Boleh Cuba! JASMIN HAMID Kongsi Petua Turunkan Kolestrol

Setiap selebriti pasti ada petua dan tip kecantikan yang diamalkan untuk sentiasa kekal cantik dan bertenaga. Tidak terkecuali, pelakon popular Jasmin Hamid yang berkongsi amalan minuman kacang bendi yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya, @jasminhamidjh.

Seperti yang sedia maklum, sayuran kacang bendi sememangnya mengandungi pelbagai khasiat yang baik  untuk pesakit kencing manis atau diabetes.

Tulis Jasmin dalam media sosialnya,  “Pada yang selalu mengalami kebas-kebas kaki dan tinggi bacaan kolestrol. Selepas amalkan minuman air ini you all tidak lagi kebas  kaki, kolestrol juga  insyaallah akan turun.

Cara penyediaan:

  1. Kacang bendi 10-15 biji dibasuh dan dipotong
  2. Air masak 1 liter
  3. Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air
  4. Simpan di dalam peti sejuk

Minum selalu . Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja.

Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar. Cubalah. Semoga bermanfaat. Hebat bukan?”

Jadi, bagi anda yang sering  mengalami kebas-kebas kaki tidak salah kalau mahu mencuba!

IKLAN
Share