Sebut saja kulit orang Jepun, terus terlintas kelembutan mochi yang lazat sempurna. Lembap dan anjal bila disentuh, rakyat di Negara Matahari Terbit itu memang terkenal dengan amalan kecantikan wajah yang ringkas serta tidak menyusahkan untuk dipakai.
Salah satu kemestian dalam regimen penjagaan wajah mereka adalah losyen muka. Terus popular dan dipercayai sebagai losyen No. 1 di Jepun selama 16 tahun berturut-turut, Hada Labo Hydrating Lotion kekal di hati wanita yang mencintai amalan ‘Cara Kecantikan Jepun.’
Pemakaian losyen wajah sebagai langkah pertama, sangat penting selepas membersih muka kerana kemampuan ‘mengunci’ lembapan, menjadikan kulit kita lebih sihat semula jadi.
Ia juga sesuai dipakai untuk prep mekap. Langkah ini penting bagi menyediakan permukaan wajah yang sempurna, sekaligus memastikan mekap tahan lama tanpa kesan bercapuk.
HYALURONIC ACID
Ads
Berbanding losyen wajah lain, Hada Labo Hydrating Lotion diperhebat dengan 5 jenis Hyaluronic Acid (HA) yang dipatenkan. Ia mampu membaik pulih lapisan permukaan kulit dan melindunginya daripada ancaman luar.
HA adalah sejenis bahan yang wujud secara semula jadi dalam tubuh manusia untuk memberikan kelembapan, keanjalan dan kelembutan pada kulit. Hada Labo menghasilkan HA dalam pelbagai saiz molekul untuk penyerapan menyeluruh ke tiap lapisan kulit, sekaligus membekalkan lembapan berpanjangan hingga 8 jam.
Setiap botol losyen pelembap mengandungi:
· HA besar, sederhana & super – 3 jenis HA hebat yang bergabung, membentuk lapisan perlindungan kunci lembapan serta mengekalkannya di dalam kulit untuk jangka masa panjang.
Ads
· HA nano – HA bersaiz molekul halus yang mudah meresap dan menyerap jauh ke dalam kulit untuk menganjalkan serta menyediakan kulit untuk bagi langkah seterusnya.
Ads
Bukan itu sahaja. Hada Labo Hydrating Lotion turut dirumus dengan kandungan air serta minyak yang seimbang untuk kulit. Penghasilan minyak semula jadi ini membantu mengurangkan jerawat dan mengecilkan saiz liang pori.
Nikmati kompleksi kulit yang lebih sihat serta kurang berminyak dengan tekstur halus secara keseluruhan. Semua kebaikan HA memastikan wajah anda tampil lebih segar bermaya, lembut dan berseri-seri.
Berbeza daripada produk penjagaan wajah lain, losyen ini juga dirumus dengan bijak tanpa kandungan berbahaya seperti alkohol, paraben, pewangi, pewarna, minyak mineral dan MIT.
Kehebatan jenama Swarovski begitu gah dek gemerlapan dan kerdipan batu permata yang memukau pandangan bakal menyerlahkan keperibadian, memperkuat dan meningkatkan keyakinan diri. Istimewanya, Swarovski telah menyediakan sebuah Crystal Studio demi memberi kemudahan kepada peminat setianya untuk mengadun sendiri aksesori pilihan hati.
Umpama berada di suatu dimensi luar biasa sambil meneroka kemilau barangan kemas dan batuan permata saat melangkahkan kaki ke gedung konsep terbaharu Swarovski yang secara rasminya telah dibuka di Malaysia. Lebih teruja apabila Crystal Studio ini merupakan gedung konsep pertama di rantau Asia Tenggara seumpama di Milan, Paris, Shanghai dan Beijing.
Sebaik menjejakkan kaki, mata pasti tertumpu dengan Crystal Bar yang menjadi nadi kepada ruang indah ini. Crystal Bar ini diilhamkan demi memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati sendiri pengalaman mencipta stail pilihan hati. Pelanggan akan dibantu oleh jurujual terlatih untuk mix and match aksesori pilihan untuk diri sendiri atau pun insan tersayang.
Bagi merasai sendiri pengalaman berada di Crystal Studio yang eksklusif dan canggih ini, klik di sini.
Swarovski Crystal Studio ini mengusung konsep moden sofistikated dengan membangkitkan elemen kemewahan dan glamor. Rekaan dalaman yang unik ini menjadikan Swarovski Crystal Studio ini berbeza dengan butik lain di Pusat Membeli Belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
Terserlah balutan sentuhan feminin menghiasi rekaan Swarovski Crystal Studio ini lantas menggambarkan selera Chairman of the Executive Board and CEO Consumer Goods Business, Robert Buchbauer, yang ingin menampilkan tema “Innovation, creativity and the customer,“.
Mengaplikasi warna-warna yang sangat lembut dan disuntik dengan elemen ikonik biru Swarovski mampu mencipta momen terindah buat pelanggan dan bagai tidak terasa masa berlalu saat bermain dengan pelbagai rekaan yang telah tercipta.
Berteraskan kreativiti dunia fesyen barangan kemas dalam memartabatkan barangan hiasan wanita, Swarovski juga menawarkan pengalaman berbelanja secara online. Di alam maya pelanggan boleh memilih pelbagai produk aksesori seperti gelang, rantai, cincin dan jam tangan dengan taburan kristal digarap penuh pesona dengan kemudahan pengeposan secara percuma.
Istimewanya, bersempena pembukaan Crystal Studio yang pertama di Asia Tenggara ini, Swarovski menghadiahkan sebuah pemegang kad yang eksklusif dengan pembelian RM700 ke atas sepanjang 14 September 2020 hingga 27 September 2020.
Gusar memandang cermin, makin hari makin banyak jerawat timbul. Sudah masanya untuk wanita menyayangi diri sendiri dengan memilih produk penjagaan kulit yang terbaik. Bagi yang mempunyai kulit bermasalah khususnya berminyak dan berjerawat, perhatian yang lebih mesti diberikan agar kulit kembali sihat.
Nak kulit cantik, perkara pertama yang mesti dibuat adalah memilih rangkaian penjagaan kulit untuk merawat masalah kulit yang tepat.
Penjagaan kulit berminyak dan berjerawat tidak sama dengan penjagaan kulit normal. Kalau salah pilih rumusan, alamatnya sia-sialah rutin yang diamalkan selama ini.
Dan betul ke bila ada masalah kulit berminyak, tak perlu lagi sapu krim pelembap? Tidakkah wajah jadi makin berkilat? Sebenarnya, anggapan ini SALAH.
Pemakaian krim pelembap tidak memburukkan lagi keadaan kulit tapi sebaliknya membantu mengawal kemunculan jerawat, blackhead atau whitehead dengan lebih baik.
Tapi wajib tahu pilih krim pelembap yang sesuailah. Rumusan yang tepat untuk masalah kulit kita dapat mengimbangi kadar air dan minyak untuk kulit sihat.
Kemudian barulah ambil kira faktor-faktor pencetus jerawat yang lain seperti pemakaian pelitup muka, stres atau pengambilan makan minum yang betul.
Pertama kali diperkenalkan Hada Labo Blemish & Oil Control baharu, Nona yakin inilah rangkaian yang dapat menyelesaikan masalah. Ringkas, ia hanya didatangkan dalam tiga produk iaitu Foaming Wash, Lotion dan Gel dengan kebaikan Asid Hyaluronik, ekstrak Hatomugi, Bishop’s Weed serta bunga Chamomile yang sangat baik untuk mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat.
MITOS KULIT BERMINYAK & BERJERAWAT
MITOS #1:Kulit berminyak mesti kerap dicuci dengan sabun
Salah, sebenarnya kulit yang kerap dicuci dengan sabun membuatkan ia lebih tegang dan kering. Itu sebabnya Hada Labo Blemish & Oil Control Foaming Wash dirumus dengan bahan-bahan terbaik untuk memastikan kulit bersih dan sihat tanpa mengeringkan selepas dicuci.
Ia mengandungi ekstrak Hatomugi, Bishop’s Weed dan bunga Chamomile untuk mengatasi masalah pori-pori besar, akne, kulit kasar, kusam dan kemerahan dengan berkesan.
MITOS #2:Kulit berminyak tidak perlukan lembapan tambahan
Salah, kerana kulit yang terlalu kering membuatkan jerawat bertambah teruk. Gunakanlah Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion yang bersifat ringan dan mudah meresap bagi menentang jerawat serta mengimbangi kadar lembapan air dan minyak.
Bukan satu tapi dua fungsi Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion. Selain mampu menentang jerawat, meredakan kemerahan dan menenangkan iritasi kulit, ia juga boleh mengunci lembapan yang penting untuk kulit lembut berseri. Rumusan Asid Hyaluronik, ekstrak Hatomugi, Houttuynia cordata dan bunga Chamomile adalah rahsianya.
MITOS #3:Kulit berminyak dan berjerawat tidak boleh diubati
Salah, kerana kulit yang dirawat dengan baik boleh kembali pulih dan mengurangkan iritasi. Penting untuk konsisten dengan regim penjagaan kulit dan pastikan mengoles Hada Labo Blemish & Oil Control Gel bagi mengubati jerawat.
Gel ini bersifat menyegarkan, tidak melekit, lembut dan mudah meresap. Memang mudah nak amalkan setiap dua kali sehari untuk membantu mengurangkan masalah jerawat, meredakan iritasi, melembap dan mengembalikan kesihatan kulit, Lepas pakai Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion, sapukan gel ni rata-rata ke seluruh muka dan leher. Urut perlahan dan pupuk lembut supaya meresap.
Rumusan biji barli natural, ekstrak Hatomugi, Centella asiatica, Houttuynia cordata dan bunga Chamomile terbukti mujarab menyelesaikan masalah berminyak serta berjerawat dengan efektif.
SAYANGI KULIT
Akhirnya dah jumpa penyelesaian mudah untuk merawat masalah kulit berminyak dan berjerawat. Inilah produk yang dicari-cari untuk menyelamatkan kecantikan serta tanda sayang kita pada organ terbesar iaitu kulit.
Sebagai buktinya, semua produk Hada Labo Blemish & Oil Control mesra pH kulit, bebas pewangi, pewarna tiruan dan minyak mineral. Terbaik!
Amalkan rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control dengan konsisten supaya wajah kembali licin dan sihat dengan pori-pori yang lebih halus. Sesuai untuk mereka yang berusia 18 ke 35 tahun, dapatkan rangkaian ini di seluruh gedung farmasi utama sebagai hadiah kasih sayang buat diri anda yang berharga.
Untuk info lanjut, layari website Hada Labo (klik sini) atau Facebook MY Hada Labo (klik sini).
#HLBlemishOilControl
#HadaLaboMalaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memecah dominasi patriarki dalam bidang sains kimia dan nanoteknologi, pencapaian Academician Prof Datuk Dr Halimaton Hamdan ini jelas amat membanggakan.
Eksklusif sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2021, Nona mengatur bicara dengan Saintis Akademik berusia 65 tahun itu demi meresap aspirasi dan semangat berbaktinya.
Lembut dan bersahaja. Begitulah personaliti Prof Halimaton, anak Johor dan ibu kepada dua cahaya mata ini. Siapa sangka di sebalik senyuman manis yang terukir di bibirnya, beliau memegang pelbagai portfolio penting di Malaysia.
Jika mahu disenaraikan segala anugerah, pencapaian, pengiktirafan, penulisan mahupun penyelidikan akademik Prof Halimaton di peringkat nasional dan antarabangsa, barangkali terlalu panjang untuk ditulis.
Selain bergelar Profesor Kimia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Prof Halimaton juga merupakan Pengerusi Malaysia Institute for Innovative Nanotechnology (NanoMITe), Pengerusi Lembaga Pentadbiran International Science, Technology and Innovation Center (ISTIC) di bawah UNESCO, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MyPrihatin serta Senior Fellow Akademi Sains Malaysia.
Tengoklah senarai tu, bukan calang-calang wanita mampu menggalas jawatan sehebat Prof Halimaton!
HARI WANITA
Tanggal 8 Mac setiap tahun diangkat sebagai hari istimewa untuk meraikan wanita di seluruh dunia. Bagi Prof Halimaton, beliau berbangga dengan pencapaian wanita Malaysia dalam bidang sains.
“Sebenarnya jika dibandingkan dengan negara membangun dan maju sekali pun, pencapaian wanita Malaysia dalam bidang sains hari ini sangat baik.
Wanita Malaysia bebas memilih bidang pengajian semenjak Malaysia merdeka dan telah menerima gaji dan sokongan yang sama.
Jadi melalui pengalaman dan pemerhatian saya, wanita dalam bidang sains di Malaysia telah membuktikan kebolehan mereka dalam penyelidikan, pembelajaran dan industri yang mereka ceburi.”
Bersandarkan falsafah hidup, ‘Tanya diri sendiri dan buat apa yang termampu tanpa menyusahkan orang lain,’ Prof Halimaton menjadikan arwah ayahnya sebagai sumber inspirasi. “Arwah seorang yang tegas, berintegriti dan mengutamakan pendidikan dalam kehidupan.”
Sedekad kebelakangan ini, nama Prof Halimaton cukup masyhur dengan gelaran ‘Prof Maerogel’ susulan penemuan beliau mencipta aerogel daripada sekam padi. Bagaimana agaknya perkembangan penemuan tersebut setakat ini?
“Aerogel daripada sekam padi (Maerogel) yang ditemui telah menerima paten Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Penghasilan Maerogel telah dibangunkan di peringkat pasca-makmal dan pra-komersial.
Melalui kajian lanjutan yang telah dijalankan, berasaskan permintaan industri, teknologi penghasilan aerogel silika telah dipertingkatkan, yang mampu menyelesaikan masalah keselamatan dan penggunaan tenaga yang tinggi.
Penghasilan aerogel silika menggunakan teknologi Renewable Silica (RenSil-A) ini telah diuji untuk penggunaan oleh industri penebat haba (insulation blanket), sarung tangan, kabel elektrik dan paip gas dan minyak.
Dengan kerjasama daripada industri, projek penghasilan RenSil-A yang pertama akan dibangunkan dalam masa terdekat,” cerita Prof Halimaton panjang lebar.
Terkini, saintis akademik hebat ini sedang dalam fasa akhir projek penyelidikan NanoMITe (2015-2020). Mereka sibuk membangunkan sistem pirolisis pasca penyelidikan bagi penghasilan bahan api jet (jet biofuel) daripada biojisim kelapa sawit.
“Kami juga dalam proses komersial produk dan teknologi penyelidikan, merancang hala tuju strategik dan pengurusan ISTIC, memperbaiki perlaksanaan pembelajaran atas talian pasca COVID-19 di UTM, melaksanakan program pemerkasaan ilmu STEM kepada guru bersama ISTIC dan Pusat STEM serta merancang hala tuju strategik penyelidikan nanoteknologi (NanoMITe).”
Sebagai ahli akademik, Prof Halimaton tidak menafikan turut bimbang dengan masa depan pendidikan sains pasca COVID-19.
“Pendidikan sains sangat terjejas oleh pandemik. Seperti yang kita maklum, pendidikan sains di Malaysia sedang dalam proses pemerkasaan dengan menerapkan pendekatan belajar memahami dengan melakukan eksperimen.
Pandemik COVID-19 telah memaksa pembelajaran atas talian dijalankan secara tiba-tiba yang merencatkan pembelajaran sains khususnya. Justeru, kita menghadapi cabaran yang sangat besar untuk memastikan pembelajaran sains yang telah tertinggal di semua peringkat dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Pelajar perlu mampu mengubah ilmu sains alam maya ke alam nyata sebaik sahaja mereka bersekolah semula,” luahnya sambil menyatakan alangkah baik jika rakyat Malaysia telah dibekalkan dengan ilmu sains yang menyeluruh sebelum ini.
Generasi zaman ini lebih cenderung belajar secara visual, kurang kemahiran motor, jauh sekali minat terhadap sains. Komen Prof?
“Kecenderungan ini bukan atas dasar keperluan tapi kemudahan. Sekiranya pembuat polisi memahami keperluan asas pembelajaran sains adalah melalui pendekatan membuat dan mengalaminya secara nyata dan diberikan keutamaan, minat terhadap sains pasti dapat dikekalkan.
Sebagai contoh, dengan melihat video orang memasak sesuatu resipi tidak menghasilkan makanan yang sedap jika kita tidak memasak sendiri dan memahami ilmu yang terlibat.”
YAYASAN MYPRIHATIN
Selain bidang pendidikan, Prof Halimaton juga aktif dalam bidang amal kebajikan. Antaranya sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MyPrihatin.
“MyPrihatin telah ditubuhkan oleh sekumpulan pemuda untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan dan sihat.
Badan amal ini berhasrat melaksanakan program tertentu, menggunakan bantuan yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat untuk dimanfaatkan oleh golongan yang memerlukan.
Pengalaman saya dalam akademik dan bidang sains mendorong saya untuk membantu Yayasan menyumbang ke arah tersebut. Kita mahu membantu golongan yang memerlukan untuk mendapatkan ilmu yang sesuai untuk membantu kehidupan masa hadapan.
Banyak pengalaman berharga yang ditimba sepanjang bergelar Pengerusi Yayasan MyPrihatin. Namun salah satu yang paling bermakna bagi saya adalah sewaktu kami bekerjasama dengan Yayasan IJN.
Ketika itu MyPrihatin telah membantu melalui proses logistik yang membolehkan ramai pesakit kanak-kanak untuk menjalani pembedahan di IJN. Ramai pesakit kanak-kanak daripada golongan keluarga B40 dapat dibantu untuk mendapatkan rawatan di IJN.
Pengalaman itu cukup-cukup berharga bagi saya,” akhirinya.
Syabas Prof Halimaton! Nona mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia 2021 buat seluruh wanita yang sentiasa berbakti, berkorban masa dan keringat demi masa depan anak pertiwi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari riak wajahnya jelas terserlah sinar kebahagiaan yang sedang mengulit kehidupan Datuk Seri Sheila Majid. Mana tidaknya, hasrat untuk bergelar nenek dan menimang cucu akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila anak lelaki kesayangan iaitu Megat Abdul Majid selamat menjadi bapa sekitar Julai lepas.