Menyerlahkan kecantikan wajah seharusnya bermula dari penjagaan dan produk yang serasi dengan kulit. Dengan rutin dan amalan penjagaan yang konsisten, pasti lama-kelamaan memberi hasil yang diidamkan. Kerana itu, pilihan produk yang tepat seperti HANEUL adalah kunci mengaktifkan keremajaan dan keserian wajah yang paling berkesan.
Faktor persekitaran yang berdebu serta cuaca panas menyumbang kepada masalah kulit seperti tona tidak sekata, kusam dan parut. Meskipun banyak pilihan penjagaan wajah yang diperkaya Vitamin C, namun tidak semua orang serasi dengan bahan aktif ini.
Pilihan yang baik adalah produk penjagaan wajah yang mampu mencerah dengan lembut dan tidak memudaratkan kulit. Berasaskan inovasi sumber alam dan kecanggihan sains, jenama HANEUL dilahirkan untuk menyelesaikan masalah ini.
Kembali kepada asas penjagaan kecantikan, sebenarnya kita tak perlulah terlalu taasub dengan rawatan aestetik jika mampu menjaga kesihatan kulit dari awal. Kalau boleh, elakkan juga produk yang diformulasi tanpa R&D atau menggunakan bahan-bahan yang kuat serta boleh merosakkan kulit.
Terdapat 3 elemen penting dalam rutin asas penjagaan kulit iaitu membersih, melembap dan memakai krim pelindung UV setiap hari.
Ads
Rutin 1: Membersih kulit wajah dengan Haneul Brightening Cleanser
Bagi mencerahkan kulit kusam dan menyerikan wajah, pilih pembersih yang dirumus khusus dengan bahan pencerah yang selamat untuk kulit.
Banyak produk pembersih di pasaran yang diperkaya dengan Vitamin C dan Retinol, namun jika dipakai secara berlebihan boleh merengsakan kulit. Haneul Brightening Cleanser merupakan pilihan pembersih krim berbuih terbaik, lembut dan efektif tanpa rumusan merbahaya.
Dengan formula tidak mengeringkan kulit wajah, Haneul Brightening Cleanser sesuai untuk wanita yang gemar memakai solekan. Ia tepat untuk rutin double cleansing serta cucian kedua selepas memakai makeup remover.
Ads
Haneul Brightening Cleanser mengandungi dua bahan aktif pencerahan iaitu ekstrak White Blossom dan Niacinamide. Selain itu, gabungan bahan lain seperti Centella asiatica, ekstrak Morus alba, ekstrak Pyrus malus, Tricholoma matsutake, Oxalis triangularis, daun Camellia sinensis, bunga Camellia japonica dan Thymus serpillum membantu membekalkan antioksidan, melegakan rengsa serta menyerikan kulit.
Rutin 2: Melembapkan kulit
Walaupun kulit anda tidak terasa tegang atau kering selepas membersihkan muka, anda harus menggunakan pelembap. Apabila anda menggunakan pelembap muka, anda membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit, melindunginya daripada kekeringan dan kerengsaan.
Petua: pelembap bertindak dengan baik apabila anda sapukan pada kulit yang lembap, jadi sapukannya sejurus selepas pembersihan.
Ads
Rutin 3: Memakai Pelindung UV Haneul Brightening Sunscreen SPF50 PA+++
Langkah ketiga dalam rutin penjagaan kulit asas yang berkesan ialah pelindung matahari. Lebih banyak pendedahan kulit dengan cahaya matahari, lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah kerosakan kulit akibat sinaran UV.
Untuk perlindungan yang berkesan, pakai Haneul Brightening Sunscreen SPF50 PA+++ dengan formula melindungi dan melembapkan kulit. Bertekstur krim, ia sama sekali tidak meninggalkan kesan putih atau white cast pada wajah.
Haneul Brightening Sunscreen SPF50 PA+++ merupakan pelindung UV hibrid yang mengandungi formulasi ekstrak White Blossom, Niacinamide dan Betaine. Krim pelindung UV ini perlu diulang pakai selepas dua atau tiga jam agar kulit kekal terlindung dari sinaran matahari.
Begitu berkesan dan selamat untuk kulit, produk Haneul amat sesuai untuk wanita yang sering on-the-go. Kini ia boleh didapati melalui Shopee: haneul.os (klik sini), Jangan lupa untuk memasukkan kod voucher HANEGLOW juga di Shopee.
Jemput layari juga media sosial Haneul untuk kemas kini terbaharu di Instagram @haneul.my dan TikTok @haneul.my.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Drama terbaharu Astro, DIA IMAMKU buat ramai melekat, muka ego Siti Saleha diramal bakal ‘kacau emosi’ sepanjang musim Ramadan dan Raya nanti.
Dalam bermacam-macam program dan drama yang ditayangkan sempena Ramadan Screening Astro baru-baru ini, rasanya drama DIA IMAMKU yang paling dekat di hati dan sangat ditunggu-tunggu. Membawakan tagline #MeriahLainMacam, cerita daripada karya Siti Rosmizah kali ni ada ‘aura’ tersendiri.
Baru tengok episod pertama dah rasa serba tak kena. Bukan sebab Siti Saleha terlalu cantik macam artis mix Korean, tapi kali ini beliau bawa watak wanita sukses yang angkuh dan berhati batu.
Mula-mula lagi Cempaka Humairah (Siti Saleha) dah portray karakter Alpha Female yang hebat. Seorang jelita lulusan luar negara kembali ke Malaysia untuk uruskan bisnes keluarga. Anak kenamaan, kaya dan cantik, tak mungkinlah jatuh hati dengan Amiruddin atau Amir (Kamal Adli) yang kerjanya driver?
Kesian Amir hari-hari kena marah. Berdesing telinga kena maki dengan wanita sukses bernama Humairah yang sombong dan berlagak. Tapi akhirnya takdir berubah, lelaki itulah penyelamatnya ketika maruah diri dipijak-pijak!
Ah, tiada yang mustahil kalau namanya karya hebat garapan penerbit serta penulis novel, Siti Rosmizah. Buat peminat drama popular Andai Itu Takdirnya dan Takdir Itu Milik Aku, drama emosi DIA IMAMKU ini dijangka menjadi satu lagi karya ‘talk-of-the-town‘.
Dalam kesempatan Nona berjumpa Kamal Adli semalam, suami kepada Uqasha Senrose ni sempat juga berkongsi tentang pengalamannya bawa watak Amir.
“Saya sangat familiar dan pernah bekerja dengan Siti Rosmizah cuma kisah kali ini bukan daripada adaptasi novel. Alhamdulillah, bagi saya ini rezeki bulan Ramadan. Saya berterima kasih kepada Astro dan Siti Rosmizah kerana beri kepercayaan pada saya untuk bawa watak Amir.
Watak Amir ni sangat penyabar dan tenang. Background agama pun kuat jadi itulah yang saya portray bila saya ‘dibuli’ oleh Siti Saleha,” kata Kamal Adli.
CINTA SEBENAR
Jadi perempuan kuat yang tersakiti, rupanya Humairah ni dituduh curang pula oleh si teman lelaki sendiri, Rafiq. Kesucian dirinya dipertikai. Kerana kecewa dan patah hati, terpaksalah pura-pura terima cinta Amir. Tapi itulah, orang tua cakap jangan gunakan seseorang untuk melupakan seseorang… Lama-kelamaan, cinta Amir pula menawan hati.
Teringat pula satu kata-kata hikmah ni. Dalam rumah tangga, tersalah pilih suami ibarat tersalah pilih imam. Tersalah pilih isteri pula ibarat tersalah pilih madrasah. Cinta sebenar bukan hanya memimpin kita di dunia, tapi sampai ke Jannah.
Besar dugaan orang baik. Lepas kahwin, banyak betul konflik dan plot twist bila masuk watak jahat. Rasa tercabar kebahagiaan Humairah tapi itulah sebenarnya liku-liku hidup berkeluarga. Cukup segala kisah cinta, pengorbanan dan penyesalan.
Sabar lelaki pun ada hadnya. Mampukah kisah cinta Humairah dan Amir bertahan bila hati dah mati? Dayuskan kalau suami biarkan isteri jumpa kekasih lama?
Nak cerita banyak sangat jadi spoiler pula. Tapi nampaknya bulan puasa ni kena berendam air mata sikitlah kalau tengok DIA IMAMKU. Sesuai kata-kata, ‘Ego Layu, Bila Cinta Bertemu‘.
So, jangan ketinggalan jom usha DIA IMAMKU yang bakal disiarkan bermula 17 Februari hingga 15 Mei 2025. Drama sepanjang 52 episod ini bakal bersiaran selama 13 minggu setiap Isnin-Khamis jam 10 malam, di Astro Ria dan melalui Astro One & sooka.
Tahniah Hannah Delisha! kerana baru sahaja bergelar isteri kepada Muhammad Imam Shah juga merupakan seorang pelakon dari Singapura. Bijak Hannah Delisha menyembunyikan hubungan cinta alih-alih terus mengadakan majlis pernikahan di negara kelahirannya.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne-Birch meluahkan rasa kesyukuran di atas pernikahan ini. “Alhamdulillah Hannah rasa sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana segalanya berjalan dengan lancar,” ujarnya.
Hannah Delisha juga turut menyatakan pada tahun ini akan mula sibuk dengan dunia perniagaan yang baru diceburinya. “Saya akan sibuk dengan bisnes dan tak lama lagi saya akan keluarkan rangkaian pakaian RTW dan Exclusive berjenama Délicia. Sekarang masih dalam peringkat pemilihan material and design. Saya jangkakan kalau tiada aral melintang, dalam beberapa bulan lagi akan siap sepenuhnya,” kata Hannah Delisha.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Ketika diajukan pertanyaan kenapa sekarang terdetik untuk buka bisnes, “Sebab saya teringin nak pakai baju rekaan sendiri. Minat tu datang dengan sendiri. At the same time saya rasa that I should give back to my fans who have been supporting me throughout the years. Jadi saya nak kongsikan rekaan yang saya reka sendiri pada peminat. Semoga hajat Hannah dikabulkan Inshaallah,” tutur pelakon drama Tercipta Satu Ikatan ini.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Bercerita lanjut tentang perniagaannya, “Saya nak ceburi bidang fesyen and I’m picky when it comes to material. Jadi saya rasa perniagaan ni yang paling relateable to me. Saya tidak ada dorongan yang spesifik namun kejayaan wanita sukses dalam perniagaan jadi inspirasi buat saya.
Dalam Malaysia ni banyak usahawan wanita yang boleh dijadikan idola atau inspirasi. Neelofa is sudah tentu salah seorang dari mereka. Saya suka cara kerja dan profesionalisme Neelofa. In Shaa Allah saya boleh belajar sedikit sebanyak dari dia juga,” kata Hannah Delisha.
Wanita ini juga akan fokus ke arah bidang nyanyian dan V-Log di YouTube. “Saya sebenarnya tengah busy promote single terbaru iaitu Terlalu Mudah. Untuk bidang lakonan pula, saya takkan tinggal, cuma akan lebih memilih naskah yang sesuai dengan penampilan Hannah sekarang,” bicara Hannah Delisha.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyakit darah tinggi merupakan penyakit berbahaya yang boleh menjadi pembunuh senyap atau silent killer. Tanpa pengawalan, ia mampu meningkatkan kadar risiko penyakit jantung dan strok. Ramai mempertikaikan penyakit darah tinggi hanya boleh dihidapi warga emas namun terdapat banyak kes darah tinggi juga boleh dihidapi golongan muda sekiranya tidak menjaga kesihatan dengan baik.
Selain pengambilan ubat yang dipreskripsi doktor, anda juga boleh mengamalkan tip ini sebagai langkah penjagaan diri.
**media[179138]**
Bersenam
Makin dimanjakan tubuh tanpa diet dan senaman, makin banyak penyakit yang mungkin menyinggah. Bersenam secara konsisten membantu jantung anda lebih kuat dan efisien untuk mengepam darah. Ia juga akan mengurangkan tekanan pada bahagian arteri. Cubalah bersenam secara sederhana selama 150 minit seminggu. Bermula dengan berjalan kaki!
Tip: Berjalan kira-kira 30 minit sehari boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Semakin banyak dan kerap anda bersenam, semakin ‘cantik’ bacaan tekanan darah anda.
**media[179134]**
Kurangkan pengambilan garam
Siapa yang suka makanan tawar? Ini termasuklah makanan diproses dan siap masak. Penyediaan makanan segera dan siap masak biasanya mempunyai kandungan garam yang tinggi agar rasanya sedap. Sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik anda mengurangkan pengambilan garam berlebihan dalam makanan.
Tip: Sejak kebelakangan ini, ramai orang yang cerewet dalam pemilihan makanan. Mungkin kita boleh menjadi salah seorang daripadanya, yang peka dengan kandungan garam dalam makanan yang diambil.
**media[179136]**
Makanan berpotasium tinggi
Potasium adalah mineral penting untuk tubuh. Ia membantu tubuh mengeluarkan sodium dan mengurangkan tekanan pada salur darah. Untuk mendapatkan keseimbangan potasium dalam diet sodium anda, fokus untuk makan makanan yang segar. Tip: Potasium tinggi terkandung di dalam sayur-sayuran hijau, tomato, kentang dan keledek. Anda juga boleh memilih buah-buahan seperti pisang, avokado, oren dan aprikot sebagai snek sihat. Selain itu, kekacang, tuna, salmon, susu dan yogurt juga tinggi potassium.
**media[179133]**
Kawal stres
Kunci kepada kenaikan tekanan darah tinggi di kalangan masyarakat adalah stres. Tubuh badan kita sebenarnya sedang bergelut apabila dalam keadaan tertekan. Secara fizikalnya, jantung akan berdegup lebih kencang dan saluran darah semakin menyempit.
Tip:
Dengar muzik yang perlahan untuk menenangkan sistem saraf. Pada masa sama, ia boleh mengurangkan tekanan anda.
Kurangkan bekerja dan beri masa untuk istirahat secukupnya.
**media[179135]**
Makan coklat
Walaupun coklat gelap mampu membantu mengurangkan tekanan darah namun awas, jangan diambil secara berlebihan! Coklat gelap dan koko amat kaya dengan flavonoids, iaitu sebatian tumbuhan yang melebarkan pembuluh darah. Tip: Walaupun nampak menggiurkan, hindari pengambilan coklat secara berlebihan. Khuatir dengan sifat coklat yang manis itu bakal mengundang penyakit lain!
**media[179132]**
Kurangkan berat badan
Mula kawal berat badan dari sekarang. Percayalah, penurunan berat badan akan memberi banyak manfaat lebih-lebih lagi menyentuh soal kesihatan. Tip: Cuba kurangkan pengambilan makanan segera, manis dan berkalori tinggi. Gunakan kaedah senaman setiap hari.
**media[179128]**
Berhenti merokok
Bermula Januari 2019, kerajaan Malaysia sudah mula menekankan bahaya rokok bukan sahaja kepada diri tetapi orang di sekeliling di kawasan terbuka. Langkah ini juga membantu menguruangkan risiko penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Tip: Selain menjamin kesihatan yang lebih baik, berhenti merokok bukan sahaja dapat menjaga kesihatan anda dan orang sekeliling tetapi boleh juga mengelakkan pembaziran.
**media[179131]**
Kurangkan gula dan karbohidrat
Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam diet anda. Ia sekaligus mengurangkan risiko penyakit darah tinggi.
Tip: Ingat, diet seimbang adalah penting untuk memastikan kesihatan tubuh anda terpelihara. Bersederhanalah dalam memilih makanan.
**media[179130]**
Makan beri
Beri bukan sahaja kaya dengan rasa yang enak malah ia juga baik untuk kesihatan jantung anda. Tip: Beri kaya dengan polifenol yang boleh mengurangkan tekanan darah dan masalah penyakit jantung lain.
**media[179129]**
Bermeditasi atau deep breathing
Kedua-duanya adalah teknik untuk mengurangkan stres. Ia menenangkan sistem saraf anda dan membuatkan anda berasa lebih tenang, memperlahankan degupan jantung dan mengurangkan tekanan darah. Tip: Lakukan di mana-mana sahaja tatkala tubuh dan fikiran sedang stres. Jangan biarkan perasaan tertekan itu terlalu lama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!