Tinggal beberapa hari lagi menjelang Aidilfitri, siapa yang tak mahukan kulit wajah berseri? Nah, masih belum terlambat untuk buat persiapan, cuma gunakan Hada Labo Hydrating Water Gel ini sebagai booster kulit terbaik berasaskan kaedah ‘Cara Kecantikan Wanita Jepun’. Memang menjadi!
Cuaca panas dan kurang minum air kerana berpuasa boleh membuatkan kulit kita jadi kering laksana tanah kemarau. Kulit kering boleh mengundang banyak masalah lain seperti kulit sensitif, kekusaman, garis-garis halus dan liang pori kasar. Malah, nak bersolek pun susah, tak licin pula tu.
Tapi jangan risau, ada solusi mudah untuk diikuti. Gunakan pelembap Hada Labo Hydrating Water Gel terbaharu sebagai langkah wajib bagi memastikan kulit anda kekal lembap dan bersedia untuk beraya dengan penuh gaya.
Hada Labo Hydrating Water Gel
PELEMBAP UNTUK SEMUA
Ramai yang salah anggap, kononnya hanya kulit kering saja yang perlu pelembap. Ehem, itu mitos ya! Kulit berminyak pun memerlukan pelembap untuk mengimbangi pengeluaran minyak dan menjaga kesihatan kulit. Bagi yang kulit berminyak atau kombinasi, pilihlah pelembap bertekstur gel yang mudah meresap dan ringan di kulit.
Tip Pilih Pelembap Kulit
Pilih pelembap yang mampu melembapkan secara mendalam, menenangkan kulit, dan menguatkan penghalang kulit untuk kesihatan kulit yang optimal.
Ads
Pilih berdasarkan jenis kulit di bawah:
Kulit berminyak: tekstur gel
Kulit kering: tekstur krim
Hada Labo
Carilah pelembap dengan manfaat tambahan seperti perlindungan terhadap cahaya biru yang boleh menyebabkan penuaan pramatang. Sumber utama cahaya biru adalah dari matahari dan peranti digital.
Ads
JUARA PERSIAPAN RAYA
Nak tahu rahsia kulit lembap dan berseri-seri menjelang Raya? Hada Labo Hydrating Water Gel adalah jawapannya! Dengan keajaiban 4 jenis Asid Hyaluronik dan Ceramide, ia mengunci, mengisi semula, dan memulihkan kelembapan kulit secara mendalam.
Teksturnya yang berasaskan gel dan ringan sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi, meresap segera tanpa meninggalkan rasa melekit, memberikan kesegaran dan kelembapan yang berpanjangan.
Hada Labo Hydrating Water Gel
Ads
Hada Labo Hydrating Water Gel
Bukan itu saja, ia juga kaya dengan Ekstrak Kaktus yang sarat dengan antioksidan untuk menenangkan iritasi kulit dan melindungi dari kerosakan radikal bebas. Ditambah dengan 2 Prebiotik yang menguatkan penghalang kulit dan Carnosine yang melindungi dari cahaya biru, kulit anda tidak hanya disiapkan untuk Raya, tetapi juga dilindungi dari pelbagai masalah kulit.
Justeru, buatlah pilihan terbaik untuk persiapan Raya. Hada Labo Hydrating Water Gel juga bebas dari alkohol, paraben, pewarna, minyak mineral, MIT, dan Diglycol. Jadi, bersiaplah untuk menyambut Raya dengan kulit yang lembap, berseri, dan sihat!
Penyanyi Adira Suhaimi selamat melahirkan bayi lelaki menerusi kaedah pembedahan sektar 1 tengahari tadi.
Adira yang kini berusia 31 tahun, meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran anaknya yang seberat 3.5 kilogram itu berjalan dengan lancar dan selamat.
“Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan ubat bius yang dijalani tengahari tadi.
“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turu ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.
“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,”katanya.
Terdahulu, pelantun lagu Ilusi ini menyembunyikan kehamilannya sehingga memasuki trimester ketiga.
Adira mendirikan rumahtangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemakaian pelitup muka kini diwajibkan setiap kali keluar rumah. Cuaca panas terik di luar pula membuatkan kulit jadi kemerah-merahan dan iritasi. Serba-salah jadinya! Tapi, tentu anda lega apabila masalah itu ada solusinya, kan?
Antara penyebab yang menjurus kepada kesihatan kulit terganggu adalah cuaca, amalan pemakanan, liang pori tersumbat dan terkini, mungkin disebabkan pengaliran udara yang terhalang akibat fabrik pemakaian pelitup muka yang tidak sesuai. Kita berpeluh lebih dari biasa dan hasilnya berpunca dengan kulit yang ‘breakout’.
Selain membuat pilihan pelitup muka berfabrik sesuai, apakata kita cuba ubah rutin penjagaan kulit. Jenama La Roche-Posay daripada L’Oreal mungkin boleh jadi ‘teman baik’ anda selepas ini agar memberikan ketenangan kepada kulit sensitif kamu. Kita mula dengan rutin Effaclar hari ini OK!
Tips La Roche-Posay untuk anda:
#1 Terdapat banyak koleksi topeng muka di pasaran. PILIH YANG TEPAT! Tentulah pelitup muka yang bermaterial lembut, sekiranya kulit anda sensitif.
#2 Gunakan pencuci gel untuk pembersihkan kulit sempurna dan pada masa yang sama mengekalkan keseimbangan pH. Anda MESTI CUBA Effaclar Purifying Foaming Gel Cleanser.
#3 Gunakan produk Serozinc yang mengandungi Zinc Sulfate untuk mengawal pengeluaran sebum dan mengurangkan ‘kemunculan’ liang pori.
#4 Pilih pelembap atau krim yang boleh membantu mengurangkan cela, kekal matte dan merawat kulit berjerawat dan bermasalah. Effaclar Duo+, Effaclar K+ atau Effaclar Mat boleh dimasukkan dalam senarai pilihan terbaik untuk anda.
Jadi biarkan masalah kulit menjadi isu utama anda. Jom kita mulakan hari ini dengan rutin penjagaan kulit baharu menggunakan rangkaian produk Effaclar untuk kulit sensitif anda!
Mulakan dengan Effaclar Purifying Foaming Gel. Produk ini membersihkan kotoran dan minyak berlebihan pada wajah sambil mengekalkan keseimbangan pH kulit. Ia terbukti mengurangkan kulit berjerawat!
Kemudian, gunakan produk Serozinc, oil blotter facial mist yang dihasilkan untuk memberi keselesaan pada kulit berjerawat, mengawal kilauan dan mengetatkan liang pori.
Akhiri rutin anda dengan salah satu daripada tiga pelembap ini; Effaclar Duo+, Effaclar K+ atau Effaclar Mat, bergantung kepada kondisi kulit anda. Setiap pelembap ini mempunyai keistimewaan tersendiri untuk ‘berperang’ dengan kulit bermasalah.
KELEBIHAN tiga pelembap ini yang anda perlu tahu:
Effaclar Duo+ (Untuk Kulit Berjerawat)
Pelembap anti-jerawat, anti-cela dan anti-pengulangan dengan Salicyclic acid serta LHA
Kesan yang boleh dilihat seawal 12 jam
Menyingkirkan cela, kesan tidak sempurna pada kulit dan memperbaiki liang pori tersumbat
Memberi keselesaan
Effaclar K+ (Untuk Kulit Berminyak)
Pelembap dengan Salicyclic acid. Ia anti-oksida dan anti-sebum selama lapan jam
Sesuai untuk kulit yang dengan bintik hitam, tekstur tidak sekata dan kilau berlebihan
Selepas penggunaan satu bulan, tekstur kulit menjadi lebih halus, liang pori tidak tersumbat dan kilauan pada wajah lebih terkawal
Terbukti anti-pengulangan terhadap kesan cela dan bintik hitam
Effaclar Mat (Untuk Kulit Normal ke Berminyak)
Pelembap kawalan sebum
Menghalang kilau pada kulit dan memastikan kulit sentiasa halus dan matte
Memberi keselesaan
Jadi, anda boleh terus tersenyum dan membuat pilihan tepat untuk kulit anda!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memecah dominasi patriarki dalam bidang sains kimia dan nanoteknologi, pencapaian Academician Prof Datuk Dr Halimaton Hamdan ini jelas amat membanggakan.
Eksklusif sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2021, Nona mengatur bicara dengan Saintis Akademik berusia 65 tahun itu demi meresap aspirasi dan semangat berbaktinya.
Lembut dan bersahaja. Begitulah personaliti Prof Halimaton, anak Johor dan ibu kepada dua cahaya mata ini. Siapa sangka di sebalik senyuman manis yang terukir di bibirnya, beliau memegang pelbagai portfolio penting di Malaysia.
Jika mahu disenaraikan segala anugerah, pencapaian, pengiktirafan, penulisan mahupun penyelidikan akademik Prof Halimaton di peringkat nasional dan antarabangsa, barangkali terlalu panjang untuk ditulis.
Prof Halimaton pernah menerima Anugerah Merdeka 2009 kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi
Kerja-kerja kebajikan Prof Halimaton sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MyPrihatin
Selain bergelar Profesor Kimia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Prof Halimaton juga merupakan Pengerusi Malaysia Institute for Innovative Nanotechnology (NanoMITe), Pengerusi Lembaga Pentadbiran International Science, Technology and Innovation Center (ISTIC) di bawah UNESCO, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MyPrihatin serta Senior Fellow Akademi Sains Malaysia.
Tengoklah senarai tu, bukan calang-calang wanita mampu menggalas jawatan sehebat Prof Halimaton!
HARI WANITA
Tanggal 8 Mac setiap tahun diangkat sebagai hari istimewa untuk meraikan wanita di seluruh dunia. Bagi Prof Halimaton, beliau berbangga dengan pencapaian wanita Malaysia dalam bidang sains.
“Sebenarnya jika dibandingkan dengan negara membangun dan maju sekali pun, pencapaian wanita Malaysia dalam bidang sains hari ini sangat baik.
Wanita Malaysia bebas memilih bidang pengajian semenjak Malaysia merdeka dan telah menerima gaji dan sokongan yang sama.
Jadi melalui pengalaman dan pemerhatian saya, wanita dalam bidang sains di Malaysia telah membuktikan kebolehan mereka dalam penyelidikan, pembelajaran dan industri yang mereka ceburi.”
Bersandarkan falsafah hidup, ‘Tanya diri sendiri dan buat apa yang termampu tanpa menyusahkan orang lain,’ Prof Halimaton menjadikan arwah ayahnya sebagai sumber inspirasi. “Arwah seorang yang tegas, berintegriti dan mengutamakan pendidikan dalam kehidupan.”
Masih kekal anggun dan menawan pada usia 60-an
Sedekad kebelakangan ini, nama Prof Halimaton cukup masyhur dengan gelaran ‘Prof Maerogel’ susulan penemuan beliau mencipta aerogel daripada sekam padi. Bagaimana agaknya perkembangan penemuan tersebut setakat ini?
“Aerogel daripada sekam padi (Maerogel) yang ditemui telah menerima paten Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Penghasilan Maerogel telah dibangunkan di peringkat pasca-makmal dan pra-komersial.
Melalui kajian lanjutan yang telah dijalankan, berasaskan permintaan industri, teknologi penghasilan aerogel silika telah dipertingkatkan, yang mampu menyelesaikan masalah keselamatan dan penggunaan tenaga yang tinggi.
Penghasilan aerogel silika menggunakan teknologi Renewable Silica (RenSil-A) ini telah diuji untuk penggunaan oleh industri penebat haba (insulation blanket), sarung tangan, kabel elektrik dan paip gas dan minyak.
Dengan kerjasama daripada industri, projek penghasilan RenSil-A yang pertama akan dibangunkan dalam masa terdekat,” cerita Prof Halimaton panjang lebar.
Kredit foto: Merdeka Award
Terkini, saintis akademik hebat ini sedang dalam fasa akhir projek penyelidikan NanoMITe (2015-2020). Mereka sibuk membangunkan sistem pirolisis pasca penyelidikan bagi penghasilan bahan api jet (jet biofuel) daripada biojisim kelapa sawit.
“Kami juga dalam proses komersial produk dan teknologi penyelidikan, merancang hala tuju strategik dan pengurusan ISTIC, memperbaiki perlaksanaan pembelajaran atas talian pasca COVID-19 di UTM, melaksanakan program pemerkasaan ilmu STEM kepada guru bersama ISTIC dan Pusat STEM serta merancang hala tuju strategik penyelidikan nanoteknologi (NanoMITe).”
Sebagai ahli akademik, Prof Halimaton tidak menafikan turut bimbang dengan masa depan pendidikan sains pasca COVID-19.
“Pendidikan sains sangat terjejas oleh pandemik. Seperti yang kita maklum, pendidikan sains di Malaysia sedang dalam proses pemerkasaan dengan menerapkan pendekatan belajar memahami dengan melakukan eksperimen.
Pandemik COVID-19 telah memaksa pembelajaran atas talian dijalankan secara tiba-tiba yang merencatkan pembelajaran sains khususnya. Justeru, kita menghadapi cabaran yang sangat besar untuk memastikan pembelajaran sains yang telah tertinggal di semua peringkat dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Pelajar perlu mampu mengubah ilmu sains alam maya ke alam nyata sebaik sahaja mereka bersekolah semula,” luahnya sambil menyatakan alangkah baik jika rakyat Malaysia telah dibekalkan dengan ilmu sains yang menyeluruh sebelum ini.
Generasi zaman ini lebih cenderung belajar secara visual, kurang kemahiran motor, jauh sekali minat terhadap sains. Komen Prof?
“Kecenderungan ini bukan atas dasar keperluan tapi kemudahan. Sekiranya pembuat polisi memahami keperluan asas pembelajaran sains adalah melalui pendekatan membuat dan mengalaminya secara nyata dan diberikan keutamaan, minat terhadap sains pasti dapat dikekalkan.
Sebagai contoh, dengan melihat video orang memasak sesuatu resipi tidak menghasilkan makanan yang sedap jika kita tidak memasak sendiri dan memahami ilmu yang terlibat.”
YAYASAN MYPRIHATIN
Selain bidang pendidikan, Prof Halimaton juga aktif dalam bidang amal kebajikan. Antaranya sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MyPrihatin.
“MyPrihatin telah ditubuhkan oleh sekumpulan pemuda untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan dan sihat.
Badan amal ini berhasrat melaksanakan program tertentu, menggunakan bantuan yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat untuk dimanfaatkan oleh golongan yang memerlukan.
Pengalaman saya dalam akademik dan bidang sains mendorong saya untuk membantu Yayasan menyumbang ke arah tersebut. Kita mahu membantu golongan yang memerlukan untuk mendapatkan ilmu yang sesuai untuk membantu kehidupan masa hadapan.
Banyak pengalaman berharga yang ditimba sepanjang bergelar Pengerusi Yayasan MyPrihatin. Namun salah satu yang paling bermakna bagi saya adalah sewaktu kami bekerjasama dengan Yayasan IJN.
Ketika itu MyPrihatin telah membantu melalui proses logistik yang membolehkan ramai pesakit kanak-kanak untuk menjalani pembedahan di IJN. Ramai pesakit kanak-kanak daripada golongan keluarga B40 dapat dibantu untuk mendapatkan rawatan di IJN.
Pengalaman itu cukup-cukup berharga bagi saya,” akhirinya.
Syabas Prof Halimaton! Nona mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia 2021 buat seluruh wanita yang sentiasa berbakti, berkorban masa dan keringat demi masa depan anak pertiwi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.