Masihkah anda ingat dengan pelakon jelita yang bergandingan dengan Shah Rukh Khan buat pertama kali menerusi filem Pardes? Ya, Mahima Chaudhry merupakan antara pelakon Bollywood wanita yang cukup popular di era 90-an. Mahima kemudiannya muncul dalam filem-filem popular seperti Daag, Dhadkan, Kurukshetra dan Dil Hai Tumhara.
IKLAN
Dan sekitar Jun tahun lalu, Mahima Chaudhry mengejutkan dunia hiburan Bollywood apabila membuat pendedahan tentang derita kanser payudara yang dihidapinya. Bagaimanapun, selepas menjalani rawatan, dia kini disahkan sembuh dan kembali aktif meneruskan karier seni. Mahima juga dikhabarkan sudah kembali membuat ‘comeback’ selepas muncul dalam sebuah filem berjudul The Signature dalam sebuah video yang dikongsikan aktor Anupam Kher di laman Instagram.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai respons daripada peminat yang berasa simpati namun berbangga melihat bintang filem berusia 48 tahun itu sangat kuat melawan penyakitnya. Lebih mengejutkan Mahima mendedahkan dia tidak pernah memaklumkan ibu bapanya tentang penyakit tersebut.
Malah Mahima pernah berkongsi anak perempuannya, Ariana enggan ke sekolah secara fizikal sepanjang tempoh pemulihannya dari kanser selama 2 bulan kerana gusar jika ibunya dijangkiti Covid-19.
Dan kini, Mahima semakin selesa bercakap dan berkongsi pengalaman dan perjuangannya melawan dan merawat kansernya, apatah lagi Mahima kini terpaksa menyesuaikan diri dengan memakai rambut palsu dan topi sebagai sebahagian daripada penampilan baharunya.
IKLAN
Bercakap pada portal Hindustan Times, Mahima gementar apabila dipuji berjaya menangani diagnosisnya, Mahima berkongsi, “Saya nampak saja berani tetapi saya sangat takut! Saya mengambil inspirasi dan kekuatan dari orang di sekeliling dan saya rasa semua orang seharusnya berbuat demikian apabila mereka takut.”
Mahima mendapat tahu dia menghidap kanser payudara tahun lalu selepas pergi membuat pemeriksaan tahunan awal tahun lalu. Dia juga mendedahkan bahawa dia kini perlu memakai rambut palsu dan topi untuk menutup rambut pendeknya.
IKLAN
“Saya rasa rambut palsu saya kelihatan cantik saja. Saya ok pakai rambut palsu, namun saya perlu terus memakai topi dan perlu menyesuaikan diri dengan perkara seperti itu.” Mahima ditemui ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini bersama anak perempuannya Ariana. Syukur, Mahima khabarnya kini bebas kanser.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Program realiti Keeping Up With The Kardashians akhirnya menutup tirai musim terakhirnya selepas 15 tahun ke udara. Menariknya, keluarga ini membuat kejutan dengan menghadiahkan jam tangan Rolex kepada kru-kru produksi sebagai tanda penghargaan.
Dalam sebuah majlis kecil yang diadakan, Kourtney, Kim, Khloe dan ibu mereka, Kris, juga turut menyampaikan ucapan sejurus penggambaran terakhir musim ke-20 itu pada Jumaat lepas.
Majoriti kru produksi meluahkan rasa terharu kerana terpaksa berpisah dengan program realiti tersebut. “Kami bertahan sekian lama kerana seronok bekerja dengan keluarga ini,” kata mereka.
Juruteknik audio Erin Paxton bekerja 14 tahun untuk produksi
Erin Paxton sebak hingga mengalirkan air mata
Tiba-tiba dapat hadiah jam tangan Rolex yang keseluruhannya bernilai RM1.2 juta ($300,000) tentu saja membuatkan kru-kru produksi itu menangis kegembiraan. Khabarnya sebanyak 30 utas jam mewah tersebut diserahkan kepada mereka sebagai tanda kenangan serta penghargaan.
“Hey guys, we just finished filming forever… like forever, ever. We’re done. We’re never filming again. Is that so crazy?
So, we’re having a drink with the crew in my backyard, hanging out. Cheers to… I don’t know, 15 years, 20 seasons of craziness and lots of love.” – Kim Kardashian
Antara babak menarik dalam program realiti Keeping Up With The KardashianMajlis perkahwinan Kim dan Kanye West di Florence, Itali turut ditayangkan dalam program ini
Walau bagaimanapun kelibat suami Kim Kardashian, Kanye West, tidak kelihatan dalam majlis tersebut, bagai mengiyakan khabar angin tentang perceraian mereka.
Program realiti Keeping Up With The Kardashian pertama kali ditayangkan pada 2007 dan merupakan program televisyen paling banyak tontonan sehingga mendorong banyak produksi menghasilkan program serupa.
Dalam kenyataan E! sebagai saluran rasmi program realiti popular tersebut, mereka menghentikan musim seterusnya bagi menghormati keputusan keluarga Kardashian untuk hidup tanpa kamera.
Sama seperti kebanyakan penyakit lain, penyakit kanser payudara juga tidak mendiskriminasikan jantina. Tanggapan masyarakat umum bahawa kanser payudara hanyalah penyakit wanita adalah tidak tepat kerana sebenarnya lelaki juga berisiko menghidapnya, bahkan berpotensi menjadi lebih berbahaya.
Pakar Onkologi Klinikal di Pusat Perubatan Sunway, Dr Nik Muhd. Aslan menjelaskan bahawa kanser payudara berpotensi untuk tumbuh dan merebak ke mana-mana sahaja tisu payudara yang terdapat pada seseorang individu, tidak kira sama ada mereka lelaki atau perempuan.
“Ia (kanser payudara) lebih jarang berlaku pada lelaki. Oleh itu, kes yang didiagnosis juga lebih terpencil.” Dr Nik Muhd. Aslan
Dr. Nik Muhd. Aslan
Kanser payudara yang terjadi kepada lelaki dan wanita, bagaimanapun, berkongsi banyak ciri yang serupa. Jenis kanser payudara yang paling lazim berlaku terhadap lelaki adalah jenis sama yang terdapat pada wanita, iaitu karsinoma duktus invasif, karsinoma lobular invasif dan karsinoma duktal in-situ (DCIS).
Selain itu, kebanyakan tanda-tanda awal kanser payudara yang dialami oleh lelaki juga sama seperti yang didapati pada wanita, misalnya terdapat ketulan pada tisu payudara mereka, permukaan payudara menjadi seperti kulit limau yang mengeras dan menegang, retraksi puting menyebabkan ia termasuk ke dalam dan terdapat lelehan cecair yang luar biasa.
FAKTOR HORMON
Pertama, adalah penting untuk memahami bahawa majoriti kanser payudara akan merebak disebabkan tindak balas terhadap hormon estrogen atau progesteron.
Ini kerana sel-sel kanser payudara yang positif reseptor hormon (HR-positif) mempunyai reseptor di luar dindingnya yang boleh melekat pada hormon tertentu yang beredar melalui badan dan membolehkan pertumbuhan berlaku.
Dr Nik menjelaskan bahawa lelaki mempunyai kemungkinan lebih tinggi untuk mengembangkan sel kanser payudara yang positif HR, jika dibandingkan dengan wanita.
“Tisu payudara tumbuh dengan sendiri sebagai tindak balas kepada estrogen yang dominan terdapat pada wanita, dan ia disekat oleh testosteron.
Walaupun pada umumnya ia adalah hormon wanita, tetapi lelaki juga memilikinya dalam badan mereka, namun pada tahap yang lebih rendah.
Sel kanser payudara pada lelaki sangat sensitif terhadap ketidakseimbangan hormon. Disebabkan itu, sebarang faktor atau keadaan yang boleh menyebabkan lebihan estrogen dan kekurangan testosteron akan meningkatkan risiko mereka mendapat kanser payudara.”
Keadaan seperti sindrom Klinefelter (keadaan genetik yang jarang berlaku yang mana lelaki mempunyai kromosom X tambahan dan menghasilkan tahap androgen yang lebih rendah), kecederaan pada buah zakar, penggunaan perencat androgen, sirosis hati (parut pada hati) dan juga obesiti boleh menjadi faktor yang mengakibatkan paras estrogen lelaki meningkat.
Walau bagaimanapun, disebabkan majoriti kanser payudara pada lelaki adalah HR-positif, ini juga menjadikan mereka lebih cenderung untuk bertindak balas terhadap rawatan hormon.
“Lelaki yang didapati menghidap kanser payudara HR-positif boleh memilih kaedah rawatan sama yang kami gunakan untuk merawat wanita dalam situasi yang serupa, iaitu terapi hormon menggunakan rawatan seperti Tamoxifen.
Seperti kemoterapi, ia adalah satu bentuk terapi sistemik yang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan risiko sel kanser daripada merebak, atau merawat kanser yang kembali semula selepas rawatan.” Dr Nik Muhd. Aslan
Foto: Unsplash
FAKTOR GENETIK
Faktor utama lain yang menjadi penyebab terjadinya kanser payudara lelaki ialah, kira-kira 1 daripada 5 pesakit didapati mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit tersebut.
Ini kerana lelaki juga boleh mewarisi mutasi dalam gen BRCA1 atau BRCA2 atau gen lain, seperti CHEK2 dan PALB2, yang sangat meningkatkan risiko mereka mendapat kanser payudara.
“Walaupun kita tidak mempunyai pilihan untuk menentukan jenis gen yang kita warisi, namun melakukan pencegahan awal adalah lebih baik daripada mengubati.”
Tambahnya lagi, lelaki yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser harus mempertimbangkan untuk mendapatkan nasihat doktor untuk menjalani ujian saringan genetik secepat mungkin, terutamanya bagi mereka yang berumur lebih daripada 50 tahun.
Ujian ini dilakukan melalui persampelan darah, yang mana kaunselor genetik boleh membimbing anda tentang perkara yang perlu diberi perhatian dan apa yang boleh dilakukan dengan keputusan yang diberikan.
Jika positif, kaunselor genetik juga boleh memberikan nasihat tentang rawatan masa depan untuk pesakit, serta apa yang bersesuaian untuk dilakukan oleh keluarga dan anak-anak mereka, jika ada.
RUJUK DOKTOR
Ketika ditanya mengenai perspektif lelaki yang disahkan menghidap kanser payudara berbanding wanita, Dr Nik menegaskan bahawa lelaki yang dikesan awal boleh sembuh lebih awal.
“Berdasarkan pelbagai kajian yang saya lihat, lelaki yang didiagnosis dengan kanser payudara mempunyai kadar kelangsungan hidup 8 hingga 9 peratus lebih rendah daripada wanita, tetapi ini boleh disimpulkan bahawa lelaki yang menghidap kanser payudara sering didiagnosis lewat.
Lelaki kadangkala akan menunggu terlalu lama untuk mendapatkan diagnosis bagi simptom yang mungkin mereka alami, atau tidak mengenali tanda amaran kanser payudara yang dalam badan mereka. Ini menyebabkan mereka lewat untuk melakukan diagnosis iaitu apabila sel kanser telah bermetastasis kepada keadaan yang lebih berbahaya.”
Sebagai penutup, Dr Nik menasihatkan golongan lelaki supaya tidak takut untuk mendapatkan pendapat doktor jika mereka mendapati diri mereka mengalami mana-mana gejala yang disebut berkaitan dengan kanser payudara.
“Kanser payudara boleh diubati, dan ia sangat boleh dirawat sekiranya dikesan dari awal. Pengaruh persepsi lelaki dan kesediaan mereka untuk diperiksa memainkan peranan penting dalam mendapatkan diagnosis awal. Oleh itu, golongan lelaki harus diberi sokongan untuk mendapatkan bantuan apabila mereka memerlukannya.” Dr Nik Muhd. Aslan
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tapi siapa bilang hujan itu tidak bagus, sedangkan turunnya hujan untuk membersihkan? Bercerai tidak salah, jika itulah sebaik-baik jalan kebahagiaan menuju kampung abadi kita di akhirat nanti.
Nona tertarik berkongsi kupasan Peguam Syarie Muhammad Amirul Akmal Ismail dari Amirul Akmal & Associates tentang satu babak menarik dalam drama ‘Hati Yang Tersakiti’ (TV3). Antara babak dalam drama yang sedang viral ini adalah ketika Ramona diceraikan oleh Haris.
Peguam Syarie Ustaz Amirul Akmal
“Drama Melayu setiap kali babak penceraian mesti lelaki lafazkan cerai di luar Mahkamah Syariah. Pembuat drama tolonglah buat babak cerai seperti seorang lelaki budiman.
Lelaki budiman nak cerai dia jumpa keluarga mertua semula pulangkan anak dia.Pergi ke Mahkamah Syariah dan failkan cerai, lafaz cerai di hadapan Hakim. Barulah budiman.
Ni balik-balik babak cerai mesti luar Mahkamah Syariah. Masyarakat jadi terikut dengan perbuatan ini. Cerai luar Mahkamah ni kena buat pengesahan lafaz cerai luar Mahkamah. Menurut S57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor, jika seorang telah ceraikan isteri di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, maka dia perlu memfailkan pengesahan lafaz talaq dulu.
Dah sah talaq lepas disiasat oleh YA Hakim dengan sewajarnya barulah dikira sah lafaz cerai tersebut.
Namun masyarakat hari ini dah tak kisah halal haram, lafaz cerai dibuat main-main. Cerai dan rujuk sesuka hati sedangkan kita ada undang-undang. Untuk pengetahuan semua, lafaz cerai di luar Mahkamah tanpa kebenaran Mahkamah merupakan satu kesalahan yang boleh didenda satu ribu ringgit atau penjara tak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.
Jadilah suami yang budiman jangan jadi suami seperti Haris yang ceraikan Mona di luar Mahkamah. Jadilah budiman sikit wahai suami… Barulah macho!
Drama Melayu perlu kurangkan babak ini dan buat babak penceraian di Mahkamah itu lebih baik. Kita harus didik masyarakat untuk mematuhi hukum syara’ dan undang-undang dengan sebaiknya.
Kepada isteri yang diceraikan di luar Mahkamah tanpa kebenaran Mahkamah, segeralah membuat permohonan pengesahan lafaz talaq jika suami anda telah berbuat demikian.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...