Rata-rata wanita tidak yakin untuk menggayakan baju sleeveless jika mempunyai lengan yang besar. Sebolehnya mereka ingin menutupi bahagian tersebut, bimbang akan menjejaskan penampilan.
IKLAN
Namun usah bimbang kerana ada tip mudah untuk menutupi lengan yang besar. Jom Nona kongsikan 4 tip yang bakal membuatkan keyakinan anda bertambah dan kelihatan anggun!
BAJU LENGAN ¾
Wanita biasanya mempunyai masalah yang sama iaitu mereka lebih mengambil berat dengan keadaan lengan bahagian atas yang terlihat lebih besar daripada pergelangan tangan.
Baju dengan lengan 3/4 adalah penyelamat yang mampu menutupi bahagian atas tersebut, tetapi tetap menonjolkan keadaan lengan bawah yang lebih kecil.
BAJU LENGAN PANJANG FABRIK SHEER
Lengan panjang adalah pilihan fesyen yang cukup sesuai untuk menutupi lengan besar anda. Namun Malaysia dengan iklim tropika membataskan anda untuk mengenakan pakaian berlengan panjang stiap hari.
Panas! Untuk tampil lebih selesa, pilih baju lengan panjang dengan fabrik sheer yang menutupi lengan tetapi tidak membuatkan anda kepanasan.
IKLAN
KARDIGAN DAN BLAZER
Memakai kardigan dan blazer juga menjadi pilihan terbaik untuk menutupi lengan besar Anda. Pilih cardigan dari fabrik nipis yang tidak akan membuat anda kepanasan di siang hari yang terik.
Untuk tampil yang lebih profesional, kenakan fitted blazer agar tubuh anda kelihatan lebih langsing.
IKLAN
OFF THE SHOULDER TOP
Memakai baju lengan panjang yang sama setiap kali tentu sahaja membosankan. Anda boleh bermain dengan fesyen iaitu dengan mengenakan pakaian atas seperti off the shoulder, half the shoulder dan shoulder cut.
Pakaian seperti ini akan membuatkan anda kelihatan seimbang kerana ia mengalih fokus pada bahu dan bukannya lengan anda.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Jeans atau denim sememangnya menjadi kegemaran tidak kira lelaki mahupun perempuan untuk digayakan kerana ia tahan lasak dan senang dipadankan dengan apa jua pakaian. Selain sesuai untuk anda yang mahu kelihatan ringkas dan tidak terlalu formal, jeans juga boleh buat anda tampak stylo dan moden.
Setiap daripada kita pastinya mempunyai paling kurang satu seluar jeans paling favorite yang akan dipakai berulang kali dan tidak perlu digosok. Walaupun seluar jeans boleh dikategorikan sebagai seluar lasak, namun penjagaan rapi adalah penting bagi memastikan jeans anda sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna dan tidak luntur warnanya.
Nona kongsikan beberapa tip yang boleh anda pratikkan dalam penjagaan pakaian jeans kegemaran anda tidak kira seluar mahupun jaket kerana jeans boleh tahan dan dipakai bertahun-tahun dengan cara penjagaan yang tepat.
1. TAK PERLU BASUH SETIAP HARI
Kebanyakan pencinta denim akan tahu pantang larang ini kerana seluar jeans yang dibasuh setiap hari akan membuatkan tekstur kain berubah dan akan menjadi lebih cepat lusuh. Selain itu, Basuh seluar jeans anda hanya apabila sudah berbau atau terkena kotoran dengan menggunakan teknik yang betul seperti rendam bersama pencuci yang telah dilarutkan dan asingkan daripada pakaian lain.
2. TAK PERLU LIPAT
Elakkan untuk lipat seluar jeans basah atau yang sudah kering dan seeloknya digantung untuk memastikan ia tidak renyuk. Seluar jeans yang dilipat terlalu lama akan menampakkan tanda garisan warna luntur.
3. ELAK JEMUR DI BAWAH TERIK MATAHARI
Untuk memastikan warna jeans anda kekal utuh dan tidak mudah pudar, pastikan anda tidak menjemur seluar jeans favorite anda di bawah terik matahari. Ini juga akan menyebabkan fabrik mudah rosak.
4.SUHU AIR YANG BETUL
Fabrik denim juga sangat sensitif dengan suhu yang panas. Pastikan anda sentiasa mencuci jeans menggunakan air suam atau pada suhu air biasa. Elak mencuci dengan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Ini kerana ia dapat menghalang kotoran dari tertanggal sehingga sukar untuk dibersihkan.
5. JANGAN RENDAM TERLALU LAMA
Sebaik-baiknya elakkan merendam seluar jeans anda terlalu lama. Seluar yang direndam terlalu lama dengan sabun pencuci akan mengakibatkan warna jeans mudah luntur dan mereput.
Ramai wanita memandang remeh tentang pemilihan tali pinggang yang betul. Pemakaian tali pinggang yang bersesuaian akan menjadikan keseluruhan penampilan anda tampak sempurna. Gabungan rona, kedudukan tali pinggang serta gaya helaian anda perlu seiring bagi memastikan ia kelihatan sepadan
Beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum mengenakan tali pinggang. Nona berkongsikan panduan memilih tali pinggang yang tepat dan sempurna.
(a) Ketahui paras pinggang
Jika anda mempunyai badan yang pendek atau rendah, kedudukan tali pinggang di hadapan seeloknya direndahkan sedikit manakala di bahagian belakang perlu jatuh di atas garisan pinggang. Bagi mereka yang tinggi pula,anda perlu memakai tali pinggang pada paras pinggang sebenar anda
(b) Kelebaran tali pinggang
Kelebaran tali pinggang mempengaruhi keseluruhan penampilan anda. Bagi anda yang mempunyai badan yang besar, anda dinasihatkan agar memilih saiz tali pinggang yang sedikit lebar. Pada mereka yang kurus, tali pinggang yang sesuai buat anda ialah jenis skinny belt.
(c) Permainan rona
Pemilihan rona bergantung pada apa yang ingin anda tonjolkan. Jika anda mengenakan helaian polos, jadikan tali pinggang sebagai item statement dengan memilih rona yang terang atau bercorak. Ia akan memberikan penampilan anda lebih seimbang dan kelihatan sempurna.
(d) Tambah lapisan helaian
Anda boleh menambah lapisan helaian seperti kardigan atau pun jaket bagi menyempurnakan penampilan anda. Selain itu, ia mampu menambah dimensi tekstur yang boleh menyelamatkan keseluruhan gaya. Rona lapisan helaian yang dipilih harus senada dengan gaya anda. Jangan memilih rona yang terlalu garang dan terang khuatir anda akan tampak seperti badut.
Label yang terkenal dengan signature loose & structured, Mastuli Khalid sentiasa menampilkan rekaan yang bertunjangkan keselesaan, kualiti dan minimalis yang turut disuntik dengan sedikit elemen maskulin. Pemiliknya, Dayang Fatma Dewi Mastuli Bt. Khalid atau lebih mesra disapa Dewi percaya setiap rekaannya cukup praktikal untuk digayakan samada je majlis kasual ataupun formal sekaligus mencetuskan gaya versatil yang sesuai sesuai dipakai oleh semua peringkat usia tidak kira yang muda mahupun yang tua.
\
BAGAIMANAKAH BOLEH TERCETUSNYA JENAMA MASTULI KHALID?
Semuanya bermula pada hari ulang tahun saya yang ke-26 pada 26 Februari 2013 apabila saya membuat keputusan untuk membuka Butik Pakaian di Kuching, Sarawak yang menjual pakaian seharian wanita Ready To Wear berkonsepkan praktikaliti. Sepanjang setahun ODD Haus beroperasi, saya banyak menerima maklum balas yang positif dari pelanggan mengenai pemilihan pakaian di Butik ODD Haus. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk beralih kepada bidang rekaan pakaian. Setelah itu, saya membuat keputusan untuk mereka sendiri pakaian dibawah jenama Mastuli Khalid.
BAGAIMANAKAH PERMULAAN PEMBABITAN ANDA DALAM DUNIA FESYEN?
Jenama Embun (Kuala Lumpur) dan Tuty Cholid (Jakarta) memainkan peranan penting dalam penglibatan saya dalam bidang fesyen kerana saya sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fesyen bagi kedua-dua jenama tersebut. Di sana, saya banyak belajar perkara baru antaranya penganjuran Fashion Show, Models Management, Garments Production dan banyak lagi. Pengalaman tersebut masih segar dalam ingatan saya ke hari ini. Saya boleh katakan kedua-dua jenama tersebut merupakan batu loncatan kepada saya dalam dunia fesyen.
APAKAH YANG MEMBUATKAN ANDA MENCINTAI BIDANG FESYEN DAN SIAPAKAH PENDORONG ANDA SELAMA INI?
Sejak kecil saya membesar bersama orang yang mengemari fesyen dan juga dikelilingi individu-individu yang sebati di dalam dunia fesyen tempatan. Sebelum saya pandai merangkak, ibu sudah menjadikan saya sebagai bahan eksperimen fesyen dan saya amat berterima kasih kepadanya untuk itu. Kakak saya, Camelia Khalid juga sering membawa saya ke majlis-majlis fesyen dan kami gemar bermain Dress Up sejak kami kecil lagi. Orang yang menjadi tulang belakang saya selama ini semestinya keluarga saya terutamanya ibu dan kakak-kakak saya yang sehingga ke hari ini sentiasa memberi inspirasi kepada saya dalam apa jua aspek.
KONGSIKAN BAGAIMANA ANDA MENDAPAT ILHAM UNTUK MENGHASILKAN SESEBUAH REKAAN?
Kebiasaannya idea saya dalam menghasilkan sesebuah koleksi pakaian datang secara spontan. Kebanyakan inspirasi itu datang daripada semua benda dan perkara yang berada di sekeliling saya seperti kuih muih, filem, lagu, dan juga suami saya.
APAKAH CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MEMASTIKAN JENAMA ANDA BERTAHAN HINGGA KINI?
Cabaran utama yang saya hadapi apabila saya memilih Kuching, Sarawak sebagai tempat bermulanya Mastuli Khalid. Hal ini kerana aspek teknikal, komersil dan pemasaran kebanyakannya dijalankan di Kuala Lumpur. Seluruh pasukan Mastuli Khalid termasuk saya sering berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk memastikan setiap proses berjalan dengan lancar. Namun semuanya membuahkan hasil kerana Mastuli Khalid mampu bertahan sehingga kini, Alhamdulillah.
PENDAPAT ANDA MENGENAI INDUSTRI FEYSEN TEMPATAN MASA KINI?
Saya sangat berbangga kerana industri fesyen tempatan semakin berkembang dengan kehadiran dan penglibatan anak muda yang didorong oleh pereka fesyen senior dalam industri fesyen sehingga dapat bersaing dengan label fesyen antarabangsa. Hal ini juga adalah kerana masyarakat kita kini semakin terbuka untuk memilih dan membeli pakaian jenama tempatan.
APAKAH PENGALAMAN YANG SUKAR DILUPAKAN SEPANJANG BERGELAR PEREKA FESYEN?
Saya tidak akan lupakan saat dimana koleksi pertama Mastuli Khalid dikeluarkan kerana semua persediaan dari segi photoshoot, models, styling, dan lain-lain dilakukan buat pertama kali. Bermacam-macam perkara yang bermain di fikiran saya ketika itu dan perkara yang paling saya takuti adalah respon pihak luar mengenai koleksi pertama jenama saya. Namun, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...