Bintang Cilik OSHIN Kini Cecah 51 Tahun, Ayako Kobayashi Gemar Hiking & Teroka Hutan Jepun

Generasi 80-an barangkali masih ingat kenangan menonton ‘Oshin’ setiap petang. Kecomelan Oshin menemani zaman kanak-kanak kita namun yang ditekankan adalah mesej yang dibawa watak si cilik Ayako Kobayashi – betapa hidup harus diperjuangkan walau sesusah apa pun.

Kini lebih 30 tahun berlalu. Nona tertarik menjejaki perkembangan Ayako Kobayashi yang begitu hebat menjentik emosi penonton sebagai ‘Oshin’ cilik.

Berusia 50 tahun, wanita Tokyo yang dilahirkan pada 11 Ogos 1972 itu ternyata masih aktif bergiat dalam industri seni di sana.

 

 

Pada usia hampir mencecah 51 tahun, Ayako memilih untuk berdamai dengan alam semula jadi. Antara aktiviti kegemarannya adalah hiking atau mendaki gunung. Terkini, beliau berkongsi kejayaan menawan puncak Gunung Tochigi setinggi 1625m di wilayah Aomori.

“Cuaca amat baik dan saya dapat menikmati pemandangan Kifuji dan Laut Jepun dari atas (stesen). Di sini, pohon epal sedang lebat berbuah dan salah satunya jenis epal kegemaran saya iaitu Fuji. Musim bunga yang sangat cantik!” Ayako Kobayashi

 

 

Selain itu, Ayako juga gemar menghabiskan masa dengan mempelajari perkara baru. Salah satunya menyertai kelas tarian di Shirakawa Dance School. Berhibur sambil bersenam katanya!

‘Oshin’ merupakan antara drama asadora

yang disiarkan saluran NHK dan telah ditayangkan ke lebih 50 negara. Jalan ceritanya penuh teladan, kisah dari zaman ‘Oshin’ kecil, dewasa dan tua. Namun yang paling membekas di ingatan tentulah ketika ‘Oshin’ kecil, melalui kesusahan hidup sebagai anak petani miskin.

Rindukan ‘Oshin’? Berikut perkembangan terkini Ayako yang kelihatan cukup jelita dan awet muda…

 

(1) Potret Ayako dulu dan sekarang. Penonton ‘Oshin’ mengenali Ayako ketika usianya masih 11 tahun.

 

(2) Ayako berketinggian 158cm dan kini bakal mencecah 51 tahun.

 

 

 

*************

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link

)

*************

 

(3) Beliau masih aktif berlakon dan salah satu filem terbaharu yang dibintanginya adalah Hakai (2022).

 

 

 

(4) Seorang yang sukakan alam semula jadi dan minat mendaki.

 

 

 

 

(5) Aktres ini mula berlakon sejak kecil dan masih bertahan sampai sekarang.

 

 

Bagai mengimbau memori lama, memang terkenang zaman kanak-kanak betul kalau cakap tentang drama ‘Oshin’ kan?

IKLAN
Share