Bukan simpati, sebaliknya kisah tukang jahit OKU, Nurul Izzah ini menjentik inspirasi. Meskipun dilahirkan dengan kekurangan fizikal, namun jiwanya besar dengan impian dan bakat seni jahitan.
Rezeki anak Pulau Pinang itu makin bertambah selepas berpeluang menjahit Baju Melayu buat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan baju kurung buat ahli politik merangkap anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar baru-baru ini.
Dalam perkongsian Nurul Izzah Anwar di Facebook, beliau memperkenalkan tukang jahit istimewa tersebut yang memiliki nama sama sepertinya.
“Orangnya manis, lahir pada tahun 1998 (Zaman Reformasi) dan namanya diberi sempena nama saya.
Nurul Izzah, 24, merupakan seorang OKU yang sangat menginspirasikan.
Walaupun kurang upaya fizikal, ia tidak pernah menghalangnya untuk mengejar cita-cita menjadi tukang jahit sejak di bangku sekolah.
Ads
Selepas tamat Tingkatan 5, Izzah mengambil keputusan untuk sertai kursus TVET bagi mempelajari kemahiran menjahit sehingga menjadi mahir dan pakar.” Nurul Izzah Anwar
Lumrah menjadi OKU, Izzah berdepan pelbagai tohmahan apabila ramai yang mengejek tentang fizikal, terutamanya ketinggian.
Ads
Namun apa yang mengagumkan, Izzah memilih untuk mengabaikan segala komen negatif dan menumpukan sepenuhnya pada matlamat yang ingin dia capai.
Betul apa orang kata, perjalanan hidup OKU tidak semudah orang lain.
Nurul Izzah Anwar menambah, pengalaman bertemu sendiri tukang jahit OKU itu tidak disia-siakan.
“Tapi sekarang, saya rasa semua orang yang pernah mempersenda Izzah akan mengalami satu kejutan terbesar. Saya minta Izzah jahit Baju Melayu buat PMX dan sepasang baju Baju Kurung untuk saya.
Ads
Jahitan Izzah memang cantik, kemas dan teliti, dan paling penting fitting setiap inci sangat tepat!
Siapa-siapa yang tengah cari tukang jahit untuk tempahan baju khas, jangan malu untuk cari Nurul Izzah di IG / FB Nurul Izzah Tailor atau hubungi nombor 011-7254 8983.” Nurul Izzah Anwar
Kata beliau, Izzah menjadi salah satu kebanggaan besar buat Pulau Pinang. Wanita jelita ini turut menyeru orang ramai agar menyokong usaha dan hasil lokal.
Setiap orang berhak untuk mencipta kejayaan demi merealisasikan impian. Antaranya, dengan kejayaan itu dapat membantu meningkatkaan taraf kehidupan menjadi lebih baik.
Nurmelissa Mohd Yadi, gadis OKU (orang kurang upaya) yang berusia 24 tahun kini bergelar graduan apabila berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Nurmelissa merupakan antara 2,314 graduan di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-14, Kuala Nerus, Terengganu yang berlangsung baru-baru ini.
Meskipun ada kekurangan, Nurmelissa tidak pernah menjadikannya sebagai halangan untuk mencapai cita-cita untuk bergelar penterjemah Bahasa Arab.
Selain itu, Nurmelissa juga bertekad untuk mengubah nasib keluarga dengan mencabar diri menjadi individu yang berjaya.
“Saya mahu membalas jasa ayah dan ibu yang membesarkan saya sejak kecil dan mahu melihat saya berjaya seperti orang lain”
“Ini menyebabkan saya berusaha keras untuk mengubah nasib keluarga dan menjadi orang yang berjaya,” katanya yang kini mengikuti kursus penterjamahan di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) secara dalam talian.
Pada mulanya, Nurmelissa tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dek kerana kekurangan diri sekali gus meletakkan dirinya sebagai OKU.
Anak kedua dari enam beradik ini mengalami masalah saraf sejak berumur 11 tahun dan mula berkerusi roda sejak di tingkatan tiga.
Bapa Melissa, Mohd Yadi Taib bekerja sebagai pemandu lori manakala ibunya, Saripah Abu Bakar bekerja di kedai makan berhampiran rumahnya di Kampung Losong.
NONA mendoakan agar segala impian Nurmelissa tercapai dan sentiasa dapat membahagiakan ibu dan bapanya.
Kredit Foto: Instagram UniSZA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sememangnya lambang wanita inspirasi bagi seluruh rakyat Malaysia. Ke mana sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad pergi menghadiri majlis atau jemputan rasmi… pasti di situ jugalah kelibatnya setia menemani suami di sisi. Sambil berjalan seiringan dan berpegangan tangan, setiap mata yang memandang turut ‘tercuit’ rasa betapa romantisnya pasangan ini.
Hadir dalam majlis ‘My Voice My Nation Malaysia 2019’ di Axiata Arena malam tadi, pemimpin kesayangan Malaysia ini sekali lagi menjadi contoh suami isteri inspirasi kepada setiap pasangan yang berkahwin.
Mana tidaknya, di saat bahtera perkahwinan hampir meniti usia 7 dekad… kemesraan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah tetap mekar hingga ke hari ini.
Berkongsi kisah kehidupannya bersama isteri tercinta, Tun Mahathir yang dilantik menjadi Perdana Menteri buat kali kedua sama sekali menzahirkan rasa bertuah kerana berjaya mengharungi alam perkahwinan tidak kira dalam keadaan susah mahupun senang.
“Hidup saya bertambah baik setiap hari dengan perkahwinan selama 63 tahun Hasmah (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali). Saya tidak pasti bagaimana beliau melakukannya selama ini tapi beliau berjaya menunaikannya.
Kata orang di sebalik lelaki yang berjaya pasti ada wanita. Saya tidak pasti saya termasuk dalam golongan itu atau tidak kerana sampai hari ini saya masih bekerja dan dinilai pada setiap masa.”
Pasangan romantis ini mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 1956 dan hasil perkongsian hidup Tun M dan Tun Siti Hasmah dikurniakan tujuh anak iaitu tiga perempuan dan empat lelaki. Mereka ialah Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bangga dengan kejayaan wanita muda kelahiran Syria ini! Genap usia 23 tahun pada 7 April lalu, Maya Ghazal ialah lambang wanita Islam yang bijak dan bercita-cita tinggi. Bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik, kredibiliti Maya juga meraih perhatian pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) yang melantik wanita ini sebagai UNHCR Goodwill Ambassador. Bukan calang-calang!
Memetik kenyataan UNHCR, Maya berhijrah dari Damascus, Syria dan memulakan kehidupan baru di United Kingdom ketika berusia 16 tahun pada 2015. Sejak itu, dia berusaha mempelajari Bahasa Inggeris dan berjaya menamatkan persekolahan. Seterusnya memperoleh ijazah dalam kejuruteraan penerbangan dan pengajian juruterbang.
Menariknya tahun lepas, Maya melakar sejarah menjadi wanita pelarian Syria pertama yang berjaya bergelar juruterbang sewaktu berumur 21 tahun. Malah, dia komited menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk membela nasib pelarian sepertinya hingga sekarang.
Maya sebelum ini menerusi media sosial miliknya turut mendedahkan dia seorang yang sangat mementingkan pelajaran. “Sepanjang 15 tahun berada di Syria, pendidikan ialah satu kewajipan dan sangat penting. Walau negara sedang bergolak, hanya beberapa hari saja saya tak hadir ke sekolah biarpun sedar betapa ‘bahayanya’ untuk pergi ke sekolah.
Saya tak pernah terfikir penghijrahan ke UK membuatkan saya ketinggalan dalam pendidikan kerana pernah ditolak untuk mengikuti persekolahan disebabkan kerakyatan meskipun cemerlang dalam akademik.
Bagaimana pun, saya berjaya meyakinkan guru-guru dan mendapat tempat di dalam kelas kerana bijak dalam pelajaran. Sejak itu, saya kembali mendapat keyakinan diri semula dan menyedari keupayaan diri di samping percaya saya mampu meraih apa yang saya impikan.
Pendidikan ialah satu ‘alat’ yang saya percaya boleh mengubah dunia! Tanpa pendidikan, saya tak mungkin dapat menjadi juruterbang atau jurutera.”
Ujar Maya lagi, dia berterima kasih kepada agensi United Nations yang memberi ruang untuk ‘bersinar’ di pentas dunia. “Ramai pelarian muda yang berjuang mendapatkan pendidikan tapi UN refugees agency saban hari membantu mereka mendapatkan peluang tersebut.
Dengan memberikan peluang pendidikan dan galakan kepada remaja perempuan sepertinya, ia sekaligus memberi sinar harapan buat mereka untuk menggapai impian.”
Baru-baru ini Maya berpeluang bertemu bintang terkemuka filem Top Gun, Tom Cruise dan berbicara mengenai kepelbagaian dalam dunia penerbangan ketika dia dijemput menjadi tetamu Silverstone by Toto Wolff. Toto Wolff ialah billionaire kelahiran Austria yang juga eksekutif dunia permotoran, pelabur dan bekas pelumba.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejayaan tidak mengenal usia namun ia hanya akan diraih oleh mereka yang rajin berusaha. Seperti usahawan muda yang dikenali sebagai Kayla Nasywa ini. Usianya...