Begitu cekalnya jiwa mereka. Walau terluka, namun kekal tabah dan menyokong antara satu sama lain. Begitulah yang dapat NONA simpulkan selepas melihat penampilan ‘side-by-side’ Puteri Sarah Liyana dan Rossa Serra dalam sebuah majlis baru-baru ini.
Manakan tidaknya, kemelut rumah tangga yang dihadapi dua wanita hebat ini, menjadi sorotan ramai, apatah lagi kisah kedua-duanya hampir sama.
Cinta yang tak berbelah bagi, dibalas dengan nista dan orang ketiga. Apatah lagi, perjuangan mereka berdua meneruskan hidup demi kelangsungkan hidup dan kebahagiaan anak-anak, menjadi sumber kekuatan buat mereka.
Kisah rumahtangga Rossa Sera bermula indah, namun kemudian ‘retak menanti belah’ dengan pelbagai episod duka silih berganti ibarat barah, namun akibat keadaan yang memaksa digigihnya juga demi mempertahankan satu ikatan yang sah.
Ads
Namun jika sudah tertulis di Luh Mahfiz sampai setakat itu saja, apa lagi yang boleh dibuat oleh ibu kepada dua cahaya mata ini. Dikhabarkan Rossa dan Shuk kini sedang dalam proses berpisah secara sah namun tiada pengumuman rasmi dari dirinya, mahupun Syuk.
Sedikit berbeza dengan kisah rumah tangga Puteri Sarah Liyana yang dilihat masih mengharapkan keajaiban dalam rumahtangganya, namun kini bermati-matian untuk terus elak menjadi mangsa ‘orang ketiga’ yang rakus menggugat privasi dan kisah dia dan suami.
Walau masih wujud rasa cinta dan sayang pada suami, Shamsul Yusoff; sudah pasti dirinya berharap masih ada sinar dalam rumahtangganya. Kedukaan dialami, hanya sang isteri yang bisa merasainya. Air wajah mungkin nampak ceria, namun di dalam hati siapa boleh menyangka.
Dipertemukan dalam satu majlis, kehadiran kedua-dua insan hebat ini nyata mengundang hiba namun gembira dek semangat wanita-wanita ini yang saling bertukar kata semangat bagi menguatkan diri untuk meneruskan kehidupan.
Menerusi hantaran Instagram Puteri Sarah, dia mengingatkan semua wanita agar sentiasa maju ke hadapan, dan paling utama menjaga kesihatan mental serta fizikal. Dia juga turut menasihati Sera untuk terus kuat dalam mengharungi dugaan ini, di kala perkahwinan Rossa dan Syuk sudah hampir ke penamat.
Kedua-dua mereka dipertemukan dalam majlis sebuah produk kesihatan di mana Rossa Sera dilantik menjadi duta.
Apa-apa pun NONA mengharapkan segala urusan Puteri Sarah Liyana dan Rossa Sera dipermudahkan. Ingat bahawa Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita sendiri.
Sumber foto: Instagram @puterisarahliyana dan @rossa.sera
******************************
Jadikan Al Quran Kareem sebagai panduan hidup, demi ketenangan di alam sana. Dapatkan My Qalam Elite Digital Al-Quran Bertajwid Wakaf Iftida 2.0. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik).
******************************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Setelah 37 tahun berniaga, kini cabarannya adalah melatih dan menurunkan legasi kepada generasi kedua, anak-anak dan kakitangan saya.” Harapan Iron Lady itu, sampai sekarang masih basah di ingatan Nona.
Terbayang keramahan Datuk Wira Dr. Maznah Hamid menyapa setiap orang yang mendekati dirinya. Sambil tersenyum, wanita kelahiran Jerlun, Kedah itu pasti memuji apa saja yang terlintas serta menarik perhatian mata.
Aura positif beliau bagaikan magnet yang ‘menarik’ ramai orang, khasnya golongan usahawan wanita yang menjadikan dirinya sebagai idola.
Sayangnya hari ini, senyuman itu lesu. Sepotong mesej ringkas daripada anak sulung beliau, Datin Nur Sharmila membuatkan awan yang sedia mendung, bertambah lara.
Dear, sorry to disturb you. My mom had 2 blockages on her valves, this morning she went through open heart operation from 8.30am till 2pm. Operation was ok at first.. after she was transffered to ICU suddenly she had severe internal bleeding. They had to turn the ICU room into operating theatre and open her heart back to find the source of bleeding and to stop the bleeding.
The 2nd procedure just finished but she is still in danger zone. Doctors are leaving her chest open at the moment (maybe for 24 to 48hrs) since the bleeding has not stopped – and just in case they have to open back her chest. She is still in critical condition. Appreciate if you can help doa for her. Thanks.
Allahu, terkejutnya bila dimaklumkan beliau kini berada dalam keadaan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung semalam.
Menurut sumber, Datuk Wira Dr. Maznah sebenarnya sudah tiga minggu berada di Institut Jantung Negara (IJN) mengikut scheduled surgery yang sepatutnya.
Namun selepas pembedahan pertama yang mengambil masa hampir enam jam itu selesai, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce tersebut terpaksa dikejarkan ke ICU kerana tiba-tiba berlaku pendarahan dalaman.
Pasukan perubatan terpaksa melakukan pembedahan kedua bagi menghentikan pendarahan dalaman itu. Buat masa ini, beliau dilaporkan masih lagi dalam keadaan kritikal.
Sama-samalah kita doakan semoga kesihatan Datuk Wira Dr. Maznah kembali pulih seperti sedia kala. Syafakillah.Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertama kali dalam sejarah, Amerika Syarikat (AS) mengalami cuaca sejuk luar biasa apabila angin dingin mencengkam tulang dari sekitar Kutub Utara merentasi majoriti bandar di AS bermula dari Dakota hingga New England. Fuh, tak dapat dibayangkan macam mana hendak lalui hari-hari apabila suhu sejuk menjunam sampai paras beku -48 darjah Celsius.
Menurut sumber Reuters, cuaca sejuk melampau yang jarang berlaku ini boleh mengancam nyawa dan dikenali sebagai vorteks kutub atau polar vortex. Disebabkan salji yang kian menebal dan ribut salji yang dikhabarkan bakal melanda, lebih 2, 700 penerbangan dibatalkan selain syarikat, premis perniagaan dan sekolah diarahkan tutup.
Bukan pemandangan biasa di AS
Lebih memburukkan, fenomena tersebut juga menyebabkan suhu boleh menurun sehingga -53 darjah Celsius dan mampu menyebabkan seseorang diserang ‘frostbite’ jika berada di tempat terbuka selama 10 minit!
Suhu paling sejuk pernah direkodkan di kebanyakan bandar di AS ini juga jauh lebih sejuk berbanding di puncak gunung Everest yang dianggarkan sekitar -35 darjah Celsius. Satu fenomena luar biasa dan berbahaya kepada puluhan juta rakyat AS.
Berdasarkan gambar yang tular di Internet juga menunjukkan Sungai Chicago menjadi separuh beku akibat Vorteks Kutub ini. Agensi Cuaca Kebangsaan AS dalam pada itu turut meramalkan Chicago merupakan bandar ketiga AS paling besar dijangka lebih sejuk berbanding beberapa bahagian di benua Antartika yang sedang mengalami pertengahan musim panas.
Keadaan Sungai Chicago yang separuh beku
Sekurang-kurangnya empat kematian dikaitkan dengan cuaca sejuk tersebut termasuk seorang lelaki maut akibat terperangkap dalam runtuhan salji. Juga, sepasang kekasih terkorban dalam kemalangan selepas kenderaan yang dinaiki terbabas di utara Indiana. Selain AS, Kanada turut terkena tempias fenomena Vorteks Kutub.
Para Saintis menegaskan perubahan iklim mendorong lebih banyak cuaca melampau terjadi dan Vorteks Kutub berlaku kerana pemanasan global yang semakin ketara di Kutub Utara.
Foto: Astro Awani, Berita Harian & Utusan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini tular seorang kanak-kanak yang wajahnya seakan-akan dengan arwah Siti Sarah Raissuddin. Dan baru-baru ini bapa arwah, Raisuddin Hamzah dipertemukan dengan kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Miza.
Raisuddin dan isteri khabarnya mengharungi perjalanan selama 7 jam demi bertemu kanak-kanak tersebut sekaligus mengubati kerinduan mereka berdua pada arwah.
Dan menerusi Instagram Allahyarham Siti Sarah, pengendali akaun tersebut telah memuat naik video adik Miza menggayakan tudung keluaran arwah iaitu Loveta.
Ternyata wajah kanak-kanak berkenaan begitu mirip sekali, sekaligus mendapat perhatian Shuib Sepahtu menulis komen mengakui sangat merindui arwah apabila terpandang wajah adik Miza.
Selain itu, Shuib dan Watie turut berkongsi momen indah merakam gambar bersama adik Miza. Ternyata gambar kenangan tersebut mencuri perhatian dan membuatkan ramai warga maya yang sebak, teringatkan arwah Siti Sarah.
Melihat pada ruangan komen, ramai peminat arwah Siti Sarah mengakui bahawa wajah adik Miza memang hampir sama dengan arwah dan ramai. Malah mereka cukup teruja melihat persamaan tersebut dan secara tidak langsung mengubat kerinduan pada pelantun lagu Semakin itu.
Untuk rekap, Siti Sarah meninggal dunia pada hari Isnin, 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan COVID-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!