Akibat kesuntukan masa, kita sering kali terlepas pandang untuk menyusun atur program kewangan hidup dengan sebaik-baiknya. Berpandukan sumber kewangan yang terhad, wang yang tinggal itulah untuk menyimpan, melabur, malah membayar hutang-piutang, insurans serta cukai. Setiap perkara ini pula memiliki deadline serta mengundang stres yang bukan kepalang. Lalu kerana itu, ramai yang mengabaikan saja hasrat merancang kewangan secara teratur.

IKLAN

Bila Tiba Musim Bayar Cukai, Baru Nak Gelabah. Panduan Sistematik Urus Kewangan Mudahkan Kawal Kewangan!

Menurut pakar pengurusan masa dan penulis buku 168 Hours, Laura Vanderkam, “Tiada siapa yang mahu meluangkan banyak masa untuk menguruskan wang. Lalu panduan terbaik ialah dengan mencipta sebuah sistem untuk menjadikan urusan ini dilaksanakan dengan cepat. Ia juga memberi peluang untuk anda fokus pada perkara lain seperti cara menambah lebih wang dan menggunakannya ke arah yang lebih baik.”

Nasihat beliau lagi, cara terbaik untuk menyelesaikan urusan kewangan dalam masa yang singkat ialah dengan mencipta sistem harian, mingguan, bulanan dan tahunan sebagai sebuah jadual yang lengkap. Ikuti panduan berikut agar program kewangan anda berlangsung dengan sistematik.

Bila Tiba Musim Bayar Cukai, Baru Nak Gelabah. Panduan Sistematik Urus Kewangan Mudahkan Kawal Kewangan!

HARIAN

  • Setiap bulan, buat satu log harian tentang tabiat berbelanja anda dan kesan sebanyak mana yang dibayar untuk sarapan, makan tengah hari dan petang, surat khabar, kosmetik atau sebagainya. Selepas beberapa minggu meneliti tabiat ini, anda akan sedar tentang apa yang dibeli dan belajar untuk membuat pilihan dengan lebih bijak. Tanpa disedari, turut membantu anda untuk mengawal diri daripada pembelian mengikut nafsu.
  • Wujudkan sebuah sistem pemfailan yang menyimpan rekod segala bil mengikut tarikh akhir pembayaran.

MINGGUAN

Pilih satu waktu yang sama pada satu hari yang spesifik pada setiap minggu untuk:

  • Semak sistem pemfailan anda dan buat bayaran bil yang sepatutnya. Pindahkan resit pembayaran ke dalam satu lagi fail ‘berbayar’.
  • Wujudkan pelan perbelanjaan mingguan berasaskan belanja harian anda, kemudian semak perbelanjaan mengikut pelan tersebut. Kata Timbalan Presiden kepada agensi kaunseling kredit Money Management International, Cate Williams, “Apabila anda tahu apa yang akan masuk dan keluar, anda pasti dapat berbelanja dengan lebih bijak dari minggu ke minggu.”

Bila Tiba Musim Bayar Cukai, Baru Nak Gelabah. Panduan Sistematik Urus Kewangan Mudahkan Kawal Kewangan!

IKLAN

BULANAN

Tandakan tarikh yang sama pada setiap bulan di kalendar anda sebagai Hari Duit, khas untuk:

  • Periksa penyata kad kredit anda. “Kesilapan boleh berlaku dan andalah satu-satunya gatekeeper untuk wang sendiri,” jelas Presiden Yayasan Charles Schwab, Carrie Schwab Pomerantz.
  • Jelaskan segala hutang-piutang bulanan, bayaran ansuran kereta dan rumah serta apa sahaja yang berkaitan dengan bank. Seperti biasa, simpan resit pembayaran ke dalam fail ‘berbayar’ anda.

SUKU TAHUN

IKLAN

Semak dengan penasihat kewangan anda tentang pencapaian sistem setakat ini. Caranya:

  • Hubungi penasihat kewangan anda sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali. Dengan kaedah ini, anda dapat mengesan jika jumlah pendapatan keluar dan masuk tidak seimbang. Penasihat anda pasti dapat menerangkan bagaimana cara untuk mengimbanginya dan panduan untuk kembali menguruskan wang dengan teratur.

TAHUNAN

Setiap kali tibanya penghujung tahun, pastikan anda melakukan perkara di bawah:

  • Hapuskan fail ‘berbayar’ untuk enam bulan ke belakang.
  • Temui pegawai cukai atau akauntan anda untuk mengemas kini jumlah bayaran cukai dan berbincang tentang strategi menjimatkan cukai.
  • Teliti laporan bayaran bil kad kredit anda dan lihat jika ia boleh dipertingkatkan atau dijimatkan. Kad kredit boleh menjadi senjata yang memusnahkan diri sendiri tapi jika bijak digunakan boleh menjadi alat pengurusan wang dalam masyarakat moden kita.
  • Semak dengan bank atau agen mereka tentang status terkini akaun kereta, rumah dan insurans hayat anda.
  • Semak dengan penasihat kewangan tentang portfolio persaraan anda untuk memastikan ia sentiasa mengikut landasan sebenar.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI