikan dengan snek sihat seperti yogurt rendah lemak dan sebiji epal.
Jika terpaksa juga untuk keluar makan di restoran, elakkan dari berkunjung ke restoran makanan segera. Anda pasti sukar untuk mencari menu makanan segera yang benar-benar sihat dan tidak menggemukkan. Sebaik-baiknya, pergilah ke restoran deli atau restoran makanan tempatan yang menyajikan hidangan sandwich, buah-buahan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang menyihatkan.
MAKAN MALAM
Peraturan yang sama masih berkuatkuasa untuk makan malam. Jika boleh, makanlah di rumah kerana anda dapat menjimatkan perbelanjaan, lebih berkhasiat dan menghalang diri dari makan berlebihan. Selepas makan, teruskan dengan membuat senaman ringan seperti membersihkan dapur atau membasuh pinggan mangkuk, berbanding terus menikmati semangkuk aiskrim yang cukup tinggi kandungan kalori. Namun jika tiada pilihan atau ingin menukar selera di restoran, anda disarankan agar memilih menu salad segar berbanding stik atau mi tempatan. Cuba elakkan dari mengambil nasi yang banyak dan lauk-pauk yang berat. Satu lagi tip mudah, berkongsilah makanan anda dengan teman untuk mengecilkan saiz hidangan yang sedia ada.
SOALAN LAZIM
Kenapa berat badan belum kurang?
Makan 5-6 hidangan kecil sepanjang hari lebih ideal berbanding 2-3 hidangan besar. Amalkan snek sihat seperti mengudap kekacang, buah-buahan kering atau yogurt jika terasa lapar. Usah cepat terpedaya dengan nasihat ‘jangan makan nasi atau roti’ untuk kurus kerana karbohidrat amat penting untuk membekal tenaga yang diperlukan tubuh. Diet tinggi protein atau diet rendah karbohidrat hanya disyorkan kira-kira untuk keadaan tertentu, bukannya untuk sepanjang hidup!
“Alah, cuma secawan latte. Apa salahnya?”
Menikmati secawan kopi segera di kafe mewah pasti kelihatan seperti idea hebat di saat anda letih berkunjung dari satu butik ke satu butik. Awas, secawan mocha caramel latte yang dititip krim putar mampu menjadi bencana kepada diet anda! Malah kebanyakan minuman lain seperti soda, jus buah-buahan, isotonik, latte dan sebagainya amat kaya dengan kalori. Kenapa tidak, cecair masih tetap makanan dan ia mengandungi kalori.
Berbaloikah mengambil pil pelangsing?
Ramai yang mengambil jalan pintas untuk kurus dengan mengambil pil pelangsing, kapsul pembakar lemak dan minuman tertentu untuk menguruskan badan. Realitinya, tidak wujud jalan mudah untuk langsing. Setiap kisah sukses individu tercetus dengan pelan pemakanan yang bijak dan latihan kecergasan yang berterusan. Usahlah terus-menerus membazirkan wang, lebih baik