Kepul-kepul asap dari hembusan rokok, sekalipun tak kelihatan di mata kasar namun yang melekat pada rambut serta baju tetap memudaratkan. Inilah yang terpaksa ‘ditelan’ oleh wanita moden berkerjaya dalam persekitaran tempat yang dikelilingi perokok. Dalam bahaya, tidak mustahil kesihatan juga terancam gara-gara asap rokok pasif atau dikenali second-hand smoker.
Menurut kajian, perokok pasif adalah mereka yang secara tidak sengaja dipaksa menyedut asap rokok yang dihembuskan oleh perokok.
Walaupun seseorang wanita itu tidak merokok tetapi beliau terdedah kepada asap yang dihembus keluar daripada mulut rakan perokok di pejabat dan tempat-tempat awam yang dikunjungi.
Tak adil, bayangkanlah kelompok perokok pasif sebenarnya terdedah kepada ancaman asap rokok yang dihembus oleh perokok aktif. Ketika bekerja dan dikelilingi perokok aktif, kesihatan kita masih boleh terancam kerana rokok yang dinyalakan akan melepaskan asap rokok yang mengandungi lebih 7000 bahan kimia, dan kira-kira 250 daripadanya dikenal pasti berbahaya termasuk mengandungi hydrogen cyanide, karbon monoksida dan ammonia.
TAR seringkali disalah erti sebagai bahan yang digunakan dalam pembuatan jalan raya tetapi TAR yang dibincangkan sebenarnya adalah sisa-sisa zarah yang terkandung dalam asap rokok.
Apabila nikotin dan wap air dikeluarkan dari asap rokok, yang tertinggal adalah TAR dan TAR ini boleh melekat kepada perabot, beg, baju mahupun kulit kita. Walaupun rokok telah dipadam, bahan kimia toksiknya tetap boleh menjejaskan kesihatan orang yang berhampiran.
Berdasarkan penyelidikan, sebanyak 4 daripada 10 orang di Malaysia yang bekerja di dalam bangunan terdedah kepada asap rokok basi yang turut akan memberi kesan negatif terhadap perokok pasif.
Ads
PENYELESAIAN BEBAS ASAP
Bagaimana boleh majikan serta para perokok menangani masalah merokok ini di tempat kerjaya? Pada mereka yang merokok, berhenti merokok merupakan cara yang terbaik untuk masalah ini, namun bukan kesemua orang boleh berhenti ataupun mahu berhenti.
Oleh itu, majikan boleh mengambil dan mempertimbangkan langkah untuk memelihara kesihatan para pekerja terutamanya golongan wanita dan mereka yang tidak merokok.
(1) Majikan menganjurkan ceramah kesihatan berkaitan dengan pengurangan bahaya tembakau (Tobacco Harm Reduction)
Ads
Kempen Tobacco Harm Awareness merujuk kepada usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya rokok dan kesan buruknya terhadap kesihatan.
Tujuannya adalah untuk memberikan informasi kepada masyarakat tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok dan mendorong perubahan perilaku untuk mengurangkan atau menghentikan penggunaan tembakau.
Antara yang boleh dilakukan adalah memberi pendidikan kesihatan, umpamanya menyediakan maklumat yang jelas dan mudah difahami tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok. Majikan juga boleh menawarkan program bantuan untuk berhenti merokok seperti sesi kaunseling, aplikasi berhenti merokok atau kelompok sokongan.
(2) Mengadakan minggu bebas asap rokok dan menggalakkan gaya hidup aktif
Ads
Dengan mewujudkan persekitaran bebas asap rokok di tempat kerja, majikan dapat mengurangkan bahaya terhadap dedahan bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Apabila udara persekitaran bersih dan segar, barulah kesihatan terjamin serta mengurangkan risiko berkaitan asap rokok.
Dengan menggalakkan perokok untuk berubah kepada penggunaan produk alternatif bebas asap seperti Heated Tobacco Product (HTP) yang mampu mengurangkan kemudaratan kesihatan sebanyak 95% berbanding menghisap rokok tradisional.
HTP merupakan produk yang hanya memanaskan tembakau dan tidak membakar, oleh itu ia tidak melepaskan asap rokok yang merupakan punca utama penyakit berkaitan rokok.
Menyedari ruang persekitaran bekerja mengambil 1/3 masa kehidupan kita, penting untuk memastikan ia selesa serta selamat untuk semua pekerja termasuklah golongan bukan perokok, tidak kira lelaki mahupun wanita.
Bertukarlah kepada gaya hidup yang lebih sihat demi kebaikan semua pihak. Dunia tanpa asap rokok bukan saja menyegarkan, malah tanda prihatin kita terhadap kesihatan diri serta orang tersayang!
Kini nak dapatkan konten-konten eksklusif Majalah Nona bersama selebriti, tetamu diraja, VVIP, usahawan dan wanita-wanita sukses menjadi lebih mudah dengan adanya aplikasi terbaharu, seeNI.
Nu Ideaktiv, dengan bangganya memperkenalkan seeNI, sebuah aplikasi baru yang direka untuk mengumpulkan pelbagai jenis konten dalam satu lokasi yang mudah diakses.
“Tujuan seeNI dibangunkan adalah untuk memudahkan pengguna mengakses konten-konten lokal yang pelbagai. Kami di seeNI ibaratnya chef yang dah ada semua bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis masakan untuk selera setiap lapisan generasi.
Jadi kami gabungkan semuanya untuk menghasilkan sesuatu yang semua orang boleh kongsi dan enjoy bersama-sama.” Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim
seeNI merupakan aplikasi tunggal yang mempunyai pelbagai jenis konten di dalamnya. Konten yang dipilih telah diteliti sesuai dengan selera dan minat para pengguna.
Sama ada anda seorang peminat fesyen, sedang mencari ilmu keibubapaan, seorang peminat sukan, atau sedang mencari pencerahan spiritual, seeNI bersedia dengan sesuatu yang istimewa untuk anda.
Platform seeNI menawarkan pelbagai pilihan konten sesuai selera masing-masing. Artikel bagi mereka yang gemarkan berita dan pandangan dengan maklumat yang mendalam untuk memberi informasi dan hiburan.
Podcast yang membawakan perbincangan tentang topik-topik menarik. Pelbagai jenis video untuk menghibur dan mendidik dan novel dalam talian yang akan membawa anda menjelajah ke alam baru.
Konten-konten yang diperolehi di seeNI diperoleh daripada rangkaian 19 penerbit digital terkemuka di bawah payung Nu Ideaktiv. Penerbit-penerbit terkemuka ini menghasilkan konten berkualiti dalam pelbagai bidang. SeeNI pula telah mengumpulkan konten-konten di dalam aplikasinya, menjadikan akses lebih mudah bagi pengguna.
“Kami sangat bersemangat untuk memperkenalkan seeNI sebagai destinasi utama bagi pencinta konten lokal di luar sana. Dengan seeNI, anda boleh menjelajah dunia pengetahuan, hiburan, dan inspirasi, semua dalam satu tempat.”
Mudah sangat nak muat turun seeNI dalam peranti digital anda. Ikuti cara-cara di bawah:
1. Scan QR kod di bawah. Atau download seeNI di Playstore atau Google Store.
2. Pilih tetapan bahasa yang disukai.
3. Pilih kategori yang diminati. Anda boleh memilih seberapa banyak yang anda mahukan.
4. Tahniah, seeNI anda bersedia untuk digunakan! Masa untuk skrol sampai lebam!
Jadi tunggu apa lagi? Semua sudah ada di seeNI. Tunggu download sahaja di link ini (klik untuk download)
Dah download, jangan lupa follow kami di media sosial ya!
Kehebatan jenama Swarovski begitu gah dek gemerlapan dan kerdipan batu permata yang memukau pandangan bakal menyerlahkan keperibadian, memperkuat dan meningkatkan keyakinan diri. Istimewanya, Swarovski telah menyediakan sebuah Crystal Studio demi memberi kemudahan kepada peminat setianya untuk mengadun sendiri aksesori pilihan hati.
Noor Neelofa teruja memilih aksesori di samping berpeluang mix and match barangan kemas kesayangannya, Swarovski.
Umpama berada di suatu dimensi luar biasa sambil meneroka kemilau barangan kemas dan batuan permata saat melangkahkan kaki ke gedung konsep terbaharu Swarovski yang secara rasminya telah dibuka di Malaysia. Lebih teruja apabila Crystal Studio ini merupakan gedung konsep pertama di rantau Asia Tenggara seumpama di Milan, Paris, Shanghai dan Beijing.
Noor Nabila gembira membeli-belah di Swarovski Crystal Studio buat kali pertama seperti berada di gedung Swarovski Milan, Paris, Shanghai dan Beijing.
Sebaik menjejakkan kaki, mata pasti tertumpu dengan Crystal Bar yang menjadi nadi kepada ruang indah ini. Crystal Bar ini diilhamkan demi memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati sendiri pengalaman mencipta stail pilihan hati. Pelanggan akan dibantu oleh jurujual terlatih untuk mix and match aksesori pilihan untuk diri sendiri atau pun insan tersayang.
Bagi merasai sendiri pengalaman berada di Crystal Studio yang eksklusif dan canggih ini, klik di sini.
Swarovski Crystal Studio ini mengusung konsep moden sofistikated dengan membangkitkan elemen kemewahan dan glamor. Rekaan dalaman yang unik ini menjadikan Swarovski Crystal Studio ini berbeza dengan butik lain di Pusat Membeli Belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
Terserlah balutan sentuhan feminin menghiasi rekaan Swarovski Crystal Studio ini lantas menggambarkan selera Chairman of the Executive Board and CEO Consumer Goods Business, Robert Buchbauer, yang ingin menampilkan tema “Innovation, creativity and the customer,“.
Mengaplikasi warna-warna yang sangat lembut dan disuntik dengan elemen ikonik biru Swarovski mampu mencipta momen terindah buat pelanggan dan bagai tidak terasa masa berlalu saat bermain dengan pelbagai rekaan yang telah tercipta.
Berteraskan kreativiti dunia fesyen barangan kemas dalam memartabatkan barangan hiasan wanita, Swarovski juga menawarkan pengalaman berbelanja secara online. Di alam maya pelanggan boleh memilih pelbagai produk aksesori seperti gelang, rantai, cincin dan jam tangan dengan taburan kristal digarap penuh pesona dengan kemudahan pengeposan secara percuma.
Istimewanya, bersempena pembukaan Crystal Studio yang pertama di Asia Tenggara ini, Swarovski menghadiahkan sebuah pemegang kad yang eksklusif dengan pembelian RM700 ke atas sepanjang 14 September 2020 hingga 27 September 2020.
Penyanyi Adira Suhaimi selamat melahirkan bayi lelaki menerusi kaedah pembedahan sektar 1 tengahari tadi.
Adira yang kini berusia 31 tahun, meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran anaknya yang seberat 3.5 kilogram itu berjalan dengan lancar dan selamat.
“Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan ubat bius yang dijalani tengahari tadi.
“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turu ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.
“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,”katanya.
Terdahulu, pelantun lagu Ilusi ini menyembunyikan kehamilannya sehingga memasuki trimester ketiga.
Adira mendirikan rumahtangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.